Sihat Milikku - Kementerian Kesihatan Malaysia @MyHEALTHKKM
49.1K subscribers
18K photos
1.82K videos
53 files
7.67K links
Saluran ini adalah untuk Bahagian Pendidikan Kesihatan, Kementerian Kesihatan Malaysia berkongsi maklumat pendidikan kesihatan dengan masyarakat.
加入频道
Pemeriksaan Sendiri Payudara

Sertai TikTok Live di www.tiktok.com/@myhealthkkm esok pada pukul 3.00 hingga 4.00 petang bersama Puan Fauziah binti Mohammad Kasim, Ketua Penyelia Jururawat dari Bahagian Pembangunan Kesihatan Keluarga.

#ANMS #sihatmilikku

Sumber:
Bahagian Pendidikan Kesihatan, KKM
t.me/sihatmilikbersama
Kanser payudara boleh dicegah dengan amalan gaya hidup sihat serta pengesanan awal melalui ujian saringan.

Lakukan Pemeriksaan Sendiri Payudara (PSP) setiap bulan melalui 3 langkah mudah.‼️

Langkah 1️⃣– Lihat
Langkah 2️⃣– Rasa
Langkah 3️⃣– Respon

Sekiranya terdapat perubahan yang luar biasa pada payudara anda, segera berjumpa doktor.

Pengesanan Awal Adalah Perlindungan Yang Terbaik.
Hai adik-adik!

Destinasi Kembara Sekolah Bulan Malaysia Sihat Sejahtera telahpun sampai ke penghujungnya! 🎉

Kembara Sekolah hari ini telah bertempat di SK Taman Kosas, Ampang, Selangor. [ SK Taman Kosas, Ampang ]

Aktiviti seperti Giant Puzzle Wellness, Wellness Archery dan Giant Jenga menjadi tumpuan murid-murid. Begitu juga dengan aktiviti yang disediakan oleh Trak Wellness on Wheels (WoW) turut menjadi tumpuan.

Kembara Sekolah diakhiri dengan penyampaian sijil dan plak penghargaan kepada wakil sekolah.

Jutaan terima kasih kepada semua sekolah yang terlibat sempena Kembara Sekolah pada Bulan Malaysia Sihat Sejahtera tahun 2023 ini. Sehingga bertemu dilain hari, semoga adik-adik terus kekal mengamalkan gaya hidup sihat!

#hepili
#BMSS

https://www.facebook.com/100068403884047/posts/pfbid02jbgAPGsDYxVNrkW8X1tM3kVkCcNXdAaDGRjJhHdY5vcre4PeP7AXkLmhJG7qvx77l/?mibextid=cr9u03
NAK TAHU HARGA UBAT ANDA?

Pesakit boleh mendapatkan maklumat harga sebelum rawatan dan bil terperinci selepas rawatan di klinik dan hospital swasta. Bil terperinci merupakan rujukan maklumat harga bagi rawatan termasuk ubat-ubatan yang dibekalkan kepada pesakit.

Pesakit disarankan untuk mendapatkan dan menyimpan bil terperinci bagi tujuan perbandingan harga dan rujukan pada masa hadapan.

Sumber: Program Perkhidmatan Farmasi KKM
Pemeriksaan Sendiri Payudara

Jangan lupa sertai sesi TikTok Live di www.tiktok.com/@myhealthkkm pada pukul 3.00 hingga 4.00 petang bersama Puan Fauziah binti Mohammad Kasim, Ketua Penyelia Jururawat dari Bahagian Pembangunan Kesihatan Keluarga.

#ANMS #sihatmilikku

Sumber:
Bahagian Pendidikan Kesihatan, KKM
t.me/sihatmilikbersama
📌Sesetengah individu pernah mengalami keadaan seperti sedang berpusing walaupun tidak bergerak. Keadaan ini dikenali sebagai vertigo.

⚡️Vertigo menunjukkan beberapa gejala yang perlu diberi perhatian. Penyakit ini boleh menjadi lebih serius sehingga mengganggu aktiviti seharian.

Oleh itu, orang ramai yang menunjukkan gejala vertigo disaran untuk mendapatkan rawatan awal demi kehidupan yang berkualiti.
Tabiat menghisap vape semakin berleluasa dalam kalangan masyarakat. Hakikatnya, tabiat menghisap vape boleh memudaratkan kesihatan seseorang sama seperti rokok biasa.

Hal ini kerana tabiat tersebut boleh menjejaskan organ tubuh seperti mata, jantung, perut, sel otak, tekak dan paru-paru.

Oleh itu, penghisap vape perlu menghentikan sentimen vape lebih selamat daripada rokok biasa seterusnya menghentikan tabiat tersebut dengan segera agar kekal sihat.

Dapatkan bantuan perkhidmatan berhenti merokok dengan melayari laman sesawang JomQuit - https://jomquit.com
This media is not supported in your browser
VIEW IN TELEGRAM
Jerebu disebabkan oleh partikel-partikel kecil yang tidak boleh dilihat dengan mata kasar dan terapung di udara. Ia terjadi secara semulajadi atau disebabkan oleh kegiatan manusia seperti pembakaran secara terbuka dan boleh memberi kesan buruk kepada kesihatan sekiranya disedut masuk ke dalam sistem pernafasan.

Segera dapatkan rawatan sekiranya tidak sihat.

#ANMS #sihatmilikku

Sumber:
Bahagian Pendidikan Kesihatan, KKM
t.me/sihatmilikbersama
JADILAH PENGGUNA YANG BIJAK DALAM PEMBELIAN UBAT

Pengguna digalakkan membandingkan harga sebelum pembelian ubat-ubatan untuk membuat pilihan bagi mendapatkan harga yang berpatutan.

Harga Panduan Pengguna (https://www.pharmacy.gov.my/v2/ms/apps/drug-price) merupakan senarai harga ubat-ubatan yang boleh dijadikan rujukan orang awam dalam membuat pilihan untuk pembelian ubat di fasiliti kesihatan swasta.

Sumber: Program Perkhidmatan Farmasi KKM
Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera

Jom sertai *Program Take Care..Ur Health!* anjuran Hospital Selayang & Hospital Sungai Buloh dengan kerjasama Cawangan Promosi Kesihatan, Hospital, Pejabat Kesihatan Daerah & Wellness Hub, Jabatan Kesihatan Negeri Selangor.

MENTAL HEALTH
13 OKTOBER 2023 JUMAAT
9.30 PAGI
TAKE CARE...UR HEALTH! MENTAL HEALTH
Friday, 13 Oct · 9:30 – 11:30 AM

Google Meet joining info
Video call link: https://meet.google.com/zih-ndba-cxn
Or dial: +1 617-675-4444 PIN: 8380107013694
More phone numbers: https://tel.meet/zih-ndba-cxn?pin=8380107013694

Jom dapatkan ilmu kesihatan untuk panduan bersama.

Sumber: CPK Negeri Selangor
This media is not supported in your browser
VIEW IN TELEGRAM
Indeks Pencemaran Udara (IPU) digunakan sebagai panduan untuk mengetahui kualiti udara.

Sekiranya bacaan IPU mencecah 101 dan ke atas bermaksud kualiti udara sudah tidak sihat.

Segera dapatkan rawatan sekiranya tidak sihat.

#ANMS #sihatmilikku

Sumber:
Bahagian Pendidikan Kesihatan, KKM
t.me/sihatmilikbersama
Pengambilan personel MySTEP di Bahagian Pendidikan Kesihatan, KKM Tahun 2023.

Kepada yang berminat boleh e-mel dokumen seperti di dalam iklan ke [email protected].
Total Body Workout

Sertai sesi FB Live esok anjuran Wellness Hub Pekan pada pukul 9.00 pagi bersama Coach Siti Rozana Rozaman dan Coach Zul Hairul Abdul Aziz.

#ANMS #KekalAktif #sihatmilikku
This media is not supported in your browser
VIEW IN TELEGRAM
Konvensyen MyCHAMPION@KKM Peringkat Kebangsaan 2023, 13 - 15 November 2023, Summit Hotel, USJ Subang

Rangkuman Hari Pertama Konvensyen MyCHAMPION@KKM. Antara aktiviti yang telah berlangsung adalah Pendaftaran Peserta, Taklimat Pertandingan, Cabutan Undian Penggiliran dan Persiapan Peserta bagi Pertandingan Lisan dan Poster.

#ANMS #MyCHAMPION #sihatsepanjanghayat #sihatmilikku
Total Body Workout

Jangan lupa sertai sesi FB Live anjuran Wellness Hub Pekan pada pukul 9.00 pagi bersama Coach Siti Rozana Rozaman dan Coach Zul Hairul Abdul Aziz.

#ANMS #KekalAktif #sihatmilikku
SEMAK DAN BANDINGKAN HARGA UBAT

Sebelum pembelian ubat, pengguna digalakkan membuat perbandingan harga melalui pelbagai sumber seperti:

- Fasiliti kesihatan swasta dan farmasi komuniti
- Aplikasi telefon pintar dan laman sesawang fasiliti kesihatan swasta dan
farmasi komuniti
- Harga Panduan Pengguna (HPP) di portal Program Perkhidmatan Farmasi

Jadilah pengguna yang bijak – Bandingkan harga dan pilih ubat dengan harga yang berpatutan.

Sumber: Program Perkhidmatan Farmasi KKM
This media is not supported in your browser
VIEW IN TELEGRAM
Jerebu yang berterusan akan mendatangkan kesan yang buruk kepada semua orang terutama golongan yang berisiko tinggi seperti

➡️ Bayi dan kanak-kanak
➡️ Warga Emas
➡️ Individu yang mempunyai penyakit seperti asma, radang paru-paru dan sakit jantung
➡️ Perokok dan individu bekerja di luar

Segera dapatkan rawatan sekiranya tidak sihat.

#ANMS #sihatmilikku

Sumber:
Bahagian Pendidikan Kesihatan, KKM
t.me/sihatmilikbersama
Media is too big
VIEW IN TELEGRAM
*Konvensyen MyCHAMPION@KKM Peringkat Kebangsaan 2023, 13 - 15 Oktober 2023, Summit Hotel, USJ Subang*

Rangkuman Hari Kedua Konvensyen MyCHAMPION@KKM. Antara aktiviti yang telah berlangsung adalah Pertandingan Lisan dan Poster, Sesi X-Break, Pameran bersama Rakan Strategik, Mesyuarat Halatuju Perluasan Skop MyCHAMPION, Sesi Perkongsian Rakan Strategik ANMS dan Majlis Apresiasi MyCHAMPION.

#ANMS #MyCHAMPION #sihatsepanjanghayat #sihatmilikku
This media is not supported in your browser
VIEW IN TELEGRAM
Pendedahan kepada jerebu akan menyebabkan kesan-kesan seperti gatal kerongkong, batuk, mata pedih, kulit gatal, sukar bernafas, kerap bersin atau sakit dada

Segera dapatkan rawatan sekiranya tidak sihat.

#ANMS #sihatmilikku

Sumber:
Bahagian Pendidikan Kesihatan, KKM
t.me/sihatmilikbersama