Sihat Milikku - Kementerian Kesihatan Malaysia @MyHEALTHKKM
49.1K subscribers
18K photos
1.82K videos
53 files
7.67K links
Saluran ini adalah untuk Bahagian Pendidikan Kesihatan, Kementerian Kesihatan Malaysia berkongsi maklumat pendidikan kesihatan dengan masyarakat.
加入频道
Media is too big
VIEW IN TELEGRAM
Saksikan video montaj Majlis Perasmian Konvensyen MyCHAMPION Peringkat Kebangsaan 2023.

#ANMS #MyCHAMPION #sihat sepanjanghayat #sihatmilikku

Sumber:
Bahagian Pendidikan Kesihatan, KKM
t.me/sihatmilikbersama
15 Oktober 2023, Subang Jaya : Konvensyen MyCHAMPION@KKM Peringkat Kebangsaan 2023 telah menutup tiraiannya dengan Majlis Perasmian yang disempurnakan oleh YBhg. Datuk Dr. Muhammad Radzi Abu Hassan, Ketua Pengarah Kesihatan pagi ini.

Konvensyen MyCHAMPION ini merupakan konvensyen pertama yang dianjurkan bersama sukarelawan di bawah Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) yang menggabungkan pasukan Sukarelawan “Communication for Behavioural Impact” (COMBI), Sukarelawan Komuniti Sihat Pembina Negara (KOSPEN), Sukarelawan Duta Kenali Ubat Anda (DKUA),Sukarelawan Ikon Gigi (IGG), Sukarelawan Panel Penasihat Klinik Pergigian (PPKK) dan Sukarelawan Wakil Kesihatan Kampung (WKK).

KKM kini mempunyai seramai 53,556 sukarelawan yang bernaung di bawah payung MyCHAMPION.

Seramai 700 sukarelawan dan penyelaras MyCHAMPION kebangsaan dan negeri dari seluruh negara telah menghadiri konvensyen yang diadakan mulai 13-15 Oktober 2023.

Terima kasih di atas sumbangan yang diberikan oleh para sukarelawan MyCHAMPION! Diharapkan agar para sukarelawan terus bersemangat untuk bergiat aktif melaksanakan aktiviti kesukarelawan demi kepentingan dan kebaikan masyarakat serta negara.

Kepada Individu atau pasukan sukarelawan yang berhasrat menjadi ahli MyCHAMPION, sila layari laman portal https://www.infosihat.gov.my/mychampion/

#ANMS #mychampion #sihatsepanjanghayat #sihatmilikku

https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=pfbid0kmiYWwAUZBEVkLpca51utqdB9Gx7qjVAQvFheTrim69YeYzegd65C2YBQcxmseMVl&id=100068159346549&mibextid=Nif5oz

Sumber:
Bahagian Pendidikan Kesihatan, KKM
t.me/sihatmilikbersama
Media is too big
VIEW IN TELEGRAM
*Konvensyen MyCHAMPION@KKM Peringkat Kebangsaan 2023, 13 - 15 Oktober 2023, Summit Hotel, USJ Subang*

Rangkuman Hari Ketiga Konvensyen MyCHAMPION@KKM. Antara aktiviti yang telah berlangsung adalah Sesi Perkongsian oleh Amin Idris dan Majlis Perasmian Konvensyen MyCHAMPION@KKM Peringkat Kebangsaan 2023 yang disempurnakan oleh YBhg. Datuk Dr. Muhammad Radzi Abu Hassan, Ketua Pengarah Kesihatan, Kementerian Kesihatan Malaysia.

Syabas dan tahniah diucapkan kepada semua pemenang!

#ANMS #MyCHAMPION #sihatsepanjanghayat #sihatmilikku

Sumber:
Bahagian Pendidikan Kesihatan, KKM
t.me/sihatmilikbersama
This media is not supported in your browser
VIEW IN TELEGRAM
Langkah-langkah yang perlu diambil semasa jerebu.

☑️ Kurangkan aktiviti luar
☑️ Minum air kosong secukupnya
☑️ Gunakan penapis udara dan pendingin hawa semasa di rumah
☑️ Tidak merokok
☑️ Pakai pelitup muka jika perlu keluar rumah

Segera dapatkan rawatan sekiranya tidak sihat.

#ANMS #sihatmilikku

Sumber:
Bahagian Pendidikan Kesihatan, KKM
t.me/sihatmilikbersama
Media is too big
VIEW IN TELEGRAM
Pelan reformasi sistem kesihatan yang digariskan dalam Kertas Putih Kesihatan.

Dokumen pelan reformasi kesihatan menerangkan tentang
1. Status semasa sistem kesihatan
2. Jurang dan kekangan
3. Cadangan penyelesaian secara berfasa dalam tempoh 15 tahun

Empat tonggak utama Kertas Putih Kesihatan

1. Mentransformasikan penyampaian perkhidmatan kesihatan
2. Mempertingkatkan promosi kesihatan & pencegahan penyakit
3. Memastikan pembiayaan kesihatan yg mampan & saksama
4. Memperkukuhkan landasan & tadbir urus sistem kesihatan

Kerjasama pihak awam & swasta adalah antara peranan penting dalam usaha mentransformasikan penyampaian perkhidmatan kesihatan negara.Fasiliti kesihatan yang disediakan oleh pihak swasta mampu mengurangkan beban klinik-klinik kesihatan awam.

Reformasi sistem kesihatan negara ini akan dilaksanakan secara berperingkat dalam tempoh 15 tahun.

Layari laman sesawang Kertas Putih Kesihatan di https://moh.gov.my/kertasputihkesihatan untuk maklumat lanjut.

#ANMS #sihatmilikku #kertasputihkesihatan
🫀Serangan jantung merupakan kemuncak kepada tanda kegagalan fungsi jantung sekiranya berlakunya komplikasi sekiranya individu tidak mengamalkan amalan gaya hidup sihat dan aktif secara fizikal

💪Ketahui punca dan gejala serangan jantung sebagai panduan bersama.
Pengambilan personel MySTEP di Bahagian Pendidikan Kesihatan, KKM Tahun 2023. Kepada yang berminat boleh e-mel dokumen seperti di dalam iklan ke [email protected].

Kelayakan akademik dalam bidang Seni Reka Grafik dan Multimedia (Video).
Kanser Darah

Saksikan dalam rancangan Malaysia Hari Ini esok di TV3
Tarikh : 17 Oktober 2023 (Selasa)
Masa : 9.30 pagi

Panel :
Dr. Muhd Munzir bin Shkori
Pakar Hematologi
Hospital Ampang

Dr. Kogilavani Gunasagaran
Pakar Kanak-kanak Hematologi dan Onkologi
Hospital Tunku Azizah

#ANMS #sihatmilikku
This media is not supported in your browser
VIEW IN TELEGRAM
Pada peringkat awal, kanser payudara tidak menunjukkan sebarang gejala. Mamogram dapat mengesan perubahan kanser sebelum gejala bermula.
Mamogram menggunakan sinar X yang amat rendah.

Kebanyakan wanita mendapati ketidakselesaan yang dialami semasa mamogram adalah ringan dan sementara.

Keputusan mamogram normal tidak menjamin seseorang wanita itu tidak akan mendapat kanser payudara sepanjang hidupnya.

#ANMS #sihatmilikku

Sumber:
Bahagian Pendidikan Kesihatan, KKM
t.me/sihatmilikbersama
‼️Asap rokok bukan sahaja berbahaya kepada anda yang merokok, mereka yang berada disekeliling perokok yang terhidu asap rokok turut mendapat kesannya.

Bebaskan diri daripada asap rokok untuk mencegah risiko KANSER.

🚭Bersama-sama membina Malaysia lebih sihat! Layari www.jomquit.com untuk khidmat bantuan berhenti merokok.
Mata Sihat - Sempena Hari Penglihatan Sedunia 2023

Sertai TikTok Live di www.tiktok.com/@myhealthkkm esok pada pukul 3.00 hingga 4.00 petang bersama Dr. Siti Nurbaiya binti Baharun Naim, Pakar Oftalmologi dari Hospital Putrajaya.

#ANMS #sihatmilikku

Sumber:
Bahagian Pendidikan Kesihatan, KKM
t.me/sihatmilikbersama
Jom saksikan bersama!

Sempena Program Madani Afiat Melaka yang akan diadakan pada 28 Oktober 2023 nanti, bersama panel jemputan yang akan mengulas berkaitan :

‼️KEMBARA WELLNESS ON WHEEL & MADANI AFIAT ‼️
18 oktober 2023 | Rabu
9:30 pagi
TV AlHijrah

#MadaniAfiat
#MalaysiaMADANI
Mata Sihat - Sempena Hari Penglihatan Sedunia 2023

Jangan lupa sertai TikTok Live di www.tiktok.com/@myhealthkkm pada pukul 3.00 hingga 4.00 petang bersama Dr. Siti Nurbaiya binti Baharun Naim, Pakar Oftalmologi dari Hospital Putrajaya.

#ANMS #sihatmilikku

Sumber:
Bahagian Pendidikan Kesihatan, KKM
t.me/sihatmilikbersama
3 hari lagi menjelang One Hour Malaysia Clean Up.

Tarikh : 21 Oktober 2023 (Sabtu)
Masa : 8.30 - 9.30 pagi

Laksanakan aktiviti kebersihan persekitaran & kitar semula selama 1 jam di kawasan anda.

#ANMS #OneHourMalaysiaCleanUp #TiadaAedesTiadaDenggi #JomKitarSemula #sihatmilikku
‼️Perokok terdedah dengan risiko serangan jantung yang serius sehingga boleh mengakibatkan kematian.

🫀Jantung memainkan fungsi penting dengan mengepam darah ke seluruh tubuh untuk membekalkan oksigen. Namun, jantung perokok terpaksa bekerja lebih keras disebabkan penyempitan saluran darah seterusnya memicu serangan jantung.

Oleh itu, para perokok boleh mendapatkan bantuan berhenti merokok dengan melayari laman sesawang https://jomquit.com/ 💥
Mata Sihat - Sempena Hari Penglihatan Sedunia 2023

Saksikan sekarang di https://www.tiktok.com/@myhealthkkm/live
Selamat pagi adik-adik 😄

Resilien itu amat penting ya. Jom bina jati diri hari ini!

#HePiLI
Adakah anda sudah bersedia untuk hidup dengan minda lebih sihat, emosi lebih tenang & jiwa yang besar ?

JOM SERTAI BERAMAI RAMAI!

Anda dijemput untuk sertai Sambutan Hari Kesihatan Mental Sedunia 2023 Peringkat Kebangsaan bertempat di The Curve, Damansara pada 22 OKTOBER 2023 dari Jam 7.00PG – 6.00PTG.

Pelbagai aktiviti menarik diadakan sepanjang majlis berlangsung, antaranya:

Senaminda Vaganza
Gimik Perasmian Hari Kesihatan Mental Sedunia 2023 Modul MySAVE
Sidang Media Bersama YB Menteri Kesihatan Dr. Zaliha Mustafa
Music Ted Talk Mental Health Bersama Aina Abdul dan Dr Ann KE
Ekspresi Muzik Oleh Batteryheadz Percussion, Alif Satar & The Locos, Amir Jahari, Aina Abdul dan Dr. Ann KE
Pameran Agensi & Wakil NGO Tentang Hari Kesihatan Mental Sedunia 2023

Jom Bawa Keluarga dan Rakan-rakan Memeriahkan Majlis Sambutan Hari Kesihatan Mental Sedunia 2023 Peringkat Kebangsaan

#KesihatanMentalMilikSemua
#HentikanStigma
#WorldMentalHealthDay2023 🌱💙

Sumber: Pusat Kecemerlangan Kesihatan Mental Kebangsaan