Sihat Milikku - Kementerian Kesihatan Malaysia @MyHEALTHKKM
49.1K subscribers
18K photos
1.81K videos
53 files
7.66K links
Saluran ini adalah untuk Bahagian Pendidikan Kesihatan, Kementerian Kesihatan Malaysia berkongsi maklumat pendidikan kesihatan dengan masyarakat.
加入频道
SOALAN CEPU EMAS!

Ni soalan WAJIB yang saya perlu tanya kepada ibu-bapa semasa Rundingcara Pemakanan bagi seorang kanak-kanak yang *Kekurangan Zat Makanan (KZM),

"Anak encik/puan ada minum air teh atau kopi?"

Antara jawapan-jawapan yang biasa dengar:

"Ha ah..ya..ada doktor..(panggilan doktor ni memang selalu dapat walaupun saya bukan seorang doktor..hehe)..anak saya memang suka minum teh O..cicah biskut..setiap pagi dan petang..

Atau..

"Saya tak bagi anak saya minum teh dengan kopi ni puan, tapi tu lah..nenek dia ni ada bagi, nenek die jaga dia kan masa saya kerja..emm..susah la saya nak tegur..serba salah..."

Atau..

"Saya pernah tanya anak saya, memang dekat taska ada buat teh O bagi pada dorang..."

MOHON BERHENTIKAN SEMUA TABIAT INI SEGERA!!!📣🙅‍♀

Di Melaka, umumnya di Malaysia..trend kanak-kanak mengalami masalah kekurangan zat makanan terutama sekali BANTUT semakin meningkat. Sama-sama kita bantu cegah bermula dari SEKARANG! #AnakMalaysiaTinggi

*Kekurangan Zat Makanan (KZM) berlaku apabila terjadinya satu atau lebih masalah-masalah seperti di bawah:
-Berat-Untuk-Umur: Kurang Berat Badan atau Kurang Berat Badan Teruk.
-Tinggi-Untuk-Umur: Bantut atau Bantut Teruk.
-BMI-Untuk-Umur: Susut atau Susut Teruk.
(Rujuk Carta Pertumbuhan dalam Buku Rekod Kesihatan Kanak-Kanak)

Nathirah Maamor,
Pegawai Sains Pemakanan.
#NutritionistKKM
#NutritionistMelaka
#PusatMaklumatPemakananNegeriMelaka
NASI SUKU KE SEPARUH ATAU PENUH🧐

Percayalah.. mula-mula je uols akan rasa susah..
Percayalah..mula-mula je akan rasa tak kenyang tu..
Percayalah..mula-mula je tak biasa..

Kalau tak percaya jugak..cuba laa amalkan dulu sebulan..lepas tu bagi komen kat weols..

Ingatt Sayur & buah SEPARUH pinggan..bukan nasi tauu😉

Just bagitau jee..kann semua bersemangat nak turun berat awal-awal tahun ni..

#sukusukuseparuh
#azamtahunbaru
#kalori
#sukusukuseparuhchallenge
#nutritionistkkm
Adakah ibu bapa semua akan pastikan anak-anak bersarapan dahulu sebelum ke sekolah?

Atau adakah anak-anak akan bersarapan di kantin sekolah sebelum loceng berbunyi?

Atau mungkin juga anak-anak akan mengambil sarapan mereka ketika rehat pada pukul 10.00 pagi?

Mana satu pilihan ibu & ayah, beri dan latih anak-anak untuk ambil sarapan yang bukan sahaja mengenyangkan namun turut bernutrisi.

Jika tidak sempat menyediakan sarapan pagi yang sempurna untuk anak sebelum ke sekolah, memadai dengan sarapan ringkas yang memberikan sumber tenaga buat mereka di pagi hari.

Ketahuilah sarapan pagi adalah permulaan yang penting untuk anak-anak kita.

#pemakanansekolah
#sarapanpenting
#nutritionistkkm
AIR KELAPA LEMON 7 GELAS SEHARI

Amalan pemakanan sihat amat penting dalam meningkatkan sistem ketahanan badan dalam melawan jangkitan, penyakit dan proses pemulihan.

Jangan tunggu ada isu kesihatan baru nak makan buah dan sayur atau minuman yang berkhasiat. Ianya patut dah menjadi amalan kita seharian. Terutamanya pengambilan buah-buahan dan sayur-sayuran segar yang pelbagai warna dapat membantu meningkatkan sistem immuniti badan⚠️

Jangan hanya mengambil sesuatu makanan sahaja tanpa bukti saintifik yang ia boleh merawat penyakit. Dan jangan pula menyingkirkan sesuatu makanan yang lain yang tidak terbukti kemudaratannya.

Tiada satu makanan yang dapat memenuhi kesemua nutrien yang diperlukan badan. Pengambilan makanan yang pelbagai dapat memenuhi keperluan nutrien bagi fungsi sistem badan yang optima.

Namun, pengambilan sesuatu makanan yang dianggap “sihat” itu juga tidak boleh diambil secara berlebihan kerana ada kesannya kepada tubuh badan.

Begitu juga sekiranya kekurangan atau penolakkan sesuatu jenis makanan akan menyebabkan kekurangan sesetengah nutrien dan seterusnya menjejaskan kesihatan.

Sebagai contoh, jika mengelak dari mengambil sesuatu kumpulan makanan seperti daging dan susu, kemungkinan kekurangan zat besi untuk pembentukan sel darah merah dan kalsium untuk mengelak kerapuhan tulang. Ambil ikut Panduan Diet Malaysia, iaitu sebesar 2 kotak mancis bagi satu hidangan daging dan 1 gelas susu untuk satu hidangan kumpulan tenusu.

Sebelum fanatik nak beramal dengan sesuatu tips pemakanan yang 'claim' ia boleh merawat sesuatu penyakit, semak juga samada senarai di bawah sudah dijadikan amalan harian atau belum. Kalau belum, cuba dulu baru sembang😊.

✔️ Minum air secukupnya lebih kurang 8 gelas sehari
✔️ Makan secara sederhana, seimbang dan pelbagai berdasarkan piramid makanan.
✔️ Kawal kalori dan pelbagaikan nutrien dengan mengamal konsep suku-suku-separuh pada waktu makan utama
✔️ Ambil 5 hidangan sayur-sayuran dan buah-buahan setiap hari
✔️ Meluangkan masa untuk melakukan aktiviti fizikal sekurang-kurangnya 30 minit setiap hari.

➡️ Ingat tau... Pastikan info atau tips kesihatan yang sahih diperolehi dari Kementerian Kesihatan Malaysia(KKM) dan Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO).

#amalanpemakanansihat
#Novelcoronavirus
#takpastijangankongsi
#airkelapaviral
#NutritionistKKM
KUAH BANJIR PUNCA GEMUK

1 sudu makan kuah bersantan / berminyak ~50 kcal
Satu pinggan nasi + lauk-pauk + kuah banjir melimpah ~ 800 kcal😲

Jadi, "adjust" balik pengambilan makanan anda setiap hari. Jangan biarkan pinggan anda dibanjiri kalori.
Makanlah mengikut keperluan

#kurangkaloricegahobesiti
#obesitibukanaku
#cegahNCDs
#NutritionistKKM
COVID-19 CARA MEMESAN " FOOD DELIVERY"

Pilih menu yang lebih sihat

Tidak berlebihan

Ikut waktu makan

Pesanlah makanan yang seimbang

Tak perlu pesan minuman.
Minum air kosong di rumah sahaja

#COVID19
#Stayathome
#Perintahkawalanpergerakan
#Perintahkawalanpemakanan
#InfopemakananKKM
#NutritionistKKM
Apa khabar dengan Cabaran Minum Air Kosong?
Masih ON ke uols ?
Kalau tak berjaya hari ini..esok cuba lagi💪

Jomm pastikan semua ahli keluarga minum air kosong secukupnya 8 gelas/ 2 liter sehari😎

#COVID19
#cabaran10hari
#cabaranminumairkosong2L
#10dayschallenge
#stayathomechallenge
#jomminumairkosong
#hargaikesihatan
#NutritionistKKM
MAKAN SEGENGGAM KECIL KEKACANG

Legum membekalkan protein dari sumber tumbuh-tumbuhan. Legum merangkumi kekacang, lentil dan juga kacang soya. Mengikut Panduan Diet Malaysia 2020, kita disarankan untuk mengambil1 sajian legum sehari.

Jika anda mengambil kekacang, disarankan untuk makan segenggam kecil kekacang sahaja sekurang- kurangnya 4 kali seminggu kerana kandungan kalorinya yang tinggi.

Perlis Nutritionist

#kekacang
#legum
#makanlegumsetiaphari
#sumberproteintumbuhan
#infopemakanansihat
#NutritionistKKM
JOM BIASAKAN DERIA RASA DGN KURANG MANIS!

Pengambilan gula yang tinggi dalam jangka masa yang panjang akan menyebabkan deria rasa kurang sensitif terhadap rasa manis dan menyebabkan pengambilan lebih banyak gula bagi memberi rasa manis.

Pusat Maklumat Pemakanan Terengganu

#kurangkangula
#kurangmanis
#infopemakanansihat
#NutritionistKKM
TIP CEGAH KENAIKAN BERAT BADAN

"Alamak! Berat naik semula? Adoiii macam mana ni?"

Mencegah kenaikan berat badan memerlukan kombinasi disiplin, pengetahuan, dan tingkah laku seharian yang baik. Berikut adalah beberapa tip yang dapat membantu anda semua mengelakkan pertambahan berat badan yang tidak diingini. Jom sama-sama kita amalkan!

#cegahobesiti
#capaiBMInormal
#kawalberatbadan
#sukusukuseparuh
#infopemakanansihat
#NutritionistKKM
TIP MASAK SENDIRI DI RUMAH

Trend makanan “VIRAL” yang tinggi gula, garam dan saiz sajian yang besar menyumbang kepada tabiat makanan yang tidak sihat.

Tahukah anda, bahawa memasak di rumah memberi lebih banyak manfaat kepada kesihatan berbanding makan di luar kerana kita dapat merancang menu makanan yang lebih sihat dan seimbang. Selain itu, makanan yang disediakan di rumah lebih jimat, bersih dan selamat.

Jom kita lihat beberapa tip dalam penyediaan makan sihat di rumah!

Nutritionist Sabah

#masaksecarasihat
#masakdirumah
#infopemakanansihat
#NutritionistKKM