Sihat Milikku - Kementerian Kesihatan Malaysia @MyHEALTHKKM
49.1K subscribers
18K photos
1.81K videos
53 files
7.66K links
Saluran ini adalah untuk Bahagian Pendidikan Kesihatan, Kementerian Kesihatan Malaysia berkongsi maklumat pendidikan kesihatan dengan masyarakat.
加入频道
Bagaimana membantu anak remaja yang sangat menyukai MAKANAN MANIS?🍿🍦🍭🍫🍩🍰🥤🍹

Adakah makanan manis menjadi makanan terlarang di rumah anda? Ada sesetengah ibu bapa sangat mengambil perhatian tentang pengambilan makanan tinggi gula di kalangan anak remaja mereka. Tiada hidangan manis di dalam rumah dan mereka berharap anak remaja mereka akan mengamalkan pengambilan makanan sihat namun kebanyakan anak remaja yang meningkat dewasa mereka sukar untuk menerima sesuatu yang dipaksa-paksa dan sesetengahnya akan mengambil makanan manis secara berlebihan apabila ibu bapa berjauhan daripada mereka.

Hidangan manis kebiasaanya dikenali sebagai makanan yang menyeronokkan kerana ia sentiasa ada di kebanyakan majlis keraian seperti majlis harijadi, majlis perpisahan, majlis meraikan sesuatu kejayaan atau dikira sebagai makanan untuk bersantai atau semasa perjumpaan teman rapat.

Berikut merupakan kaedah yang sesuai untuk membantu anak remaja membuat pilihan sihat dengan bijak.

Memahami mengenai makanan yang bernutrisi yang mematuhi pinggan sihat Malaysia #sukusukuseparuh sebagai panduan untuk merancang hidangan utama dan snek remaja ada.

Bincangkan bersama anak remaja anda mengenai makanan yang dikategorikan sebagai "makanan gembira" yang digemarinya serta senaraikan makanan tersebut.

Berikan kebebasan kepada anak remaja untuk merancang dietnya dengan membantu mereka merangka pemakanan yang seimbang.

Cadangkan kepada anak remaja untuk membuat pilihan makanannya sebagai contoh terdapat 2 majlis di hujung minggu, sepotong kek di majlis harijadi teman rapat dan sebatang ais krim di majlis perkahwinan ibu saudara di sebelah malam. Ini memberikan tindakbalas kepada anak remaja bahawa mereka boleh mempertimbangkan pengambilan makanan manis di dalam dietnya.

Menjadi contoh terbaik kepada anak remaja dengan mengambil makanan manis secara sihat – makan dengan porsi yang betul, dan menikmati makanan dengan penuh kesedaran.

Apa yang kita mahukan adalah remaja yang mampu membuat keputusan dan pilihan makanan yang sihat. Mampu membuat pilihan mengenai pengambilan makanan manis dan memahami konsep pengambilan diet yang bernutrisi tinggi.

Sumber: Bahagian Pemakanan, KKM
This media is not supported in your browser
VIEW IN TELEGRAM
Psss..Pinggan viral ni jangan dilupakan..

Jom tengok, ingat, dannnn...amalkann tauu..

Betul, Pinggan Sihat Malaysia #sukusukuseparuh

Jom dengar lagu RARA #Sukusukuseparuh ni.

Sumber: Nutritionist KKM
Diabetes merupakan sejenis penyakit yang boleh menjejaskan seluruh tubuh badan sekiranya tidak dikawal dengan sempurna.

1️⃣ daripada 5️⃣ rakyat dewasa di 🇲🇾 merupakan penghidap diabetes.

Pencegahan amatlah disarankan, terutamanya dalam golongan yang berisiko.

Ketahui langkah-langkah pencegahan bagi mencegah penyakit kronik ini.

📌 Amalkan makan secara sihat melalui konsep Pinggan Sihat Malaysia #SukuSukuSeparuh dalam setiap hidangan utama.

📌 Lakukan aktiviti fizikal rutin untuk membantu mengawal berat badan, paras gula dalam darah dan tekanan darah.

📌 Mengawal berat badan dengan mengekalkan berat badan yang sihat.

📌 Perokok berisiko tinggi menghidap diabetes. Dapatkan bantuan perkhidmatan berhenti merokok dengan melayari laman sesawang JomQuit - https://jomquit.com

📌 Elakkan pengambilan alkohol.

📌 Lakukan pemeriksaan kesihatan secara berkala supaya pengesanan dan langkah pencegahan awal dapat dilakukan.
This media is not supported in your browser
VIEW IN TELEGRAM
Mari kita amalkan pemakanan yang sihat dengan makan suku-suku separuh! Suku karbohidrat, suku protein dan separuh sayuran serta buah-buahan.

Barulah badan kita boleh jadi sihat dan kuat!

#SihatMilikku
#UpinIpin #SukuSukuSeparuh
Murid: Selamat pagi cikgu. 😃
Cikgu: Selamat pagi. Siapa ambil sarapan pagi tadi

Pastikan anak anda mengambil sarapan pagi setiap hari.
Ianya bukan sahaja penting untuk pertumbuhan dan perkembangannya, tetapi juga untuk mereka kekal cergas dan aktif. 💪

Pupuk amalan makan secara sihat sejak anak kecil lagi.
Berikan anak anda makanan yang berkhasiat mengikut saranan Pinggan Sihat Malaysia

#SukuSukuSeparuh

Sumber: Nutritionist KKM
🟡Adakah anda tahu bahawa khasiat buah dan sayur boleh dikenali melalui warnanya?

Setiap warna pada buah dan sayuran memberi pelbagai manfaat tersendiri kepada kesihatan.

💛Kami kongsikan khasiat pengambilan buah dan sayuran berwarna kuning dan jingga yang kaya dengan fitokimia jenis karotenoid (carotenoid). 💛
🍍🍌🍋🌽🥕
Jadi, jom pastikan menu harian anda mengandungi pelbagai warna dari sumber sayuran dan buah-buahan.

Amalkan Pinggan Sihat Malaysia #SukuSukuSeparuh dengan mengambil separuh daripada pinggan anda adalah daripada sayur-sayuran dan buah-buahan.
Pra-diabetes boleh dikawal dengan mengamalkan cara hidup sihat.

🏥 Amalkan cara hidup sihat bagi mengekalkan paras gula darah 🩸 yang normal DAN lakukan saringan kesihatan sekiranya anda tergolong dalam individu berisiko

Makan secara sihat: kurangkan karbohidrat & lemak dalam makanan. Amalkan #SukuSukuSeparuh
Sentiasa aktif
Kurangkan berat badan jika berat badan berlebihan

Jom Saring
✔️ Rancang pengambilan makanan harian anda agar tidak tergolong dalam kalangan mereka yang berlebihan berat badan atau obesiti.

Salah satu cara mudah untuk makan secara seimbang & sederhana adalah dengan mengamalkan Pinggan Sihat Malaysia mengikut konsep #SukuSukuSeparuh.

💪 Ayuh sihat bersama.
Anda sudah makan sayur hari ini

📌Antara pilihan sayuran dalam menu adalah sayur peria.Rendah kalori dan kaya dengan vitamin dan mineral.

Bersama ikuti saranan
#SukuSukuSeparuh, dengan mengambil separuh sajian adalah buah dan sayur.
Anda peminat nasi lemak

Nasi lemak kini menjadi pilihan untuk sarapan, makan tengahari dan makan malam.

Namun, jangan lupa untuk lengkapkan hidangan nasi lemak dengan kombinasi sayuran seperti timun, kangkung atau ulam-ulaman.

#sukusukuseparuh
Cegah Obesiti !

🍱 Amalkan pemakanan secara sihat #sukusukuseparuh
🏃‍♀️ Bersenam secara konsisten
👟 Sasarkan 10,000 langkah setiap hari
🚰 Amalkan minum air kosong
🥗 Lebihkan sayur-sayuran dan buah-buahan dalam setiap hidangan

#ANMS
#KekalSihat
#sihatmilikku

Sumber:
Bahagian Pendidikan Kesihatan, KKM
t.me/sihatmilikbersama
Menurut NHMS 2019, 1 daripada 2 orang dewasa di Malaysia mempunyai berat badan berlebihan atau obes. Obesiti boleh meningkatkan risiko kanser.

Kami kongsikan tip penurunan berat badan:
🟣 Lakukan aktiviti fizikal selama 150 minit seminggu.
🟣 Tetapkan corak pemakanan yang seimbang #SukuSukuSeparuh dan hadkan pengambilan kalori.
🟣 Kurangkan pengambilan makanan segera, makanan ringan, berlemak, tinggi gula dan garam.
🟣 Lebihkan pengambilan buah, sayur dan serat.
✔️ Rancang pengambilan makanan harian anda agar tidak tergolong dalam kalangan mereka yang berlebihan berat badan atau obesiti.

Salah satu cara mudah untuk makan secara seimbang dan sederhana adalah dengan mengamalkan Pinggan Sihat Malaysia #SukuSukuSeparuh.

💪 Ayuh sihat bersama.
JOM❗️Pelbagaikan warna semula jadi dalam pengambilan diet harian kita 🔴

Kami kongsikan khasiat buah dan sayuran berwarna MERAH ❤️

Jangan lupa amalkan Pinggan Sihat Malaysia #SukuSukuSeparuh dengan mengambil 3 sajian sayur-sayuran dan 2 sajian buah-buahan setiap hari 💪🏻
📄Menurut NHMS 2019, 1 daripada 2 orang dewasa di Malaysia mempunyai berat badan berlebihan atau obes. Obesiti boleh meningkatkan risiko kanser.

‼️Jom mulakan sekarang‼️

1️⃣) Lakukan aktiviti fizikal selama 150 minit seminggu.

2️⃣) Tetapkan corak pemakanan yang seimbang #SukuSukuSeparuh dan hadkan pengambilan kalori.

4️⃣Kurangkan pengambilan makanan segera, makanan ringan, berlemak, tinggi gula dan garam.

5️⃣) Lebihkan pengambilan buah, sayur dan serat.

🫶🏻 Sempena Bulan Malaysia Sihat Sejahtera, ayuh lakukan sesuatu yang positif untuk diri anda demi kesihatan berpanjangan.
Makan secara sihat dan seimbang.

Amalkan pemakanan yang sihat dan seimbang demi kesihatan jantung anda mengikut konsep Pinggan Sihat Malaysia #SukuSukuSeparuh. Pastikan pengambilan air yang mencukupi sebanyak 8 gelas sehari.

Kenali Jantung Hargai Jantung dengan makan secara sihat dan seimbang.

#ANMS #sihatmilikku

Sumber:
Bahagian Pendidikan Kesihatan, KKM
t.me/sihatmilikbersama
🍳🥚Variasikan hidangan telur dadar anda dengan pelbagai nutrisi terbaik daripada sayur- sayuran segar dan makanan laut yang lain sebagai pelengkap hidangan anda.

Jom pilih untuk sihat‼️

Pilih makanan berkhasiat

#sukusukuseparuh
TIP CEGAH KENAIKAN BERAT BADAN

"Alamak! Berat naik semula? Adoiii macam mana ni?"

Mencegah kenaikan berat badan memerlukan kombinasi disiplin, pengetahuan, dan tingkah laku seharian yang baik. Berikut adalah beberapa tip yang dapat membantu anda semua mengelakkan pertambahan berat badan yang tidak diingini. Jom sama-sama kita amalkan!

#cegahobesiti
#capaiBMInormal
#kawalberatbadan
#sukusukuseparuh
#infopemakanansihat
#NutritionistKKM