Sihat Milikku - Kementerian Kesihatan Malaysia @MyHEALTHKKM
49.1K subscribers
18K photos
1.82K videos
53 files
7.67K links
Saluran ini adalah untuk Bahagian Pendidikan Kesihatan, Kementerian Kesihatan Malaysia berkongsi maklumat pendidikan kesihatan dengan masyarakat.
加入频道
Food and Risk of Disease

Tune in to Traxxfm at 10.15 am with Dr. Ahmad Riadz bin Mazeli from Disease Control Division, MOH.

#ANMS #sihatmilikku
Kepada petugas dan sukarelawan bantuan banjir, pakai peralatan perlindungan diri yang bersesuaian.

Pastikan tiada luka yang terdedah. Cuci tangan dengan air bersih dan sabun atau pensanitasi tangan.

Mandi dan bersihkan badan menggunakan sabun dan pakai pakaian bersih sebelum pulang.

Bersihkan peralatan perlindungan diri dan cuci pakaian menggunakan air bersih dan sabun.

Segera dapatkan rawatan jika demam, batuk, sakit sendi dan cirit-birit.

Layari http://www.infosihat.gov.my untuk dapatkan bahan pendidikan kesihatan berkaitan banjir.

#ANMS #sihatmilikku

Sumber:
Bahagian Pendidikan Kesihatan, KKM
t.me/sihatmilikbersama
Penyakit Tibi

Saksikan dalam rancangan Malaysia Hari Ini esok di TV3

Tarikh : 28 November 2023 (Selasa)
Masa : 9.30 pagi
Panel :
Dr. Siti Hafsah Abd Halim
Pakar Perubatan Kesihatan Awam
Bahagian Kawalan Penyakit, KKM

#ANMS #sihatmilikku
This media is not supported in your browser
VIEW IN TELEGRAM
Panduan Penjagaan Kesihatan Semasa Banjir

👉 Makan makanan yang telah dimasak
👉 Basuh tangan sebelum dan selepas ke tandas
👉 Buang sampah di tempat yang disediakan
👉 Minum air yang telah dimasak atau air minuman berbotol
👉 Segera dapatkan rawatan sekiranya mengalami demam, cirit birit, muntah dan lain-lain masalah kesihatan

Layari http://www.infosihat.gov.my untuk dapatkan bahan pendidikan kesihatan berkaitan banjir.

#ANMS #KekalSihat #sihatmilikku

Sumber:
Bahagian Pendidikan Kesihatan, KKM
t.me/sihatmilikbersama
Jom sertai Program Take Care..Ur Health! anjuran Hospital Sungai Buloh dengan kerjasama Cawangan Promosi Kesihatan, Hospital, Pejabat Kesihatan Daerah & Wellness Hub, Jabatan Kesihatan Negeri Selangor.

NOVEMBER 2023
BAYI PRA MATANG
28 NOVEMBER 2023 SELASA
10.00 PAGI


Google Meet joining info
Video call link: https://meet.google.com/cyc-izjq-xsp

Jom dapatkan ilmu kesihatan untuk panduan bersama.

Sumber: CPK Negeri Selangor
4 hari lagi menuju ke Sambutan Hari Aids Sedunia Peringkat Kebangsaan dan Sihat Milik Selangor 4.0😍😍

‼️ Warga Selangor‼️

Jom memeriahkan sambutan ini. Pelbagai aktiviti disediakan untuk semua warga Selangor

🗓 2 Disember 2023 (Sabtu)
8.00 pagi
📍Dewan Berlian, UiTM Kampus Puncak Alam, Cawangan Selangor

Save the date

#SihatMilikSelangor
#ANMS

Sumber: CPK Negeri Selangor
Lelaki dan Mati Pucuk

Jom sertai TikTok Live @MyHealthKKM pada pukul 3.00 hingga 4.00 petang bersama Dr. Wan Mohd Sharifuddin bin Zainudin, Ketua Penolong Pengarah Kanan dari Bahagian Pembangunan Kesihatan Keluarga, KKM

#ANMS #sihatmilikku
Elak penyakit bawaan air dan makanan semasa banjir.

Jaga kebersihan diri, makanan dan persekitaran.

Segera dapatkan rawatan sekiranya mengalami demam, cirit-birit, muntah dan lain-lain masalah kesihatan.

Layari https://www.infosihat.gov.my/banjir.html untuk dapatkan maklumat lanjut mengenai banjir.

#ANMS #sihatmilikku

Sumber:
Bahagian Pendidikan Kesihatan, KKM
t.me/sihatmilikbersama
Lelaki dan Mati Pucuk

Jom sertai TikTok Live @MyHealthKKM pada pukul 3.00 hingga 4.00 petang ini bersama Dr. Wan Mohd Sharifuddin bin Zainudin, Ketua Penolong Pengarah Kanan dari Bahagian Pembangunan Kesihatan Keluarga, KKM

#ANMS #sihatmilikku
This media is not supported in your browser
VIEW IN TELEGRAM
Pemanis gantian diklasifikasikan kepada dua iaitu yang berkalori dan tanpa kalori.

Contoh pemanis asli tanpa kalori adalah seperti buah monk dan stevia dan pemanis tiruan pula seperti sakarin dan aspartam.
Pemanis gantian tanpa kalori tidak akan memberi kesan kepada gula dalam darah dan pengambilan kalori seharian kita namun pengambilan perlu mengikut saranan yang ditetapkan.

Dapatkan nasihat doktor dan dietitian tentang jumlah dan jenis pemanis gantian yang sesuai sekiranya tidak mampu kurangkan atau elakkan gula tambahan dalam makanan dan minuman.

#ANMS #sihatmilikku
Saksikan esok di Wanita Hari Ini jam 12.00 tengahari perkongsian mengenai penyakit Diabetes bersama Dr. Ida Ilyani Adam, Pakar Perubatan Endokrin, Hospital Sungai Buloh

Sumber: CPK Negeri Selangor
Hepatitis A adalah penyakit bawaan makanan dan air.

Semasa banjir, jaga kebersihan diri, makanan dan persekitaran, sentiasa cuci tangan dengan betul dan minum air yang telah dimasak.

Segera dapatkan rawatan sekiranya anda mempunyai gejala seperti demam, sakit perut dan mata/ kulit menjadi kuning.

Layari http://www.infosihat.gov.my untuk dapatkan bahan pendidikan kesihatan berkaitan banjir.

#ANMS #sihatmilikku

Sumber:
Bahagian Pendidikan Kesihatan, KKM
t.me/sihatmilikbersama
Kawasan anda dipilih sebagai tempat Pengoperasian Nyamuk Aedes berWolbachia kerana kerap berlaku wabak denggi dan mempunyai kepadatan nyamuk Aedes yang tinggi. Kerjasama, sokongan dan persetujuan komuniti diperlukan untuk melaksanakannya.

Ambil maklum perkara-perkara yang perlu dilakukan sebelum, semasa dan selepas pengoperasian nyamuk Aedes berWolbachia di kawasan anda.

Sekiranya jentik-jentik dijumpai semasa aktiviti pemeriksaan, tindakan penguatkuasaan akan dikenakan.

#ANMS #sihatmilikku

Sumber:
Bahagian Pendidikan Kesihatan, KKM
t.me/sihatmilikbersama
Kenyataan Media Kementerian Kesihatan Malaysia

Kes Positif Cacar Monyet (Mpox) Malaysia
Kencing manis terjadi disebabkan beberapa faktor.

Jom tengok WHI untuk kita dapatkan pandangan pakar tentang penyakit Kencing Manis.

Wanita Hari Ini | Isnin - Jumaat | 12 tengahari

Strim secara Live HD atau layan semula semua program favorite anda di Tonton melalui www.tonton.com.my dan aplikasi Tonton sekarang!

#BualBicara #WHITV3
Baru-baru ini telah tular di aplikasi whatsapp berhubung dengan penularan kes COVID-19 semakin meningkat sejak 3 minggu yang lalu dan mendakwa trend berlakunya peningkatan kes adalah disebabkan oleh strain virus baharu hingga menyebabkan "1 dalam setiap 6 ke 7 orang pesakit" mendapat jangkitan paru- paru hingga memerlukan bantuan pernafasan. Kenyataan ini sama sekali 𝐭𝐢𝐝𝐚𝐤 𝐛𝐞𝐧𝐚𝐫 kerana ketika ini, kadar kemasukan pesakit COVID-19 ke wad hanya sekitar 2-3% manakala, 𝐭𝐢𝐚𝐝𝐚 𝐤𝐞𝐣𝐚𝐝𝐢𝐚𝐧 wad penuh bagi kemasukan pesakit COVID-19 di hospital telah dilaporkan.

Justeru, orang ramai digesa agar tidak mudah mempercayai mesej yang ditularkan menerusi mesej berantai yang tidak diketahui sumber kesahihannya di media sosial dan merujuk portal KKMNOW di data.moh.gov.my untuk status semasa kes COVID-19 bagi memperjelaskan mengenai situasi ini.
Kolera merupakan penyakit bawaan air dan makanan yang disebabkan oleh jangkitan bakteria Vibrio Cholerae.

Kolera berjangkit melalui pengambilan makanan atau air yang tercemar terutamanya ketika musim banjir.

Perhatikan tanda-tanda / gejala dan langkah pencegahan penyakit kolera.

Layari http://www.infosihat.gov.my untuk dapatkan bahan pendidikan kesihatan berkaitan banjir.

#ANMS #sihatmilikku

Sumber:
Bahagian Pendidikan Kesihatan, KKM
t.me/sihatmilikbersama