Sihat Milikku - Kementerian Kesihatan Malaysia @MyHEALTHKKM
49.1K subscribers
18K photos
1.82K videos
53 files
7.67K links
Saluran ini adalah untuk Bahagian Pendidikan Kesihatan, Kementerian Kesihatan Malaysia berkongsi maklumat pendidikan kesihatan dengan masyarakat.
加入频道
Bekas hitam kecil digunakan untuk memantau kehadiran Nyamuk Aedes BerWolbachia.

Sekiranya anda melihat bekas hitam ini, kerjasam dipohon untuk
⛔️ Tidak ganggu atau alih bekas ini
⛔️ Beritahu orang lain untuk tidak ganggu atau alih bekas ini
⛔️ Tidak buang air dari bekas ini
⛔️ Tidak memasukkan bahan pembunuh jentik-jentik ke dalam bekas ini.

Beri kerjasama kepada anggota kesihatan semasa hari pemasangan, pemeriksaan dan kutipan bekas seperti dijadualkan sekiranya rumah anda terpilih sebagai tempat meletakkan bekas hitam kecil.

#ANMS #sihatmilikku

Sumber:
Bahagian Pendidikan Kesihatan, KKM
t.me/sihatmilikbersama
Keracunan makanan adalah penyakit bawaan air dan makanan yang disebabkan oleh pengambilan makanan atau minuman tercemar.

Semasa banjir, jaga kebersihan diri, makanan dan persekitaran, sentiasa cuci tangan dengan betul dan jangan makan makanan mentah yang tidak dimasak dan makanan basi atau rosak.

Segera dapatkan rawatan sekiranya anda mempunyai gejala seperti rasa loya, muntah-muntah dan sakit perut.

Layari http://www.infosihat.gov.my untuk dapatkan bahan pendidikan kesihatan berkaitan banjir.

#ANMS #sihatmilikku

Sumber:
Bahagian Pendidikan Kesihatan, KKM
t.me/sihatmilikbersama
Apakah itu nyamuk Aedes berWolbachia?

Apakah kebaikan nyamuk Aedes berWolbachia?

Baca maklumat berikut.

#ANMS #sihatmilikku

Sumber:
Bahagian Pendidikan Kesihatan, KKM
t.me/sihatmilikbersama
Kekal Sihat Di Musim Banjir

Dengarkan di Gegarfm esok pada pukul 8.00 pagi bersama Dr. Misliza Ahmad, Pakar Perubatan Kesihatan Awam dari Jabatan Kesihatan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Putrajaya.

#ANMS #sihatmilikku
Taun merupakan penyakit yang mudah berjangkit dan sangat berbahaya disebabkan oleh kuman Vibrio Cholerae.

Cirit-birit dan dehidrasi yang teruk akan muncul beberapa jam hingga 5 hari selepas terdedah kepada jangkitan.

Jaga kebersihan diri, makanan dan persekitaran, sentiasa cuci tangan dengan betul, minum air yang telah dimasak dan jangan makan makanan mentah yang tidak dimasak dan makanan basi atau rosak.

Layari http://www.infosihat.gov.my untuk dapatkan bahan pendidikan kesihatan berkaitan banjir.

#ANMS #sihatmilikku

Sumber:
Bahagian Pendidikan Kesihatan, KKM
t.me/sihatmilikbersama
This media is not supported in your browser
VIEW IN TELEGRAM
Langkah bijak kurangkan gula

❗️ Pilih air kosong berbanding minuman manis
❗️ Hadkan kepada 1 sudu teh sahaja untuk 1 cawan minuman
❗️ Hadkan minuman manis sehari sekali
❗️ Elakkan menambah gula dalam masakan
❗️ Ganti kuih-muih manis dengan buah dan kekacang
❗️ Baca label dan pilih produk kurang gula atau mempunyai logo HCL

Gula : 1 sudu teh dah cukup, kurang lebih baik, tiada terbaik!

#ANMS #sihatmilikku

Sumber:
Bahagian Pendidikan Kesihatan, KKM
t.me/sihatmilikbersama
Kes positif COVID-19 perlu menjalani pengasingan atau isolasi selama 5 hari dari tarikh bermula gejala. Kes juga dinasihati untuk mengambil langkah-langkah pencegahan seperti memakai pelitup muka ketika keluar dari rumah, elak berada di tempat yang sesak, dan elak melawat kumpulan berisiko tinggi sehingga hari ke-10.

Selain itu, kontak rapat kepada kes COVID-19 digalakkan untuk melakukan kuarantin kendiri sekiranya mempunyai gejala seperti demam, batuk dan selesema, melakukan ujian pengesanan COVID-19 RTK (Ag) kendiri serta mengamalkan langkah-langkah pencegahan kesihatan awam untuk mengurangkan risiko penularan jangkitan.
KENYATAAN MEDIA
KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA
3 DISEMBER 2023

-SITUASI TERKINI COVID-19 DI MALAYSIA-
Adakah HIV dan AIDS penyakit yang sama

Diagnosis bagi kedua-dua penyakit adalah berbeza tetapi saling berkait.

Kekeliruan masyarakat mengenai penyakit ini boleh menyebabkan usaha membendung jangkitan HIV/AIDS melalui aktiviti pencegahan, rawatan dan kawalan terjejas.

Bersempena dengan Hari AIDS Sedunia yang disambut pada 1 Disember 2023, bersama tingkatkan kesedaran kita mengenai HIV/ AIDS.

#KomunitiPenerajuBersama
Dapatan NHMS (2020) dalam kalangan belia berumur 15-24 tahun menunjukkan:

🔴Hanya 14% mempunyai pengetahuan HIV yang mencukupi

🔴 47.9% mempunyai persepsi yang salah bahawa HIV boleh disebarkan melalui makan

🔴 41.6% daripada mereka tidak tahu amalan seks selamat boleh mengurangkan risiko jangkitan HIV.

Ini boleh membantutkan usaha pencegahan penularan HIV ini.

Sempena Hari AIDS Sedunia yang disambut pada 1 Disember setiap tahun, bersama tingkatkan kesedaran diri dan keluarga mengenai HIV untuk mengakhiri wabak AIDS menjelang 2030.

#komunitipenerajubersama
Antara langkah yang boleh diambil bagi mencegah demam tifoid adalah

▶️ Basuh tangan dengan sabun dan air bersih sebelum dan selepas makan dan selepas ke tandas
▶️ Hanya gunakan air bersih dan terawat untuk penyediaan makanan
▶️ Minum air yang telah dimasak sehingga mendidih atau air yang telah dibotolkan
▶️ Bersihkan kawasan sekeliling rumah dan lupuskan sampah dengan sempurna
▶️ Tutup semua makanan

Layari http://www.infosihat.gov.my untuk dapatkan bahan pendidikan kesihatan berkaitan banjir.

#ANMS #sihatmilikku

Sumber:
Bahagian Pendidikan Kesihatan, KKM
t.me/sihatmilikbersama
Melioidosis disebabkan jangkitan bakteria Burkholderia Pseudomallei dan boleh menjangkiti manusia dan haiwan.

Individu boleh dijangkiti melalui pendedahan secara langsung dengan tanah atau air tercemar atau menyedut debu / titisan air yang tercemar.

Kepada petugas yang memberi bantuan semasa banjir, pakai peralatan perlindungan diri yang bersesuaian.

Dapatkan rawatan segera jika bergejala.

Layari http://www.infosihat.gov.my untuk dapatkan bahan pendidikan kesihatan berkaitan banjir.

#ANMS #sihatmilikku

Sumber:
Bahagian Pendidikan Kesihatan, KKM
t.me/sihatmilikbersama
Kanser Mulut

Sertai TikTok Live di www.tiktok.com/@myhealthkkm esok pada pukul 3.00 hingga 4.00 petang bersama Dr. Norhayati Omar, Pakar Bedah Mulut & Maksilofasial dari Hospital Putrajaya.

#ANMS #sihatmilikku
Perbezaan HIV dan AIDS

Dengarkan di zayanfm esok pada pukul 9.00 pagi bersama Dr. Yeong May Luu, Pakar Perubatan Kesihatan Awam dari Jabatan Kesihatan Negeri Selangor.

#ANMS #sihatmilikku
Setitis Darah Sejuta Impian

Dengarkan di Nasionalfm pada pukul 10.30 pagi bersama Dr. Nur Syahirah Abdul Rahim, Pegawai Perubatan dari Hospital Tengku Ampuan Rahimah Klang.

#ANMS #sihatmilikku