Sihat Milikku - Kementerian Kesihatan Malaysia @MyHEALTHKKM
49.1K subscribers
18K photos
1.82K videos
53 files
7.67K links
Saluran ini adalah untuk Bahagian Pendidikan Kesihatan, Kementerian Kesihatan Malaysia berkongsi maklumat pendidikan kesihatan dengan masyarakat.
加入频道
🤩🤩10 hari lagi menuju ke Sambutan Hari Aids Sedunia Peringkat Negeri Kebangsaan dan Sihat Milik Selangor 4.0😍😍

‼️ Warga Selangor‼️

Jom memeriahkan sambutan ini. Pelbagai aktiviti disediakan untuk semua warga Selangor

🗓 2 Disember 2023 (Sabtu)
7.30 pagi
📍 Dewan Berlian, UiTM Cawangan Selangor, Kampus Puncak Alam

Save the date😁

Sumber: CPK Negeri Selangor
Tinjauan Kesihatan dan Morbiditi Kebangsaan (2019) mendapati bahawa 𝐋𝐄𝐋𝐀𝐊𝐈 𝐲𝐚𝐧𝐠 𝐛𝐞𝐫𝐮𝐦𝐮𝐫 𝟑𝟎 𝐭𝐚𝐡𝐮𝐧 𝐤𝐞 𝐛𝐚𝐰𝐚𝐡 𝐚𝐝𝐚𝐥𝐚𝐡 3️⃣ lebih tinggi berisiko untuk menghidapi penyakit darah tinggi berbanding wanita.

Penyakit kardiovaskular boleh dikesan dengan menjalani saringan kesihatan secara berkala di klinik kesihatan berdekatan.

Pengesanan awal ini mampu mengawal dan merawat penyakit kardiovaskular dengan lebih efektif.‼️
This media is not supported in your browser
VIEW IN TELEGRAM
Pesakit Diabetes tidak digalakkan makan nasi putih banyak kerana nanti gula dalam darah naik tinggi tetapi pengambilan beras perang secara berlebihan juga boleh menaikkan gula dalam darah. Ini kerana nasi beras perang masih mengandungi kandungan karbohidrat yang sama dengan nasi beras putih.

Pengambilan karbohidrat yang banyak masih meningkatkan kadar gula darah yang ketara.

Antara kebaikan beras perang
👍 Tinggi kandungan serat
👍 Menurunkan aras profil lipid
👍 Kaya dengan vitamin dan mineral
👍 Sederhana indeks glisemik

Jom cuba tukar nasi putih kepada nasi beras perang tapi kawal saiz hidangan nasi ya!

#ANMS #sihatmiliķku

Sumber:
Bahagian Pendidikan Kesihatan, KKM
t.me/sihatmilikbersama
Antara tip keselamatan makanan semasa banjir yang perlu diamalkan.

Sentiasa minum air yang telah dimasak
Elakkan makanan mentah
Percayakan deria anda dan amalkan lihat, hidu dan rasa
Jaga kebersihan diri dan persekitaran
Sentiasa cuci tangan dengan betul.

Layari https://www.infosihat.gov.my/banjir.html untuk dapatkan maklumat lanjut mengenai banjir.

#ANMS #sihatmilikku

Sumber:
Bahagian Pendidikan Kesihatan, KKM
t.me/sihatmilikbersama
Kenyataan Media Kementerian Kesihatan Malaysia

Situasi Terkini COVID-19 Di Malaysia
Musim hujan datang kembali.

Pastikan anda hapuskan tempat pembiakan nyamuk Aedes.

#ANMS #OneHourMalaysiaCleanUp #TiadaAedesTiadaDenggi #JomKitarSemula #sihatmilikku

Sumber:
Bahagian Pendidikan Kesihatan, KKM
t.me/sihatmilikbersama
Funrobik Challenge @ Sambutan Hari Aids Sedunia Peringkat Kebangsaan 2023 dan Sihat Milik Selangor 4.0😍😍

‼️ Warga Selangor‼️

Aktifkan diri anda sempena Sambutan Hari Aids Sedunia Peringkat Kebangsaan 2023 dan Sihat Milik Selangor 4.0 dengan sertai Funrobik..

Jom meriahkan sambutan ini.. Jumpa di sana ‼️

🗓 2 Disember 2023 (Sabtu)
8.00 pagi
📍 Dewan Berlian UiTM Cawangan Selangor, Kampus Puncak Alam

PENYERTAAN ADALAH PERCUMA!!!!

Save the date

#SihatMilikSelangor
#ANMS

Sumber: CPK Negeri Selangor
Kesesakan di pusat pemindahan banjir boleh meningkatkan risiko jangkitan saluran pernafasan.

Cegah jangkitan saluran pernafasan semasa banjir dengan

➡️ Elak berdekatan dengan mereka yang mempunyai simptom seperti batuk atau bersin
➡️ Amalkan etika batuk dan bersin yang betul
➡️ Jaga kebersihan diri dan persekitaran
➡️ Cuci tangan menggunakan air dan sabun atau pensanitasi tangan
➡️ Gunakan tisu untuk membuang kahak
➡️ Asingkan mangsa banjir yang mempunyai gejala
➡️ Pakai pelitup muka jika bergejala atau berada di tempat sesak

Segera dapatkan rawatan sekiranya mengalami masalah kesihatan.

Layari https://www.infosihat.gov.my/banjir.html untuk dapatkan maklumat lanjut mengenai banjir.

#ANMS #sihatmilikku

Sumber:
Bahagian Pendidikan Kesihatan, KKM
t.me/sihatmilikbersama
Kutip Sampah Sambil Riadah (KUDAH) dan aktiviti One Hour Malaysia Clean Up merupakan aktiviti penjagaan kebersihan persekitaran dalam usaha meningkatkan kesedaran dan tindakan masyarakat untuk memelihara alam sekitar.

Orang ramai dijemput untuk turut serta dalam aktiviti ini yang akan diadakan pada 25/11/2023 jam 7.30 pagi bertempat di Taman Tasik Baginda, Kampung Dato’ Abu Bakar Baginda, Kajang Selangor.

Kebersihan Persekitaran Tanggungjawab Kita Bersama.

#ANMS #KUDAHKKM #OneHourMalaysiaCleanUp #sihatmilikku

Sumber:
Bahagian Pendidikan Kesihatan, KKM
t.me/sihatmilikbersama
‼️Pengambilan makanan yang tinggi gula akan meningkatkan risiko mendapat penyakit kencing manis dan penyakit kardiovaskular.🫀

Penyakit kencing manis akan mengakibatkan komplikasi yang melibatkan beberapa organ seperti mata, buah pinggang, saraf dan sebagainya.

Oleh itu, orang ramai disarankan untuk menghadkan pengambilan gula yang berlebihan dalam makanan dan minuman agar kekal sihat.
1 hari lagi menjelang One Hour Malaysia Clean Up.

Tarikh : 25 November 2023 (Sabtu)
Masa : 8.30 - 9.30 pagi

Laksanakan aktiviti kebersihan persekitaran & kitar semula selama 1 jam di kawasan anda.

#ANMS #OneHourMalaysiaCleanUp #TiadaAedesTiadaDenggi #JomKitarSemula #sihatmilikku

Sumber:
Bahagian Pendidikan Kesihatan, KKM
t.me/sihatmilikbersama
Perkukuhkan kawalan kesihatan kendiri dengan melaksanakan TRIIS.

Test - Segera lakukan ujian saringan COVID-19 sekiranya mengalami simptom-simptom jangkitan

Report - Laporkan keputusan saringan secepat mungkin di aplikasi MySejahtera

Isolate - Lakukan pengasingan kendiri dan patuhi Pemerintah Pengawasan dan Pemerhatian di Rumah (HSO)

Inform - Maklumkan kepada kontak rapat anda

Seek - Dapatkan penilaian dan rawatan segera sekiranya gejala bertambah teruk.

#ANMS #COVID19 #sihatmilikku

Sumber:
Bahagian Pendidikan Kesihatan, KKM
t.me/sihatmilikbersama
This media is not supported in your browser
VIEW IN TELEGRAM
Elak penyakit bawaan air dan makanan semasa banjir seperti Disentri, Taun, Hepatitis A dan Leptospirosis.

Jaga kebersihan diri, makanan dan persekitaran.

Segera dapatkan rawatan sekiranya mengalami demam, cirit-birit, muntah dan lain-lain masalah kesihatan.

Terus waspada!

Layari https://www.infosihat.gov.my/banjir.html untuk dapatkan maklumat lanjut mengenai banjir.

#ANMS #sihatmilikku

Sumber:
Bahagian Pendidikan Kesihatan, KKM
t.me/sihatmilikbersama
🚭Rokok elektronik atau vape mengandungi bahan yang boleh memudaratkan kesihatan seperti propalina glikol, gliserin sayuran, logam berat serta bahan perisa dan pewarna.

🚬Tabiat menghisap rokok elektronik atau vape akan menyebabkan ketagihan seterusnya memberi kesan jangka pendek dan panjang terhadap kesihatan.

Oleh itu, orang ramai perlulah menghindar tabiat menghisap rokok elektronik atau vape bagi mengelakkan penyakit paru-paru yang berpunca daripada bahan tersebut yang dikenali sebagai E-Cigarette or Vaping Product Use-Associated Lung Injury (EVALI).
🍳🥚Variasikan hidangan telur dadar anda dengan pelbagai nutrisi terbaik daripada sayur- sayuran segar dan makanan laut yang lain sebagai pelengkap hidangan anda.

Jom pilih untuk sihat‼️

Pilih makanan berkhasiat

#sukusukuseparuh
Cegah Penyakit Kulit Bawaan Air Banjir

Pendedahan kepada air banjir yang tercemar boleh menyebabkan penyakit kulit.

Elak daripada terdedah dengan air banjir jika mempunyai luka.

Dapatkan rawatan segera jika terdapat bendasing pada luka, gigitan binatang atau luka membengkak, kemerahan, bertambah sakit atau mengalami demam.

Layari https://www.infosihat.gov.my/banjir.html untuk dapatkan maklumat lanjut mengenai banjir.

#ANMS #sihatmilikku

Sumber:
Bahagian Pendidikan Kesihatan, KKM
t.me/sihatmilikbersama
This media is not supported in your browser
VIEW IN TELEGRAM
Rosnah terpengaruh pula nak minum air 3 layer yang famous di kedai makan tu. Mujur Ayob ada untuk ingatkan Rosnah, 1 sudu teh dah cukup, kurang lebih baik, tiada lagi terbaik!

#ANMS #sihatmilikku

Sumber:
Bahagian Pendidikan Kesihatan, KKM
t.me/sihatmilikbersama
Kebelakangan ini tular di aplikasi whatsapp berkenaan buah-buahan dalam tin keluaran negara Thailand.

Ambil maklum bahawa mesej whatsapp ini adalah Palsu! Mohon dapatkan pengesahan maklumat terlebih dahulu sebelum menyebarkannya.

Tak pasti jangan kongsi!