Sihat Milikku - Kementerian Kesihatan Malaysia @MyHEALTHKKM
49.1K subscribers
18K photos
1.82K videos
53 files
7.67K links
Saluran ini adalah untuk Bahagian Pendidikan Kesihatan, Kementerian Kesihatan Malaysia berkongsi maklumat pendidikan kesihatan dengan masyarakat.
加入频道
Hari ini kita dikejutkan dengan penularan Covid-19 yang melanda masyarakat di seluruh dunia. Tetapi tahukah anda bahawa Covid-19 tidak menjangkiti melalui makanan?

Penularan Covid-19 hanya melalui mukus yang mengandungi titisan salur pernafasan (droplets) yang dijangkiti oleh novel-coronavirus di antara haiwan dan manusia semasa bercakap, bersin atau batuk. (Sumber : WHO)

5 amalan mengelakkan jangkitan penyakit yang anda perlu tahu :

1. Jaga kebersihan diri dan kerap cuci tangan
2. Asingkan makanan mentah dari makanan yang sudah dimasak
3. Masak dengan cara yang betul
4. Simpan makanan pada suhu yang selamat
5. Gunakan air dan bahan mentah yang selamat

Sumber: Bahagian Keselamatan dan Kualiti Makanan, Kementerian Kesihatan Malaysia
Sempena Sambutan Minggu Kesedaran Garam Sedunia, dengarkan #SedapTakSemestinyaMasin di asyikfm pada pukul 11.30 pagi bersama Pn. Siti Farrah Zaidah Mohd Yazid.

#sihatmilikku
#walkthetalk
Jom amalkan cara hidup sihat.

Amalkan etika batuk dan bersin dengan betul dan kerap cuci tangan dengan betul.

#coronavirus
#COVID19
#sihatmilikku
#walkthetalk
KUAH BANJIR PUNCA GEMUK

1 sudu makan kuah bersantan / berminyak ~50 kcal
Satu pinggan nasi + lauk-pauk + kuah banjir melimpah ~ 800 kcal😲

Jadi, "adjust" balik pengambilan makanan anda setiap hari. Jangan biarkan pinggan anda dibanjiri kalori.
Makanlah mengikut keperluan

#kurangkaloricegahobesiti
#obesitibukanaku
#cegahNCDs
#NutritionistKKM
Apa yang perlu dilakukan oleh majikan sekiranya ada pekerja yang bergejala COVID-19?

#coronavirus
#COVID19
#sihatmilikku
#walkthetalk
Kita mampu mencegah penyakit jika sentiasa mengamalkan langkah-langkah berikut.

Tubuh badan sihat boleh mengurangkan risiko daripada penyakit dan jangkitan termasuk #COVIDー19
Kematian di Sepanyol dan Perancis meningkat kepada 35 dan 33, mengikut laporan terkini dikeluarkan WHO.

Itali kekal sebagai negara yang mencatatkan kes kematian tertinggi di luar China iaitu sebanyak 631. Peratus kematian negara tersebut (6.2%) melepasi China (3.9%).

Malaysia kekal dengan 129 kes positif. 25 dari jumlah tersebut telah pulih sepenuhnya dan dibenarkan pulang.

Semalam, KKM laporkan kes ke-87, seorang lelaki tempatan berusia 68 tahun telah sembuh dan discaj.

Anda mampu cegah COVID-19, terus amalkan kebersihan diri seperti yang dinasihatkan oleh KKM.

Basuh tangan dengan sabun dan air, elakkan bersalaman atau bersentuhan jika anda atau orang sekeliling mempunyai simptom-simptom seperti batuk, demam, selsema dan sesak nafas.
Tahukah anda ibu-ibu mengandung juga perlu mengambil berat tentang kesihatan gigi mereka?

Ikutilah tips penjagaan kesihatan pergigian ini untuk memastikan ibu dan bayi sentiasa sihat! 😉
Adakah gusi anda sihat?
Adakah gusi anda memiliki kriteria di atas?
Jika ya, segera lah berjumpa doktor gigi berhampiran untuk mendapatkan rawatan sebelum terlambat!

Sayangi Gigi Anda
Saksikan liputan khas mengenai apa yang dilalui oleh rakyat Malaysia yang dibawa pulang dari Wuhan melalui COVID-19 - Misi Bantuan Kemanusiaan dan apa yang berlaku di Pusat Pemantauan Unit Kecemasan Negara di Bandar Enstek dalam rancangan Majalah 3 yang telah ditayangkan di TV3 pada 9 Mac 2020 yang lalu.

Kredit : TV3 Malaysia

#coronavirus
#COVID19
#sihatmilikku
#walkthetalk

https://www.youtube.com/watch?v=yJJLvwJC-sU
Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) ingin memaklumkan bahawa kes ke-78 yang disahkan positif Penyakit Coronavirus 2019 (COVID-19) sebelum ini telah pulih dan dibenarkan discaj. Ini menjadikan 26 kes telah pulih sepenuhnya setakat ini dari COVID-19 dan telah discaj daripada wad.

Terkini, KKM ingin memaklumkan bahawa sehingga 11 Mac 2020, jam 12 tengah hari, terdapat 20 kes baharu jangkitan COVID-19 telah dilaporkan. Kontak-kontak rapat bagi kes ini juga sedang dikenal pasti dan aktiviti pengesanan kontak rapat masih sedang dijalankan sehingga punca di mana jangkitan ini terjadi dapat dikenalpasti.

Dengan pertambahan 20 kes baharu ini, menjadikan jumlah kumulatif kes positif COVID-19 di Malaysia adalah sebanyak 149 kes. Daripada jumlah ini:
- sebanyak 22 kes dikesan di kalangan Patient-Under-Investigation (PUI) jangkitan COVID-19;
- 124 kes dari kalangan kontak rapat;
- satu (1) kes dalam kalangan severe acute respiratory infection (SARI) melalui survelan COVID-19;
-dan dua (2) lagi kes dari Misi Bantuan Kemanusiaan.

Sehingga ini dua (2) kes telah dilaporkan berada di Unit Rawatan Rapi dan memerlukan bantuan alat pernafasan tetapi dalam keadaan stabil. Daripada dua (2) kes ini, satu (1) kes sedang dirawat di Hospital Sungai Buloh, manakala satu (1) kes lagi dirawat di Hospital Sultanah Aminah, Johor Bharu.

Untuk kenyataan penuh, sila baca di : https://kpkesihatan.com/2020/03/11/kenyataan-akhbar-kpk-11-mac-2020-situasi-semasa-jangkitan-penyakit-coronavirus-2019-covid-19-di-malaysia/
Pelancaran Tabung Covid-19

(i) Tabung COVID-19 dilancarkan dengan geran pelancaran sebanyak RM1 juta. Pihak swasta, badan sukarela serta orang perseorangan digalakkan untuk memberi sumbangan kepada tabung ini demi keprihatinan terhadap kebajikan rakyat yang terkesan dengan penularan COVID- 19.

(ii) tabung ini bertujuan untuk memberi bantuan wang ihsan kepada mereka dalam tempoh menjalani Perintah Pengawasan dan Pemerhatian di rumah di bawah Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988’ selama 14 hari atau menjalani rawatan di hospital ekoran positif COVID-19 yang didaftarkan oleh KKM.

(iii) sumbangan bantuan sebanyak RM100 sehari akan diberikan kepada individu yang tidak mempunyai pendapatan tetap atau tiada gaji sepanjang proses HS dan rawatan tersebut.


5. Untuk menderma,
TABUNG COVID-19

Nama Akaun : TABUNG BANTUAN BENCANA NEGARA
No. Akaun : BANK MUAMALAT 1601-0001138-71-4
Indonesia rekod kematian pertama kes COVID-19 apabila seorang pesakit warganegara UK berusia 53 tahun meninggal dunia, lapor CNA.

Beliau dikatakan telahpun berada dalam keadaan kritikal ketika dimasukkan ke wad atas sebab COVID-19.

Beliau menghidap beberapa penyakit termasuk hypertensi dan diabetes.

CNA melaporkan 27 kes positif COVID-19 dicatatkan di Indonesia pada Rabu.

https://www.channelnewsasia.com/news/asia/indonesia-first-covid-19-death-foreigner-coronavirus-12526222
COVID-19 : Antara Vaksin dan Vitamin C

Saksikan dalam rancangan Analisis di TV Alhijrah (saluran 114) pada pukul 9 malam bersama Dr. Khebir Verasahib, Timbalan Pengarah (Penyakit Berjangkit), Kementerian Kesihatan Malaysia.

#coronavirus
#COVID19
#sihatmilikku
#walkthetalk
COVID-19 in Malaysia : Numbers at a Glance as of 11th March 2020, 6 pm

#coronavirus
#COVID19
#sihatmilikku
#walkthetalk