Sihat Milikku - Kementerian Kesihatan Malaysia @MyHEALTHKKM
49.1K subscribers
18K photos
1.82K videos
53 files
7.67K links
Saluran ini adalah untuk Bahagian Pendidikan Kesihatan, Kementerian Kesihatan Malaysia berkongsi maklumat pendidikan kesihatan dengan masyarakat.
加入频道
Langkah Pencegahan COVID-19 di Pusat Beli-belah

Pemilik premis perlu kerap melakukan nyahkuman / disinfeksi permukaan yang mudah dicemari kuman seperti eskalator & susur tangan, troli, tombol pintu dan butang lif.

#coronavirus
#COVID19
#sihatmilikku
#walkthetalk
Daging dan khasiatnya.

Saksikan dalam rancangan Mingguan Wanita di Astro Prima pada pukul 12.00 tengah hari bersama Pn. Rozalina Ismail.

#sihatmilikku
#walkthetalk
COVID19 Statistik terkini WHO, 10 Mac 2020.

Kematian di negara jiran Itali turut meningkat mendadak iaitu Perancis (25) dan Sepanyol (28).

San Marino mencatat dua kematian pertama.

Kerajaan Itali akan kenakan perintah 'lockdown' selepas kematian meningkat 463 org.
Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) ingin memaklumkan terdapat satu kes baharu Polio melibatkan kanak-kanak lelaki bukan warganegara berumur tiga (3) tahun di Sandakan, Sabah. Beliau tidak pernah menerima vaksin polio sejak lahir. Kanak-kanak ini telah mengalami gejala lemah kaki kiri pada 18 Januari 2020 dan telah dirawat di hospital dan kini berada di dalam keadaan stabil. Kes ini telah disahkan polio oleh Makmal Rujukan Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) di Australia pada 5 Mac 2020.

Sehingga 8 Mac 2020, secara keseluruhan, terdapat empat (4) kes yang telah disahkan polio di Sabah. Kesemua kes telah disahkan polio oleh Makmal Rujukan Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) di Australia. Empat (4) kes yang disahkan polio ini melibatkan kanak-kanak berumur tiga (3) bulan dari Tuaran; tiga (3) dan lapan (8) tahun dari Sandakan; serta dan 11 tahun dari Kinabatangan. Hanya satu (1) kes yang masih dirawat di hospital iaitu kanak-kanak berumur tiga (3) bulan dari Tuaran. Beliau berada dalam keadaan stabil tetapi masih memerlukan alat bantuan pernafasan. Tiga (3) daripada empat (4) kes ini merupakan bukan warganegara, yang tidak pernah menerima vaksin polio.

https://kpkesihatan.com/2020/03/10/kenyataan-akhbar-kpk-10-mac-2020-situasi-semasa-wabak-polio-di-sabah/?fbclid=IwAR0Vrs7HU19Ek2vj6XHsXnaM_KV3shp03caatwNn6GlrInNhMxWUP9kpwuk
Satu kes baru penyakit Polio dikesan di Sabah menjadikan empat kes polio di Sabah.

Apa itu penyakit Polio?
YB Dato’ Sri Dr Adham Bin Baba, Menteri Kesihatan Malaysia bersama Dato’ Dr Noor Azmi Bin Ghazali, Timbalan Menteri Kesihatan I dan YB Datuk Aaron Ago Dagang, Timbalan Menteri Kesihatan II berada di KLIA untuk meninjau alat pengesan suhu badan manusia bagi pelawat yang masuk ke Malaysia melalui Pintu Masuk Antarabangsa (PMA).

https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=1245107089028728&id=373560576236
COVID-19 in Malaysia : Numbers at a Glance as of 10th March 2020, 6 pm

#coronavirus
#COVID19
#sihatmilikku
#walkthetalk
Kes ke-87 telah pulih sepenuhnya dan discaj dari hospital menjadikan sebanyak 25 kes yang telah sembuh setakat hari ini.

Pada hari ini ada pertambahan kes posoitif sebanyak 12 kes dan menjadikan jumlah kumulatif kes positif di Malaysia sebanyak 129 kes.

Kerajaan Malaysia sentiasa berada dalam keadaan siap sedia untuk menghadapi wabak ini dengan meningkatkan aspek sumber manusia, kemudahan makmal, klinik dan hospital bagi merawat kes COVID-19.

Kerajaan Malaysia bercadang untuk menjadikan Hospital Sungai Buloh sebagai hospital khusus bagi merawat kes COVID-19.
Channel name was changed to «Sihat Milikku :»
Channel name was changed to «Sihat Milikku»
12 kes baru menjadikan 129 keseluruhan setakat ini.

25 kes telah sembuh dan discaj.

Dua kes kluster dan pengesanan kontak rapat masih berjalan.

Pasukan penyiasat kami akan hubungi jika anda DISAHKAN kontak rapat kepada kes positif.
Status terkini COVID-19, 10 Mac 2020 sehingga jam 6 petang.

12 kes baru dilaporkan di Malaysia pada 10 Mac 2020.

Ini menjadikan 129 kes positif setakat ini.

Manakala kes ke-87 iaitu lelaki warga tempatan berumur 68thn telah sembuh dan discaj.

Ini menjadikan 25 kes yg telah discaj.
COVIDー19 Satu lagi kes iaitu kes ke-87 telah sembuh dan discaj dari PPUM semalam, 9 Mac.

Lelaki 68thn warga tempatan itu disahkan positif pada 5 Mac lalu.

Ini menjadikan 25 kes telah sembuh dan discaj.
Channel name was changed to «MYHEALTHKKM»
Channel name was changed to «Sihat Milikku»
Pihak Pengurusan Tertinggi KKM mengamalkan letak tangan di dada dalam mencegah COVID-19.

Letakkan tangan di dada sebagai tanda hormat dengan ucapan salam bagi menggantikan bersalaman dan bersentuhan.

#coronavirus
#COVID19
#sihatmilikku
#walkthetalk