Sihat Milikku - Kementerian Kesihatan Malaysia @MyHEALTHKKM
49.1K subscribers
18K photos
1.82K videos
53 files
7.67K links
Saluran ini adalah untuk Bahagian Pendidikan Kesihatan, Kementerian Kesihatan Malaysia berkongsi maklumat pendidikan kesihatan dengan masyarakat.
加入频道
Sekiranya anak anda demam, hilang selera makan dan terdapat ruam dengan lepuh pada tangan dan kaki, segera dapatkan rawatan di fasiliti kesihatan terdekat..

Terus waspada, cegah HFMD dan penyakit berjangkit.

#ANMS #KekalSihat #sihatmilikku

Sumber:
Bahagian Pendidikan Kesihatan, KKM
t.me/sihatmilikbersama
Bersederhana dalam penggunaan garam pada setiap masakan demi memastikan kita menikmati manfaat garam secara optimum.

Hadkan pengambilan makanan terproses kerana ia mengandungi tinggi natrium dan boleh meningkatkan risiko penyakit darah tinggi, risiko kanser dan penyakit jantung.

#sedaptidaksemestinyamasin
#cukupsedikitelakpenyakit
Power Up Cardio

Sertai sesi FB Live esok anjuran Wellness Hub Buntong pada pukul 10.00 pagi bersama Coach Matt, Coach Siew dan Coach Jac.

#ANMS #KekalSihat #KekalAktif #sihatmilikku
Air Kosong Bukan untuk Bayi 0-6 Bulan

Saksikan dalam berita Seithigal di TV Bernama pada pukul 7.00 malam bersama Puan Vinodhini Cha Chu, Pegawai Sains (Pemakanan) dari Pejabat Kesihatan Daerah Klang.

#ANMS #KekalSihat #sihatmilikku
"Power Up Cardio" Sempena Sambutan Hari Tanpa Tembakau 2023 anjuran Wellness Hub Buntong

Sertai sesi power up cardio di https://fb.watch/kDUnkwQk66/?mibextid=Nif5oz
Cuci permainan dan peralatan anak anda dengan pencuci berasaskan klorin dan air.

Larang anak anda dari memasukkan mainan atau objek ke dalam mulut.

#ANMS #KekalSihat #sihatmilikku

Sumber:
Bahagian Pendidikan Kesihatan, KKM
t.me/sihatmilikbersama
Media is too big
VIEW IN TELEGRAM
Nak sertai aktiviti kesihatan serta ingin dapatkan konsultasi berkenaan Intervensi Pengurusan Berat Badan?

Mudah sahaja. Pergi ke WELLNESS HUB yang berdekatan kawasan komuniti anda dan berjumpa dengan konsultan bertugas.

Layari laman sesawang & ikuti media sosial MyHEALTHKKM untuk maklumat lanjut.

#SihatSepanjangHayat #ANMS #MyHEALTHKKM #sihatmilikku

Kredit: Santiana Ramli

Sumber:
Bahagian Pendidikan Kesihatan, KKM
t.me/sihatmilikbersama
🫁 Terdapat golongan tertentu yang berisiko untuk mendapat tuberkulosis. Sila semak sekiranya anda tergolong dalam kumpulan risiko ini, pastikan anda menjalani saringan tuberkulosis.

🩺Sekiranya anda mempunyai gejala batuk dan demam berpanjangan melebihi dua minggu, anda berisiko untuk mendapat penyakit tuberkulosis.

Setiap anggota masyarakat bertanggungjawab dalam usaha untuk mengakhiri tuberkulosis di Malaysia.👨‍👩‍👧‍👧
KENYATAAN MEDIA
Kementerian Kesihatan Malaysia
20 Mei 2023

Situasi Semasa Kejadian Penyakit Tangan, Kaki dan Mulut (HFMD) di Malaysia

https://facebook.com/story.php?story_fbid=pfbid035iiukBKmKLB7afqJTTfuAm164hdcSjX8mRpj4BriaE2b9D8F7ABvRwqyYTEt64Vjl&id=100064560379224&mibextid=Nif5oz
👨‍👩‍👦‍👦👨‍👩‍👦‍👦Sokongan ahli keluarga, majikan, rakan sekerja dan masyarakat memainkan peranan penting bagi memastikan pesakit tidak terhenti rawatan.

Salah faham berkaitan penyakit Tibi serta stigma terhadap pesakit dan keluarga perlu dihentikan. Komitmen yang tinggi dari anggota kesihatan di samping kerjasama yang erat dari semua agensi kerajaan, swasta dan Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO) amat diperlukan bagi mencapai hasrat Malaysia untuk menamatkan Tibi menjelang tahun 2035 menjadi kenyataan.🫁🫁
This media is not supported in your browser
VIEW IN TELEGRAM
Jom kita amalkan Take 5 bagi mengelakkan tekanan emosi di samping menjaga kesejahteraan fizikal kita.

Layari laman sesawang & ikuti media sosial MyHEALTHKKM untuk maklumat lanjut.

#SihatSepanjangHayat #ANMS #MyHEALTHKKM #sihatmilikku

Kredit: Jack Kho

Sumber:
Bahagian Pendidikan Kesihatan, KKM
t.me/sihatmilikbersama
🍽️Gaya hidup pada masa ini telah menjadikan masyarakat terutamanya golongan bekerjaya memilih makan di luar.

Namun, pemilihan makan di luar adalah kurang sihat kerana mengandungi lemak dan garam yang tinggi.

Orang ramai dinasihatkan untuk menyediakan makanan menggunakan kaedah yang lebih sihat.🍚🍚
Go Away HFMD!

Tune in to Traxxfm tomorrow at 11.15am with Dr. Vickneshwaran Muthu from Disease Control Division, KKM.

#ANMS #KekalSihat #sihatmilikku
Hari Tanpa Tembakau 2023.

Asap rokok menyumbang pada pencemaran udara dan peningkatan suhu dunia serta perubahan iklim.
Utamakan makanan bukan rokok demi kesihatan.

#ANMS #KekalSihat #speakout #sihatmilikku

Sumber:
Bahagian Pendidikan Kesihatan, KKM
t.me/sihatmilikbersama
Nantikan segmen Take Care Your Health “ Ketahui : Talasemia” anjuran bersama Unit Pendidikan Kesihatan Hospital Ampang dan Unit Pendidikan Kesihatan Hospital Sungai Buloh pada 23 Mei 2023 (Selasa) jam 10 pagi melalui platform Google Meet.

Sumber: Hospital Ampang
🧳🧳 Sempena musim haji yang bakal menjelang tidak lama lagi, ramai jemaah haji akan berangkat ke Tanah Suci untuk menunaikan ibadah tersebut.

Jemaah haji terutamanya warga emas lazimnya akan membawa ubat-ubatan ke Tanah Suci.
Ubat-ubatan perlu disimpan dengan betul sepanjang perjalanan ke Tanah Suci bagi memudahkan pengambilannya seperti yang diarahkan oleh doktor atau ahli farmasi.

Oleh itu, jemaah haji disarankan untuk mengikuti panduan pengurusan ubat-ubatan dalam perjalanan ke Tanah Suci untuk memastikan masa pengambilan ubat dipatuhi 💊💊
Media is too big
VIEW IN TELEGRAM
Pencegahan adalah lebih baik daripada merawat !!

Kesedaran untuk membudayakan amalan sihat hanya bermula dengan diri kita sendiri
Kerana mencegah obesiti daripada melarat demi bagi mendapatkan kesihatan yang terbaik untuk diri kita.

Layari laman sesawang http://www.myhealth.gov.my & ikuti media sosial MyHEALTHKKM untuk maklumat lanjut.

#SihatSepanjangHayat #ANMS #MyHEALTHKKM #sihatmilikku

Kredit: Azlita Aziz

Sumber:
Bahagian Pendidikan Kesihatan, KKM
t.me/sihatmilikbersama
Ketahui alternatif bagi garam yang boleh meningkatkan rasa sedap pada makanan anda dan masih mengekalkan hidangan yang sihat dan bernutrisi 😋

Kesedaran terhadap tabiat pemakanan yang berkhasiat, bermula daripada rumah.

Jom, kita mulakan!
Bahaya Penyakit Tangan, Kaki dan Mulut (HFMD)

Dengarkan di Gegarfm esok pada pukul 7.45 pagi bersama Dr. Norita binti Shamsudin, Pakat Perubatan Kesihatan Awam dari Bahagian Kawalan Penyakit, KKM.

#ANMS #KekalSihat #sihatmilikku
Penularan penyakit HFMD semakin membimbangkan dan mencatat peningkatan. Pastikan ibu bapa sentiasa peka dengan keadaan kanak-kanak dan terus mengamalkan langkah-langkah pencegahan yang disarankan oleh KKM.

Gunakan Pengesan Penyakit Berjangkit dalam aplikasi MySejahtera bagi mengenal pasti kes-kes aktif disekeliling anda.

Sumber: MySejahtera