Sihat Milikku - Kementerian Kesihatan Malaysia @MyHEALTHKKM
49.1K subscribers
18K photos
1.82K videos
53 files
7.67K links
Saluran ini adalah untuk Bahagian Pendidikan Kesihatan, Kementerian Kesihatan Malaysia berkongsi maklumat pendidikan kesihatan dengan masyarakat.
加入频道
Kini anda tidak perlu lagi walk in dan menunggu lama untuk mendapatkan perkhidmatan Pemeriksaan Kesihatan Pergigian.

Tempah janji temu di fasiliti kesihatan berhampiran anda melalui aplikasi MySejahtera!

Sumber: MySejahtera
Media is too big
VIEW IN TELEGRAM
Denggi yang Dengki

Saksikan petikan episod Denggi yang Dengki, lakonan hebat bintang undangan Bell Ngasri dalam Sitkom ANMS - AUSSH! malam ini (17 Mei 2023) pada pukul 10.30 malam di TV1.

#ANMS #KekalSihat #sihatmilikku

Sumber:
Bahagian Pendidikan Kesihatan, KKM
t.me/sihatmilikbersama
𝗛𝗶𝗽𝗲𝗿𝘁𝗲𝗻𝘀𝗶 𝗮𝘁𝗮𝘂 𝗽𝗲𝗻𝘆𝗮𝗸𝗶𝘁 𝗱𝗮𝗿𝗮𝗵 𝘁𝗶𝗻𝗴𝗴𝗶 merupakan penyakit kronik yang boleh mengakibatkan komplikasi seterusnya kematian pra matang jika tidak dicegah dan dirawat.

Hampir 50% dari penghidap hipertensi di kalangan dewasa di Malaysia tidak menyedari mereka mengalaminya (NHMS 2019) oleh itu lewat mendapatkan rawatan.

Kebanyakan kes hipertensi tidak menunjukkan simptom awal. Oleh itu, orang ramai digalakkan untuk melakukan pemeriksaan awal untuk mengetahui status tekanan darah.

𝑱𝒐𝒎 𝒔𝒂𝒓𝒊𝒏𝒈 !
Sejak 1 Januari 2023 sehingga 15 Mei 2023, sebanyak 11 kes rabies dalam kalangan manusia telah dilaporkan di Sarawak.

Sejumlah 31 buah fasiliti KKM di seluruh Negeri Sarawak menyediakan perkhidmatan rawatan gigitan haiwan termasuk pemberian vaksin anti-rabies. Manakala sembilan (9) buah hospital memberikan perkhidmatan suntikan Rabies Immunoglobulin (RIG) kepada kes-kes berisiko tinggi.

KKM sentiasa bekerjasama dengan Kementerian Kesihatan Awam, Perumahan dan Kerajaan Tempatan Sarawak serta Jabatan Perkhidmatan Veterinar (DVS) Sarawak dalam usaha mencapai status Sarawak dan Malaysia bebas rabies menjelang 2030. Justeru, semua penduduk Malaysia diminta agar sentiasa mematuhi semua nasihat dan arahan yang dikeluarkan oleh KKM, pihak berkuasa dan agensi berkaitan.
Pesakit yang mengalami serangan asma lazimnya dibekalkan dengan inhaler. Penggunaan inhaler dengan cara yang betul adalah amat penting bagi memastikan ubat dapat terus sampai ke paru-paru .

Kenali jenis-jenis inhaler serta teknik penggunaan inhaler yang betul agar penyakit asma yang dihidapi adalah terkawal.

Sumber: Program Perkhidmatan Farmasi, KKM
Media is too big
VIEW IN TELEGRAM
Gigitan anjing liar boleh menyebabkan penyakit Rabies.

Sekiranya digigit anjing liar, segera cuci bahagian yang digigit dengan air dan sabun sekurang-kurangnya 15 minit.

Segera dapatkan rawatan di fasiliti kesihatan berhampiran.

#ANMS #KekalSihat #sihatmilikku

Sumber:
Bahagian Pendidikan Kesihatan, KKM
t.me/sihatmilikbersama
10,000 Langkah

Sazali dan isterinya, Mazlina menganjurkan senaman berjalan kaki sebagai rutin seharian (matlamat berjalan 10 ribu langkah sehari) di kawasan kejiranan. Kemudian muncul seorang wanita bernama Miss Jibun yang sebenarnya merupakan seorang 'scammer'. Mujurlah Sazali dan Mazlina berjaya mengesan kegiatan jahat Miss Jibun.

Berjayakah Sazali dan Mazlina mencapai 10,000 langkah sehari dan menumpaskan perancangan Miss Jibun? Jom sama-sama saksikan dalam episod 10,000 Langkah, malam ini (18 Mei 2023) pada pukul 10.30 malam di TV1.

#ANMS #KekalSihat #sihatmilikku

Sumber:
Bahagian Pendidikan Kesihatan, KKM
t.me/sihatmilikbersama
This media is not supported in your browser
VIEW IN TELEGRAM
Jika anda golongan ibubapa, pastikan anak
anda mendapat imunasi yang sepatutnya.

Bagaimana? Rujuk dan ketahui jadual Imunisasi Kebangsaan terkini untuk anak-anak anda.

Layari laman sesawang & ikuti media sosial
MyHEALTHKKM untuk maklumat lanjut.

#SihatSepanjangHayat #ANMS #MyHEALTHKKM #sihatmilikku

Kredit: Dixon Thum

Sumber:
Bahagian Pendidikan Kesihatan, KKM
t.me/sihatmilikbersama
Jangan bawa anak keluar jika bergejala seperti demam, ulser pada tekak, mulut dan lidah dan ruam dengan lepuh pada tangan dan kaki.

Terus waspada, cegah HFMD dan penyakit berjangkit.

#ANMS #KekalSihat #sihatmilikku

Sumber:
Bahagian Pendidikan Kesihatan, KKM
t.me/sihatmilikbersama
Media is too big
VIEW IN TELEGRAM
10 Ribu Langkah

Saksikan petikan episod terakhir bagi siri sitkom ANMS - AUSSH!, 10 Ribu Langkah, lakonan hebat bintang undangan Azza Elite malam ini (18 Mei 2023) pada pukul 10.30 malam di TV1.

#ANMS #KekalSihat #sihatmilikku

Sumber:
Bahagian Pendidikan Kesihatan, KKM
t.me/sihatmilikbersama
Pundi hempedu merupakan satu organ yang bersaiz kecil dan berbentuk pear yang terletak di bawah hati serta merupakan salah satu organ yang terlibat dalam sistem pencernaan.

Organ ini memainkan peranan yang penting dalam pencernaan lemak. Oleh itu, setiap individu perlu menjaga pundi hempedu dengan baik untuk memastikan dapat berfungsi dengan optimum serta mengelakkan penyakit yang berkaitan dengan pundi hempedu seperti keradangan hempedu dan batu hempedu .
☀️☀️ Berikutan daripada cuaca panas, setiap individu berpotensi mengalami kehilangan air dari tubuh seterusnya mengalami dehidrasi.

Terdapat beberapa jenis buah-buahan tempatan dan import yang mengandungi kandungan air yang tinggi.🍉🥭

Oleh itu, orang ramai disarankan untuk meningkatkan pengambilan buah-buahan berjus bagi mengekalkan status hidrasi agar kekal sihat.💧💧
Cuaca panas yang berselang-seli dengan hujan berpotensi menyumbang peningkatan populasi nyamuk Aedes di persekitaran.

Semua pihak perlu bekerjasama bagi menjaga kebersihan persekitaran dalam langkah pencegahan gigitan nyamuk Aedes.

1. Buang sampah di tempat yang ditentukan
2. Lakukan semburan aerosol di dalam bilik darjah atau ruang kerja sebelum memulakan sesi persekolahan setelah tamat cuti sekolah dengan menyasarkan tempat tersembunyi dan gelap.
3. Galakkan pelajar sekolah menggunakan bahan repelan pada anggota badan yang terdedah apabila menjalankan aktiviti di luar bilik darjah bagi mencegah gigitan nyamuk.
Cegah, Kesan dan Rawat Tibi

Saksikan dalam Berita Perdana malam esok di TV1
Tarikh : 19 Mei 2023 (Jumaat)
Masa : 8.00 malam
Panel :
Dr. Mohd Ihsani Mahmood
Pakar Perubatan Kesihatan Awam
Bahagian Kawalan Penyakit, KKM

#ANMS #KekalSihat #sihatmilikku
This media is not supported in your browser
VIEW IN TELEGRAM
Tahu cara pengambilan ubat mengikut masa yang betul?

Pengambilan ubat yang betul adalah cara pengambilan ubat mengikut arahan yang diberikan melalui pembacaan label ubat.

Layari laman sesawang & ikuti media sosial MyHEALTHKKM untuk maklumat lanjut.

#SihatSepanjangHayat #ANMS #MyHEALTHKKM #sihatmilikku

Kredit: Sairiya Murugiah

Sumber:
Bahagian Pendidikan Kesihatan, KKM
t.me/sihatmilikbersama