Sihat Milikku - Kementerian Kesihatan Malaysia @MyHEALTHKKM
49.1K subscribers
18K photos
1.82K videos
53 files
7.68K links
Saluran ini adalah untuk Bahagian Pendidikan Kesihatan, Kementerian Kesihatan Malaysia berkongsi maklumat pendidikan kesihatan dengan masyarakat.
加入频道
Media is too big
VIEW IN TELEGRAM
Tahu cara pengambilan ubat mengikut masa yang betul?

Pengambilan ubat yang betul adalah cara pengambilan ubat mengikut arahan yang diberikan melalui pembacaan label ubat.

Layari laman sesawang

http://www.myhealth.gov.my

& ikuti media sosial MyHEALTHKKM untuk maklumat lanjut .

(@myhealthkkm)

#SihatSepanjangHayat
#ANMS
#MyHEALTHKKM
#sihatmilikku

Kredit: Azlita Aziz

Sumber:
Bahagian Pendidikan Kesihatan, KKM
t.me/sihatmilikbersama
Media is too big
VIEW IN TELEGRAM
Hari mengundi dah tak lama lagi.. adakah anda sudah bersiap sedia melindungi diri anda dengan mengambil dos penggalak COVID-19?

Jom contohi Cheng. Cari PPV terdekat di http://vaksincovid.protecthealth.com.my/find untuk dapatkan dos penggalak COVID-19.

Semasa mengundi nanti, sentiasa pakai pelitup muka dan gunakan pensanitasi tangan.

#ANMS
#KekalSihat
#COVID19
#LindungdiridanpengundiPRU
#sihatmilikku

Sumber:
Bahagian Pendidikan Kesihatan, KKM
t.me/sihatmilikbersama
Saranan kepada penganjur kempen

Mengadakan kempen di kawasan terbuka
Menasihati pengunjung untuk sentiasa pakai pelitup muka
Menyediakan pensanitasi tangan

#ANMS
#KekalSihat
#COVID19
#LindungdiridanpengundiPRU
#sihatmilikku

Sumber:
Bahagian Pendidikan Kesihatan, KKM
t.me/sihatmilikbersama
Dapatkan dos penggalak anda dengan menempah janji temu melalui aplikasi MySejahtera.

Untuk informasi berkenaan Program Immunisasi Kebangsaan COVID-19, sila layari MySejahtera.moh.gov.my

Get your booster dose by booking an appointment through the MySejahtera application.

For more information about National Immunisation Programme, refer to MySejahtera.moh.gov.my

#MySejahtera2.0
#AplikasiKesihatanAwam

Sumber: MySejahtera
Anda perlukan makanan yang berkhasiat untuk menjalani kehidupan yang sihat! 💝

Ketika anda membeli barangan runcit, utamakan makanan yang berkhasiat dan kurangkan pembelian makanan yang diproses 🍗

#ANMS
#KekalSihat
#StrongerTogether
#sihatmilikku

Kredit: UNICEF Malaysia

Sumber:
Bahagian Pendidikan Kesihatan, KKM
t.me/sihatmilikbersama
Masa terbaik untuk kita melakukan saringan kesihatan adalah ketika diri masih nampak sihat.

Saringan kesihatan bertujuan untuk mengesan faktor risiko penyakit sebelum wujudnya sebarang gejala dan / atau tanda-tanda penyakit.

Saring awal, cegah awal dan elak komplikasi.

#ANMS
#KekalSihat
#sihatmilikku

Sumber:
Bahagian Pendidikan Kesihatan, KKM
t.me/sihatmilikbersama
🗳️ Jalankan tanggungjawab anda sebagai individu dan penganjur bagi memastikan keselamatan bersama sepanjang tempoh berkempen dan semasa proses pengundian.

😷Jangan lupa untuk amalkan kawalan kesihatan kendiri.

#PRU15kitaJagaKita
Kepada orang ramai yang hadir ke kempen pilihanraya, amalkan 3W.

➡️ Kerap cuci tangan dengan air dan sabun atau gunakan pensanitasi tangan
➡️ Digalakkan sentiasa pakai pelitup muka
➡️ Lakukan TRISS jika bergejala

#ANMS
#KekalSihat
#COVID19
#LindungdiridanpengundiPRU
#sihatmilikku

Sumber:
Bahagian Pendidikan Kesihatan, KKM
t.me/sihatmilikbersama
Media is too big
VIEW IN TELEGRAM
If you're experiencing sneezing or coughing, remember this etiquette! 🤚🏼

Wear your mask at all times when you're feeling under the weather! 😷

#ANMS
#KekalSihat
#COVID19
#StrongerTogether
#sihatmilikku

Kredit: UNICEF Malaysia

Sumber:
Bahagian Pendidikan Kesihatan, KKM
t.me/sihatmilikbersama
Jom sama-sama kita mengikuti Pengumuman Pemenang #BulanMalaysiaSihatSejahtera bagi pertandingan berikut:

📌𝗟𝗮𝗿𝗶𝗮𝗻 𝗞𝗿𝗲𝗮𝘁𝗶𝗳
📌𝗣𝗲𝗿𝗮𝗱𝘂𝗮𝗻 𝗢𝗻𝗹𝗶𝗻𝗲: 𝗚𝗲𝗿𝗮𝗸 𝗚𝗲𝗿𝗶 𝗦𝗶𝗵𝗮𝘁
📌𝗣𝗲𝗿𝗮𝗱𝘂𝗮𝗻 𝗢𝗻𝗹𝗶𝗻𝗲: 𝗦𝗮𝘁𝘂, 𝗗𝘂𝗮, 𝗦𝗶𝗵𝗮𝘁!
📌𝗟𝗮𝗻𝗴𝗸𝗮𝗵 𝗦𝗶𝗵𝗮𝘁 𝗕𝗠𝗦𝗦

𝗖𝗮𝗯𝘂𝘁𝗮𝗻 𝗕𝗲𝗿𝘁𝘂𝗮𝗵 𝗟𝗮𝗻𝗴𝗸𝗮𝗵 𝗦𝗶𝗵𝗮𝘁 𝗕𝗠𝗦𝗦 juga akan diadakan!

Pengumuman ini akan disiarkan secara langsung pada 𝟳 𝗡𝗼𝘃𝗲𝗺𝗯𝗲𝗿 𝟮𝟬𝟮𝟮, 𝗷𝗮𝗺 𝟯 𝗽𝗲𝘁𝗮𝗻𝗴 hanya di laman FB rasmi @𝗺𝘆𝗵𝗲𝗮𝗹𝘁𝗵𝗞𝗞𝗠.

Jangan lupa temujanji kita ya! 🤸🏃‍♀️

#BulanMalaysiaSihatSejahtera #SihatSepanjangHayat
Stay Safe During Election Season

Tune in to Traxxfm tomorrow at 11.15 am with Dr. Vickneshwaran Muthu, Senior Principal Assistant Director from Disease Control Division, MOH.

#ANMS
#KekalSihat
#COVID19
#sihatmilikku
Kini, pensanitasi tangan dijual dalam pelbagai warna dan wangian di pasaran. Jadi, sanitasi tangan bukan lagi satu perkara yang membosankan ☝🏼

#ANMS
#KekalSihat
#COVID19
#StrongerTogether
#sihatmilikku

Kredit: UNICEF Malaysia

Sumber:
Bahagian Pendidikan Kesihatan, KKM
t.me/sihatmilikbersama
Ambil ubat ikut waktunya.

Dos sekali sehari (setiap 24 jam)
Dos 2 kali sehari (setiap 12 jam)
Dos 3 kali sehari (setiap 8 jam)
Dos 4 kali sehari (setiap 6 jam)

Maklumat yang dinyatakan di atas adalah sebagai panduan am. Untuk maklumat lanjut, dapatkan nasihat doktor dan ahli farmasi.

#ANMS
#KekalSihat
#sihatmilikku

Sumber:
Bahagian Pendidikan Kesihatan, KKM
t.me/sihatmilikbersama
Semua pasti tak sabar nak keluar mengundi lebih-lebih lagi pengundi 18 tahun ke atas.

Namun ingat ya, COVID-19 masih berada di kalangan kita.

Pakai pelitup muka dan gunakan pensanitasi tangan. Anda juga digalakkan membawa pen sendiri untuk mengelak daripada dijangkiti dan menjangkiti COVID-19.

#ANMS
#KekalSihat
#COVID19
#LindungdiridanpengundiPRU
#sihatmilikku

Sumber:
Bahagian Pendidikan Kesihatan, KKM
t.me/sihatmilikbersama
Tahukah anda, Kanser Payudara adalah kanser tertinggi di Malaysia?

Kanser payudara boleh dikesan pada peringkat awal melalui Pemeriksaan Sendiri Payudara (PSP) melalui 3 Langkah Mudah;
Langkah – Lihat
Langkah – Rasa
Langkah – Respon

Lakukan setiap bulan, hari ke-7 hingga ke-10 dari haid bermula.
Pilihlah satu hari yang mudah diingati seperti hari pertama/terakhir setiap bulan (menopos atau haid tidak teratur)

Pengesanan awal, adalah perlindungan yang terbaik.
Dari 25 Januari 2020 (ME 4/2020) hingga 5 November 2022 (ME 44/2022), situasi terkini COVID-19 adalah seperti berikut:

- Kumulatif kes baharu: 4,923,538;
- Kumulatif kes sembuh: 4,850,491 kes;
- Kumulatif kes kematian: 36,493 kes; dan
- Kumulatif kluster: 7,104 kluster (kluster aktif: 21 kluster).

Perbandingan antara ME 43/2022 dan ME 44/2022:

- Bilangan kes sembuh pada ME 44/2022 meningkat sebanyak53.5 peratus (13,495 kes kepada 20,718 kes) (Rajah 7);
- Bilangan kes baharu pada ME 44/2022 meningkat sebanyak 57.3 peratus (16,917 kes kepada 26,616 kes) (Rajah 8);
- Bilangan kes tempatan meningkat sebanyak 57.4 peratus (16,890 kes kepada 26,577 kes); dan
- Bilangan kes import meningkat sebanyak 44.4 peratus (27 kes kepada 39 kes).
- Bilangan kes kematian pada ME 44/2022 meningkat sebanyak 45.0 peratus (20 kes kepada 29 kes).

Purata kes aktif setiap hari bagi ME 44/2022 meningkat sebanyak 18.4 peratus (28,252 kes kepada 33,449 kes) berbanding ME 43/202

Kenyataan penuh di https://kpkesihatan.com/2022/11/07/kenyataan-media-kpk-7-november-2022-situasi-semasa-jangkitan-penyakit-coronavirus-covid-19-di-malaysia-minggu-epidemiologi-44-30-oktober-5-november-2022/
Media is too big
VIEW IN TELEGRAM
Semasa menghadiri kempen pilihanraya, pastikan sentiasa pakai pelitup muka dan gunakan pensanitasi tangan.

Sekiranya bergejala, lakukan TRIIS sebelum menghadiri kempen tersebut.

Lindung diri dan lindung pengundi PRU.

#ANMS
#KekalSihat
#COVID19
#LindungdiridanpengundiPRU
#sihatmilikku

Sumber:
Bahagian Pendidikan Kesihatan, KKM
t.me/sihatmilikbersama
https://fb.watch/gEpO5-DT47/

Pengumuman Pemenang #BulanMalaysiaSihatSejahtera bagi pertandingan:

📌𝗟𝗮𝗿𝗶𝗮𝗻 𝗞𝗿𝗲𝗮𝘁𝗶𝗳
📌𝗣𝗲𝗿𝗮𝗱𝘂𝗮𝗻 𝗢𝗻𝗹𝗶𝗻𝗲: 𝗚𝗲𝗿𝗮𝗸 𝗚𝗲𝗿𝗶 𝗦𝗶𝗵𝗮𝘁
📌𝗣𝗲𝗿𝗮𝗱𝘂𝗮𝗻 𝗢𝗻𝗹𝗶𝗻𝗲: 𝗦𝗮𝘁𝘂, 𝗗𝘂𝗮, 𝗦𝗶𝗵𝗮𝘁!
📌𝗖𝗮𝗯𝘂𝘁𝗮𝗻 𝗕𝗲𝗿𝘁𝘂𝗮𝗵 𝗟𝗮𝗻𝗴𝗸𝗮𝗵 𝗦𝗶𝗵𝗮𝘁 𝗕𝗠𝗦𝗦

Tarikh: 𝟳 𝗡𝗼𝘃𝗲𝗺𝗯𝗲𝗿 𝟮𝟬𝟮𝟮
Masa: 3:00pm

#BulanMalaysiaSihatSejahtera #SihatSepanjangHayat #BMSS
Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) ingin menegaskan bahawa kementerian ini tidak pernah memperakukan mana-mana produk atau makanan yang boleh menggantikan ubatan termasuk insulin untuk merawat Diabetes dan mengawal gula dalam darah seperti didakwa oleh portal “https://hillersadgfflooringamerica.com/l/pre/insinol/my/babochka_v1/?fbpixel=2659593780718090&group=RR184_SamuelNGN_MY&aff_click_id=28f2o3n6366f2269f149” baru-baru ini.

📌Kenyataan yang tidak bertanggungjawab dan gambar yang digunakan merupakan gambar-gambar yang telah diubahsuai daripada laman sesawang portal http://www.myhealth.gov.my bagi tujuan mengelirukan orang awam.

KKM menyeru agar masyarakat tidak mudah terpedaya dan terpengaruh dengan kenyataan dan portal yang tidak diketahui kesahihannya.

#TidakPastiJanganKongsi