Sihat Milikku - Kementerian Kesihatan Malaysia @MyHEALTHKKM
49.1K subscribers
18K photos
1.82K videos
53 files
7.68K links
Saluran ini adalah untuk Bahagian Pendidikan Kesihatan, Kementerian Kesihatan Malaysia berkongsi maklumat pendidikan kesihatan dengan masyarakat.
加入频道
Virus COVID-19 kerap dan sangat mudah bermutasi. Vaksin masih berkesan membendung gejala teruk akibat jangkitan semua jenis varian virus COVID-19.

Segera dapatkan dos penggalak di klinik kesihatan berhampiran anda atau klinik swasta yang tersenarai di https://vaksincovid.protecthealth.com.my/find

#ANMS
#KekalSihat
#COVID19
#LindungDiriLindungSemua
#sihatmilikku

Sumber:
Bahagian Pendidikan Kesihatan, KKM
t.me/sihatmilikbersama
Varian baru COVID-19, XBB telah dikesan di banyak negara di dunia termasuk Malaysia. Varian ini lebih mudah merebak berbanding varian terdahulu. Terus amalkan kawalan kesihatan kendiri bagi mengekang peningkatan kes COVID-19.

#ANMS
#KekalSihat
#COVID19
#sihatmilikku

Sumber:
Bahagian Pendidikan Kesihatan, KKM
t.me/sihatmilikbersama
Keracunan makanan adalah penyakit bawaan air dan makanan yang disebabkan oleh pengambilan makanan atau minuman tercemar.

Semasa banjir, jaga kebersihan diri, makanan dan persekitaran, sentiasa cuci tangan dengan betul dan jangan makan makanan mentah yang tidak dimasak dan makanan basi atau rosak.

Segera dapatkan rawatan sekiranya anda mempunyai gejala seperti rasa loya, muntah-muntah dan sakit perut.

#ANMS
#KekalSihat
#sihatmilikku

Sumber:
Bahagian Pendidikan Kesihatan, KKM
t.me/sihatmilikbersama
"You are what you eat" 🍽

Being healthy is more than just exercising, it's also about how well you nourish your body 🌸 Practise healthy eating with the help of this food guide to ensure your food intake is well-balanced ⚖️

#ANMS
#KekalSihat
#StrongerTogether
#sihatmilikku

Kredit: UNICEF Malaysia

Sumber:
Bahagian Pendidikan Kesihatan, KKM
t.me/sihatmilikbersama
This media is not supported in your browser
VIEW IN TELEGRAM
Rakyat yang sihat adalah rakyat yang produktif dan berdaya saing untuk menangani cabaran ekonomi semasa.

Jom Saring❗️ Ketahui tahap kesihatan kita
sekarang dengan kunjungi Klinik Kesihatan berhampiran anda.

Layari laman sesawang & ikuti media sosial MYhealthKKM untuk maklumat lanjut.
Kementerian Kesihatan Malaysia - Portal Myhealth

#SihatSepanjangHayat
#ANMS
#MyHEALTHKKM
#sihatmilikku

Kredit: Jack Kho

Sumber:
Bahagian Pendidikan Kesihatan, KKM
t.me/sihatmilikbersama
Pemberian ubat kepada bayi dan kanak-kanak memerlukan kesabaran serta teknik pemberian ubat yang betul. Gunakan alat penyukat ubat serta patuhi arahan pemberian ubat untuk memastikan kanak-kanak mendapat dos yang tepat 😊

Sumber: Program Perkhidmatan Farmasi KKM
Notifikasi peringatan untuk mendapatkan pemeriksaan kesihatan susulan akan diberikan kepada mereka yang telah didapati berisiko tinggi penyakit tidak berjangkit.

Demi kesihatan anda, tempah janji temu anda sekarang!

-------------------------

Reminder notification to get follow-up health screening will be given to individuals who are found to be at high risk of non-communicable diseases.

For your own welbeing, book your appointment now!

#MySejahtera2.0
#JomSaring
#AplikasiKesihatanAwam

Sumber: MySejahtera
Sub-varian XBB merupakan sub-varian Omicron yang telah berkembang daripada sub-varian BA.2 Omicron sedia ada.

Peningkatan bilangan kes baharu serta indikator-indikator utama yang lain adalah dijangkakan susulan pengesanan sub-varian Omicron XBB di Malaysia.

Namun, belum ada bukti tentang perubahan dalam kebolehannya untuk menyebabkan penyakit yang lebih teruk.

Individu yang telah menerima vaksin boleh dijangkiti sub-varian ini, namun vaksinasi masih memberikan perlindungan yang baik terhadap penyakit COVID-19 yang serius.

Maka, adalah penting untuk mendapatkan dos penggalak bagi yang layak terutamanya bagi kumpulan berisiko tinggi.
Jom sertai tinjauan ringkas mengenai 'Persepsi dan Tingkah Laku Mendapatkan Perkhidmatan Kesihatan Pergigian' melalui pautan berikut: https://forms.gle/zzX21vjHH8LbVRn2A

Terbuka kepada semua follower Facebook, Instagram atau Twitter Program Kesihatan Pergigian KKM yang berumur 18 - 65 tahun.

Kerjasama anda sangat dihargai. Maklumbalas anda diharapkan dapat membantu menambahbaik perkhidmatan kami.

Terima kasih.

-----------------------

Let’s join a short survey on 'Oral Health Perceptions and Seeking Behavior' at the following link: https://forms.gle/zzX21vjHH8LbVRn2A

Open to all Facebook, Instagram or Twitter followers of the Oral Health Program, Ministry of Health, who are 18 - 65 years old.

Your cooperation is greatly appreciated. Your feedback is expected to help improve our service.

Thank you.

Sumber: Program Kesihatan Pergigian KKM
Awas! Varian XBB

Dengarkan esok di sinarfm pada pukul 7.50 pagi bersama Dr. Lee Yeow Siong, Pakar Perubatan Keluarga dari Klinik Kesihatan Selayang Baru.

#ANMS
#KekalSihat
#COVID19
#sihatmilikku
Seperti yang telah dijangkakan dalam unjuran kes harian, peningkatan kes Covid-19 akan berlaku pada bulan Nov & Dec 2022. Ini adalah disebabkan oleh varian Omicron XBB dengan kebolehjangkitan yang tinggi.

Lantas tindakan kesihatan awam amat digalakkan dengan pemakaian pelitup muka terutamanya di tempat sesak, ruang sempit & tertutup serta kerap mencuci tangan dgn sanitiser.

Sila dapatkan dos pengalak terutamanya kepada mereka yang berisiko tinggi. Jangkitan semula XBB meningkat kepada 17% berbanding dengan hanya 5% varian omicron iaitu kepada mereka yang pernah dijangkiti.

KKM akan terus memantau situasi semasa. Kita bersama boleh putuskan rantaian jangkitan dengan TRIIS & pematuhan kendiri serta elakkan daripada dijangkiti.

#KitaJagaKita.

- KPK KKM -
Perkukuhkan kawalan kesihatan kendiri dengan melaksanakan TRIIS.

▶️ Test / Uji
▶️ Report / Lapor
▶️ Isolate / Asingkan
▶️ Inform / Maklumkan
▶️ Seek / Dapatkan

#ANMS
#KekalSihat
#COVID19
#sihatmilikku

Sumber:
Bahagian Pendidikan Kesihatan, KKM
t.me/sihatmilikbersama
Taun merupakan penyakit yang mudah berjangkit dan sangat berbahaya disebabkan oleh kuman Vibrio Cholerae.

Cirit-birit dan dehidrasi yang teruk akan muncul beberapa jam hingga 5 hari selepas terdedah kepada jangkitan.

Jaga kebersihan diri, makanan dan persekitaran, sentiasa cuci tangan dengan betul, minum air yang telah dimasak dan jangan makan makanan mentah yang tidak dimasak dan makanan basi atau rosak.

#ANMS
#KekalSihat
#sihatmilikku

Sumber:
Bahagian Pendidikan Kesihatan, KKM
t.me/sihatmilikbersama
Siklamat merupakan pemanis tanpa zat yang memberikan rasa manis berganda kepada buah-buahan segar dan sedia dimakan.

Tahukah anda, ianya adalah satu KESALAHAN sekiranya didapati peniaga mencampurkan siklamat kepada buah-buahan yang dijual?

Sekiranya bersalah, anda boleh didakwa dan dikenakan denda tidak melebihi RM20,000 atau penjara tidak melebihi 5 tahun atau kedua-duanya sekali.

Jadi berhati-hati.

Sumber: Bahagian Keselamatan dan Kualiti Makanan, KKM
Media is too big
VIEW IN TELEGRAM
Buying groceries is such a therapeutic feeling 💆🏻‍♀️🥬 When you're out on a grocery run, make the conscious effort to swap out less healthier food items to more healthier options 😉

#ANMS
#KekalSihat
#StrongerTogether
#sihatmilikku

Kredit: UNICEF Malaysia

Sumber:
Bahagian Pendidikan Kesihatan, KKM
t.me/sihatmilikbersama
Sentiasa lakukan aktiviti membersih persekitaran rmah bersama ahli keluarga dan jiran bagi menjaga kebersihan persekitaran.

Persekitaran yang bersih mampu mencegah penyakit berjangkit bawaan vektor.

#ANMS
#KekalSihat
#sihatmilikku

Sumber:
Bahagian Pendidikan Kesihatan, KKM
t.me/sihatmilikbersama