Sihat Milikku - Kementerian Kesihatan Malaysia @MyHEALTHKKM
49.1K subscribers
18K photos
1.81K videos
53 files
7.66K links
Saluran ini adalah untuk Bahagian Pendidikan Kesihatan, Kementerian Kesihatan Malaysia berkongsi maklumat pendidikan kesihatan dengan masyarakat.
加入频道
🚴Aktiviti fizikal dapat meningkatkan kecergasan fizikal. Selain itu ia dapat mengawal tekanan darah dan mengurangkan risiko penyakit jantung, kanser dan diabetes. Ia juga dapat membantu mengekalkan berat badan ideal dan sekaligus mencegah masalah obesiti atau berat badan berlebihan.

Aktiviti fizikal dapat membantu meningkatkan tahap kesihatan mental. Badan akan merangsang hormon endorfin iaitu hormon gembira yang membantu untuk mengurangkan rasa kemurungan dan tekanan.

Contoh-contoh aktiviti fizikal adalah seperti berjalan, berbasikal, permainan aktif, membuat kerja rumah dan lain-lain.

Namun anda dinasihatkan agar berunding dengan pakar kesihatan terlebih dahulu jika anda:

👉Ingin kembali aktif setelah sekian lama tidak melakukan sebarang aktiviti fizikal (kehidupan sedentari)
👉 mempunyai sebarang masalah kesihatan
👉 mengandung
👉 berumur 40 tahun ke atas.
Semasa menjalani kuarantin kendiri, soalan ini mesti terlintas di fikiran anda: “Macam mana nak makan ni? 😢

Kerisauan ini menjadi lebih teruk apabila kita tinggal bersendirian 🤕

Jadi, kami ingin mengucapkanTERIMA KASIH ahli keluarga dan rakan-rakan yang terus memastikan perut kami kenyang sepanjang menjalani kuarantin. 🎉

#ANMS
#KekalSihat
#COVID19
#strongertogether
#sihatmilikku

Sumber:
Bahagian Pendidikan Kesihatan, KKM
t.me/sihatmilikbersama
Panahan kilat petir boleh menyebabkan kecederaan.

Anda dinasihatkan supaya menjauhi bahaya disambar kilat petir.

👨‍👩‍👧‍👦Pastikan juga ahli keluarga anda berada dalam keadaan selamat semasa kilat petir.

Berikut adalah langkah keselamatan yang boleh anda lakukan sekiranya anda berada di dalam atau di luar bangunan.
Dos penggalak mampu melindungi kita daripada kesan teruk akibat jangkitan COVID-19.

Jadi, ayuh dapatkan dos penggalak kedua bagi mereka yang disarankan, untuk kekal dilindungi! 💪🏼

Kepada mereka yang takut dengan jarum, jangan risau! 🤚🏼 Suntikan vaksin rasa macam gigitan semut je! 💉

#ANMS
#KekalSihat
#COVID19
#LindungDiriLindungSemua
#strongertogether
#sihatmilikku

Sumber:
Bahagian Pendidikan Kesihatan, KKM
t.me/sihatmilikbersama
Rawatan antiviral Paxlovid berkesan untuk pesakit COVID-19 berisiko tinggi yang mengalami gejala ringan hingga sederhana untuk mengelakkan penyakit menjadi lebih teruk. Walau bagaimanapun, rawatan antiviral ini perlu diberikan dalam tempoh lima (5) hari sejak mula bergejala.

Sekiranya anda tergolong dalam kumpulan berisiko tinggi, dapatkan penilaian perubatan awal untuk menentukan kelayakan anda mengambil Paxlovid.

Senarai Pusat Penilaian COVID-19 (CAC) boleh diperolehi di https://covid-19.moh.gov.my/hotline.
________

Paxlovid antiviral therapy is effective for high risk COVID-19 patients who have mild to moderate symptoms to prevent the disease from worsening. However, the antiviral treatment has to be initiated within five (5) days from the onset of symptoms.

Therefore, if you are in a high-risk group, get a medical assessment early to determine your eligibility to take Paxlovid.

The list of CACs can be found at https://covid-19.moh.gov.my/hotline.
Setelah sekian lama menunggu, hujung minggu sudah pun tiba! 🎉Penuhi hujung minggu ini dengan aktiviti yang bermanfaat dengan RnR (Rehat dan Rekreasi)! 🛏🏸

#ANMS
#KekalSihat
#strongertogether
#sihatmilikku

Sumber:
Bahagian Pendidikan Kesihatan, KKM
t.me/sihatmilikbersama
Media is too big
VIEW IN TELEGRAM
Jangan leka!

Ada masanya anda mungkin rasa menyusahkan. Beri semangat kepada diri sendiri untuk terus melindungi diri anda dan keluarga dengan kekal memakai pelitup muka 😷, menjaga jarak fizikal ↔️ dan mengamalkan kebersihan 🧼 !

#ANMS
#KekalSihat
#COVID19
#StrongerTogether
#sihatmilikku

Sumber:
Bahagian Pendidikan Kesihatan, KKM
t.me/sihatmilikbersama
Bukan semua ubat perlu disimpan di dalam peti sejuk.

Sumber: Sahabat Farmasi
Kes COVID-19 di Malaysia sedang meningkat.

Jadi, pastikan anda sentiasa menjaga kesihatan diri! ☝🏼 Selain itu, elakkan kawasan yang sesak dan cuci tangan dengan lebih kerap.

Lindungi diri dan orang di sekeliling dengan mengamalkan TRIIS! 🎉

#ANMS
#KekalSihat
#COVID19
#strongertogether
#sihatmilikku

Sumber:
Bahagian Pendidikan Kesihatan, KKM
t.me/sihatmilikbersama
⚠️Kecederaan renjatan petir merupakan kecederaan yang disebabkan oleh panahan kilat petir.

Mangsa yang telah disambar tidak membawa cas elektrik dan boleh dibantu.

📌Namun, kesan sambaran boleh menyebabkan denyutan jantung terhenti dan kecederaan fizikal.
Oleh itu, pertolongan cemas yang bersesuaian perlu diberikan sehingga bantuan tiba.

🚨Dikongsikan langkah pertolongan cemas bagi mangsa kilat petir.
Ah, the benefits of simply ⚡️moving your body⚡️!

It's Sunday, so what are your plans to stay fit and healthy? Share with us! 👇🏽

#ANMS
#KekalSihat
#strongertogether
#sihatmilikku

Sumber:
Bahagian Pendidikan Kesihatan, KKM
t.me/sihatmilikbersama
Orang awam diminta berhati-hati dengan panggilan telefon yang mengaku daripada Bahagian Penguatkuasaan Farmasi, KKM (BPFKKM).

BPFKKM tidak pernah membuat panggilan telefon bagi tujuan siasatan kepada orang awam.

Berhati-hati apabila mendapat panggilan yang mencurigakan dan jangan dedahkan maklumat peribadi dan perbankan kepada mereka yang tidak dikenali.

Untuk pengesahan, sila hubungi talian rasmi Program Perkhidmatan Farmasi di talian 03-78413200 atau Pusat Panggilan Farmasi Kebangsaan di talian 1 800 88 6722

Sumber: Program Perkhidmatan Farmasi KKM
💥𝐏𝐒𝐎𝐑𝐈𝐀𝐒𝐈𝐒 𝐁𝐔𝐊𝐀𝐍 𝐏𝐄𝐍𝐘𝐀𝐊𝐈𝐓 𝐁𝐄𝐑𝐉𝐀𝐍𝐆𝐊𝐈𝐓

Psoriasis adalah sejenis penyakit keradangan kulit kronik yang boleh berulang, di mana kulit menjadi merah, tebal dan bersisik.

Komplikasi psoriasis boleh melibatkan radang pada sendi dikenali sebagai “psoriatic arthritis”. Gejala adalah sakit atau bengkak pada sendi.

Lakukan pemeriksaan di fasiliti kesihatan bagi membolehkan penilaian keadaan dan rawatan awal yang sesuai dimulakan.

❤️Tabiat kehidupan yang sihat dengan berhenti merokok, mengawal obesiti, menangani stres dengan baik, juga boleh membantu.
This media is not supported in your browser
VIEW IN TELEGRAM
Are you infected with COVID-19, Influenza or Dengue? These three diseases share the same symptoms such as fever 🤒, chills 🥶 and body aches 🛌🏻.

It's ok to be sick! 🤧

If you are sick, stay calm and get well soon.

#ANMS
#KekalSihat
#COVID19
#strongertogether
#sihatmilikku

Sumber:
Bahagian Pendidikan Kesihatan, KKM
t.me/sihatmilikbersama