Sihat Milikku - Kementerian Kesihatan Malaysia @MyHEALTHKKM
49.1K subscribers
18K photos
1.81K videos
53 files
7.67K links
Saluran ini adalah untuk Bahagian Pendidikan Kesihatan, Kementerian Kesihatan Malaysia berkongsi maklumat pendidikan kesihatan dengan masyarakat.
加入频道
💬 Terdapat gejala jerawat yang berbeza dan ia bergantung kepada keterukan keadaan anda. 💬 Jerawat biasanya muncul di muka, dahi, dada, belakang badan dan bahu

Jika jerawat bertambah teruk, anda perlu dirujuk kepada pakar kulit untuk mendapatkan rawatan.
Masalah JERAWAT

Amalkan kaedah ini:

✓ Menjaga dan membersihkan kulit dengan kerap;
✓ Memilih produk penjagaan kulit dengan berhati-hati dan
✓ Mengelakkan sentuhan dengan bahan berminyak boleh membantu mengurangkan jerawat.

Jika kaedah ini tiada menunjukkan perubahan, sila berjumpa dengan pakar dermatologi yang bertauliah untuk cadangan lanjut.
Bahagian Pendidikan Kesihatan (BPK), KKM dengan kerjasama Persatuan Pengasih Malaysia dan Jabatan Penjara Malaysia telah berjaya melaksanakan Program Rintis bagi Modul Supportive Team Addiction and Recovery (Modul STAR) selama 3 hari bermula 23 hingga 25 Ogos 2022 melibatkan 48 penghuni di Bahagian Rawatan dan Pemulihan Dadah, Penjara Kajang, Selangor.

Program Rintis ini adalah bertujuan menguji keberkesanan Modul STAR sebelum diterbitkan untuk dijadikan bahan rujukan kepada kumpulan sokongan dalam mempromosikan budaya hidup sihat dan mengurangkan risiko penyalahgunaan dadah berulang.

Peserta program ini adalah terdiri daripada pelbagai latarbelakang umur, bangsa, keluarga dan pekerjaan sebelum terlibat dalam penyalahgunaan dadah.

Penerimaan peserta terhadap program ini amat menggalakkan dengan penglibatan mereka secara aktif dalam aktiviti-aktiviti yang memerlukan sumbangsaran (brainstorming) dan penghasilan idea kepada halatuju mereka selepas dibebaskan kelak.

Pihak BPK, KKM mengucapkan ribuan terima kasih kepada pihak Penjara Kajang yang menjadi tuan rumah kepada program rintis ini.Selain ini sekalung penghargaan kepada rakan strategik KKM iaitu pihak PENGASIH, Universiti Sains Islam Malaysia (USIM), dan Universiti Multimedia Malaysia (MMU) yang sama-sama terlibat aktif secara langsung dalam penyediaan modul ini.

https://facebook.com/story.php?story_fbid=pfbid032j3H3yb5mSRzWFZ7QgTKRnv9j23c4ww5JeW77bsshiR7LFG9XHRRsGSBrH9oYH5yl&id=100068159346549

# #ANMS
#KekalSihat
#sihatmilikku
Somebody in your family getting that second booster shot? That's the way to go! 🥳 They might be feeling a bit nervous, so give them some support!❣️

Share some ideas down below on ways we can take our mind away from the nervousness! 🙀

#ANMS
#KekalSihat
#COVID19
#LindungDiriLindungSemua
#strongertogether
#sihatmilikku

Sumber:
Bahagian Pendidikan Kesihatan, KKM
t.me/sihatmilikbersama
Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Hai, team HePiLI menjemput semua yang pernah menyertai program-program HePiLI semasa zaman sekolah atau di institusi pengajian tinggi untuk mendaftar sebagai alumni HePiLI.

Antara program HePiLI:
- Tunas Doktor Muda
- Kelab Doktor Muda
- IMFree
- PROSIS
Imbas code QR untuk mendaftar ya.

Let's keep in touch 🥰

#HePiLI
⚠️ Merkuri dilarang dalam produk kosmetik kerana boleh memudaratkan kesihatan.

Orang awam digalakkan untuk menyemak status notifikasi sesuatu produk kosmetik dengan:
🌐 melayari laman sesawang rasmi NPRA www.npra.gov.my atau 📱 melalui aplikasi ‘NPRA Product Status’ yang boleh dimuat turun daripada Google Play Store, Apple App Store dan Huawei AppGalleri

BUAT KEPUTUSAN BIJAK.
Adakah orang kesayangan anda berumur 40 tahun dan ke atas?

Bertindak segera dengan menghadiahkan mereka perkhidmatan saringan kesihatan dan sokong mereka membudayakan hidup sihat.

#ANMS
#KekalSihat
#JomSaring
#sihatmilikku
Setiap tahun di dunia, 3️⃣ juta kematian berpunca daripada pengambilan alkohol berlebihan.

Ambil berat tentang kuantiti pengambilan dan elakkan minum alkohol secara memudaratkan. Pengambilan minuman beralkohol yang berterusan terutamanya jika diambil dalam jumlah yang banyak, boleh memberikan kesan toksik kepada organ badan.
This media is not supported in your browser
VIEW IN TELEGRAM
Bangun pagi ~ gosok gigi ~ cuci muka dan.. eh ternyanyi pula! 🎵🤭 Rutin harian anda pula bagaimana?

#ANMS
#KekalSihat
#COVID19
#strongertogether
#sihatmilikku

Sumber:
Bahagian Pendidikan Kesihatan, KKM
t.me/sihatmilikbersama
46 employees lost their income due to disability or early deaths caused by NCDs every day.

Early screening allows early interventions to be taken to prevent complications of NCDs in more effective way.

Get health screened now!

#ANMS
#KekalSihat
#JomSaring
#sihatmilikku
Dari 25 Januari 2020 (ME 4/2020) hingga 27 Ogos 2022 (ME 34/2022), situasi terkini COVID-19 adalah seperti berikut:

- Kumulatif kes baharu: 4,774,003;
- Kumulatif kes sembuh: 4,703,315 kes;
- Kumulatif kes kematian: 36,196 kes; dan
- Kumulatif kluster: 7,066 kluster (kluster aktif: 31 kluster).

Perbandingan antara ME 33/2022 dan ME 34/2022:
- Bilangan kes sembuh pada ME 34/2022 menurun sebanyak 5.4 peratus (26,458 kes kepada 25,037 kes);
- Bilangan kes baharu pada ME 34/2022 menurun sebanyak 17.9 peratus (22,786 kes kepada 18,715 kes);
- Bilangan kes tempatan menurun sebanyak 18.0 peratus (22,756 kes kepada 18,666 kes); dan
- Bilangan kes import meningkat sebanyak 63.3 peratus (30 kes kepada 49 kes).
- Bilangan kes kematian pada ME 34/2022 meningkat sebanyak 7.1 peratus (56 kes kepada 60 kes).

Purata kes aktif setiap hari bagi ME 34/2022 adalah 36,179 iaitu terdapat penurunan sebanyak 13.9 peratus berbanding minggu sebelumnya.

Kenyataan penuh di https://kpkesihatan.com/2022/08/30/kenyataan-media-kpk-30-ogos-2022-situasi-semasa-jangkitan-penyakit-coronavirus-covid-19-di-malaysia-minggu-epidemiologi-34-21-ogos-27-ogos-2022/
Adakah anda baru menderma atau akan menderma darah. jangan lupa ikuti tips selepas menderma darah bagi memastikan perjalanan yang lancar dan selamat.

Sumber: Pusat Darah Negara, KKM
Selamat Menyambut Hari Kebangsaan Ke-65.

Dalam kemeriahan kita menyambut hari yang penuh bersejarah ini, jangan kita alpa untuk
😷 Teruskan amalan memakai pelitup muka
🧼 Sentiasa cuci tangan dengan air dan sabun atau guna hand sanitizer
➡️ Lakukan TRIIS

#ANMS
#KekalSihat
#COVID19
#sihatmilikku

Sumber:
Bahagian Pendidikan Kesihatan, KKM
t.me/sihatmilikbersama
Media is too big
VIEW IN TELEGRAM
Rakyat Malaysia teguh bersama membudayakan hidup sihat dan menyokong kelestarian persekitaran demi kesejahteraan.

Selamat Menyambut Hari Kebangsaan.

Ikhlas daripada Bahagian Pendidikan Kesihatan, KKM.

#ANMS
#KekalSihat
#sihatmilikku

Sumber:
Bahagian Pendidikan Kesihatan, KKM
t.me/sihatmilikbersama
Dos Penggalak Kedua

Dengarkan di asyikfm esok pada pukul 11.30 pagi bersama Dr. Vickneshwaran Muthu dari Bahagian Kawalan Penyakit, KKM.

#ANMS
#KekalSihat
#COVID19
#LindungDiriLindungSemua
#sihatmilikku
Tujuh kali laungan "MERDEKA" pada 1957 masih kuat berkumandang di dalam hati setiap rakyat Malaysia 🇲🇾⚡️ Kibarkanlah Jalur Gemilang dengan bangga dan nyanyilah lagu-lagu patriotik dengan penuh semangat! 🎵💖

#ANMS
#KekalSihat
#COVID19
#LindungDiriLindungSemua
#strongertogether
#sihatmilikku

Sumber:
Bahagian Pendidikan Kesihatan, KKM
t.me/sihatmilikbersama
Merdeka! Merdeka! Merdeka!

Ayuh Keluarga Malaysia. Teguh bersama demi persekitaran bebas asap rokok.

#ANMS
#KekalSihat
#speakout
#sihatmilikku

Sumber:
Bahagian Pendidikan Kesihatan, KKM
t.me/sihatmilikbersama
Masyarakat vs Stigma Mental

Saksikan menerusi FB Live TV Alhijrah esok pada pukul 3.00 petang bersama Dr. Nurashikin Ibrahim dari Bahagian Kawalan Penyakit, KKM

#ANMS
#KekalSihat
#sihatmilikku
Media is too big
VIEW IN TELEGRAM
Hai kawan-kawan, 🤩

Ingat tau, badan kita, kita yang punya! Katakan TIDAK pada mereka yang sentuh badan kita di tempat yang tidak sepatutnya.

Sekiranya ada yang menyentuh bahagian tersebut, jangan berdiam, laporkan kepada orang yang kawan-kawan percaya. Okay? 🥰

#didiandfriends #kkm #didiXHePiLi #HePiLi #sentuhantidakselamat