Sihat Milikku - Kementerian Kesihatan Malaysia @MyHEALTHKKM
49.1K subscribers
18K photos
1.82K videos
53 files
7.67K links
Saluran ini adalah untuk Bahagian Pendidikan Kesihatan, Kementerian Kesihatan Malaysia berkongsi maklumat pendidikan kesihatan dengan masyarakat.
加入频道
𝐈𝐧𝐠𝐢𝐧 𝐦𝐞𝐦𝐛𝐮𝐚𝐭 𝐬𝐚𝐫𝐢𝐧𝐠𝐚𝐧 𝐤𝐞𝐬𝐢𝐡𝐚𝐭𝐚𝐧

📌Anda boleh ke mana-mana klinik kesihatan KKM, klinik Panel HSP Perkeso, Klinik PekaB40 atau klinik Nur Sejahtera di bawah LPPKN

⚠️Anda juga boleh membuat saringan kesihatan di mana-mana klinik swasta atau di farmasi yang menyediakan perkhidmatan saringan.

✔️Jom semak kelayakan anda.
✔️Jom Saring

#ANMS
#sihatsepanjanghayat
Cacar vs Cacar Monyet

Cacar telah berjaya dibanteras pada tahun 1980 berikutan program vaksinasi cacar.

Cacar monyet kurang berjangkit dan menyebabkan penyakit yang kurang teruk berbanding dengan cacar.

#ANMS
#KekalSihat
#Monkeypox
#sihatmilikku

Sumber:
Bahagian Pendidikan Kesihatan, KKM
t.me/sihatmilikbersama
Khemah Sihat Keluarga Malaysia mendapat sambutan hangat dari pengunjung di hari kedua Jelajah Aspirasi Keluarga Malaysia sejak 9.00 pagi.

Masih belum terlambat untuk turut sama memeriahkan dan turut serta dalam pelbagai aktiviti yang disediakan.

Jom ke perkarangan Stadium Shah Alam.

https://www.facebook.com/100068159346549/posts/pfbid0GBLruLS9Z6gPsQTrgc8x9XaysnHdAv4qfbdjyY6GDcsEUyaC66hpxu3nysuAiDHhl/?d=n

#ANMS
#KekalSihat
#JelajahAKM
#sihatmilikku

Sumber:
Bahagian Pendidikan Kesihatan, KKM
t.me/sihatmilikbersama
Adakah anda atau ahli keluarga anda berusia 40 tahun dan ke atas?

Saringan kesihatan membolehkan anda mengetahui status kesihatan anda agar pencegahan/ rawatan awal diambil untuk elakkan komplikasi.

- Meningkatkan status kesihatan
- Mengurangkan perbelanjaan kos kesihatan kelak
- Kekal sihat mencari nafkah hidup
- Penuaan yang sihat

JOM SARING!

Ketahui senarai perkhidmatan saringan kesihatan di http://www.moh.gov.my/anms
Setinggi-tinggi penghargaan kepada YAB Dato’ Sri Ismail Sabri bin Yaakob, Perdana Menteri atas keprihatinan dan kesudian menyempurnakan perasmian Hospital Bera, Pahang pada pagi ini. Setelah melalui proses pembangunan, Alhamdulillah sesi penyerahan hospital berjaya diadakan antara pihak kontraktor dengan Jabatan Kerja Raya dan KKM pada 27 Mei lalu.

Selaras dengan itu, Hospital Bera telah mula beroperasi secara berperingkat pada 1 Julai 2022 dengan pembukaan 24 jam Unit Kecemasan & dan Trauma serta Patient Assessment Centre. Pada 2 Ogos 2022, Dewan Bersalin dan Unit Pesakit Dalam melibatkan Wad Bersalin dan Wad Kanak-Kanak pula telah dibuka. Wad Dewasa, Klinik Pakar dan perkhidmatan lain pula akan mula beroperasi mulai 1 Oktober 2022.

https://facebook.com/story.php?story_fbid=pfbid0roVuMYzrTSsxB1X1t2wsT29WirY4gGK2roPUTKdQxapnjduAmjkDr9GaCxXByaGSl&id=100044314485023

Sumber: KPK KKM
KDYMM Raja Permaisuri Agong Tunku Hajah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah sebelum ini pernah bertitah bahawa usaha untuk memerangi pandemik COVID-19 merupakan tanggungjawab bersama dari seluruh rakyat Malaysia tanpa mengira bangsa, agama mahupun fahaman politik. Justeru, rakyat perlu bersatu untuk memastikan wabak berkenaan dapat dibendung dari terus menular.

Waktu Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dulu pun kita dapat tengok ramai orang saling bantu membantu terutamanya bila jiran tetangga atau kenalan terdekat disahkan positif COVID-19. Ada antara jiran-jiran atau kawan-kawan yang akan datang rumah hantar bekalan makanan atau apa saja barangan keperluan disebabkan proses kuarantin.

Haa, dari situ kita kita dah boleh tengok nilai empati tetap subur biarpun negara kita dilanda pandemik COVID-19. Walaupun kita tak boleh keluar rumah, nilai silaturrahim masih tetap terjalin.

Sumber: https://www.sinarharian.com.my/article/104314/berita/nasional/usaha-perangi-covid-19-tanggungjawab-bersama-tunku-azizah
Kemeriahan disekitar Jelajah Aspirasi Keluarga Malaysia pada hari terakhir.

Masih belum terlambat untuk anda bersama-sama menyertai pelbagai aktiviti yang disediakan. Kami berada di sini sehingga 9.00 malam.

Jom ke Perkarangan Stadium Shah Alam sekarang!

https://www.facebook.com/100068159346549/posts/pfbid026PzjCpBfHSLR5FUV8bamqMycwt2v8L1FNYedSqtdX8FjHj85drE2gsFjdZvi4jCql/?d=n

#ANMS
#KekalSihat
#JelajahAKM
#sihatmilikku
⚠️Kanser mulut merupakan ketumbuhan tisu yang tidak normal di dalam mulut.

Faktor- faktor risiko yang menyebabkan kejadian kanser mulut adalah:
▪️Merokok
▪️Mengunyah tembakau
▪️Mengunyah pinang dengan / tanpa tembakau
▪️Minum alkohol yang berlebihan
▪️Terdedah pada sinaran matahari secara berlebihan

🔎Lakukan pemeriksaan mulut sendiri.
Pengesanan dan rawatan awal dapat mencegah berlakunya hilang upaya yang teruk dan dapat meningkatkan kualiti kehidupan pesakit.

Sumber: Program Kesihatan Pergigian KKM
Sekitar Majlis Perasmian Penangguhan Jelajah Agenda Nasional Malaysia Sihat (ANMS) pada 21 Ogos 2022 ( Ahad) di pekarangan Mydin Mall Bandar Baru Samariang, Kuching.

Majlis perasmian telah disempurnakan oleh Yang Berhormat Datuk Dr. Haji Abdul Rahman bin Haji Junaidi, Timbalan Menteri Utiliti dan Telekomunikasi II Sarawak. Turut hadir Ybhg. Datu Sherrina binti Hussaini, Residen Bahagian Kuching dan Dr. Eunice Melissa Joseph, Pegawai Kesihatan Bahagian Kuching.

Selain daripada Jelajah Agenda Nasional Malaysia Sihat (ANMS), turut diadakan Inisiatif Saringan Kesihatan Kebangsaan yang merupakan satu lagi inisiatif KKM untuk menggalakkan rakyat Malaysia supaya tampil melakukan saringan kesihatan bagi mengenal pasti risiko dan mengesan penyakit tidak berjangkit atau Non Communicable Disease (NCD) di peringkat awal.

Oleh itu, beliau menyeru penglibatan dan penyertaan secara menyeluruh agensi kerajaan, badan bukan kerajaan, pihak swasta serta rakyat kerana ini selari dengan pelaksanaan ANMS yang menggunakan pendekatan 'Whole Of Nation'.

Dalam majlis tersebut, beliau turut menyampaikan sijil penghargaan kepada agensi yang terlibat di bawah inisiatif MyChampion serta hadiah kepada pemenang-pemenang beberapa pertandingan yang telah diadakan sepanjang dua hari program jelajah ANMS berlangsung.

Sumber: Jabatan Kesihatan Negeri Sarawak (Rasmi)
KENYATAAN MEDIA KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA

KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA SELESAI 92 PERATUS KES TERTUNGGAK (BACKLOG) DI FASILITI HOSPITAL KKM
Pameran Promosi Kesihatan di Institusi Pendidikan (HePiLI), Kementerian Kesihatan Malaysia sempena Majlis Pelancaran DELIMa : Agenda Digital Kita yang telah disempurnakan oleh YB Datuk Dr. Mohd Radzi bin Md Jidin, Menteri Kanan Pendidikan pada 22 Ogos 2022 di Dewan Perdana Putra, SMK Putrajaya Presint 8(1).

Antara aktiviti yang dilaksanakan di reruai KKM adalah Virtual Cycling Challenge dan pameran modul serta bahan bantu mengajar HePiLI bagi mempromosikan program HePiLI kepada pengunjung yang terdiri daripada murid, guru, ibu bapa dan warga Kementerian Pendidikan Malaysia.

https://www.facebook.com/myhealthkkm/posts/pfbid036mjDnPkrGxcratHAm2WSAZg1iVZCiHgMAAp7GfWMQyYb4ubZJNrVywJZN7ajcoU3l

#ANMS
#KekalSihat
#hepili
#sihatmilikku
Dari 25 Januari 2020 (ME 4/2020) hingga 20 Ogos 2022 (ME 33/2022), situasi terkini COVID-19 adalah seperti berikut:

Kumulatif kes baharu: 4,755,288;
Kumulatif kes sembuh: 4,678,278 kes;
Kumulatif kes kematian: 36,136 kes; dan
Kumulatif kluster: 7,065 kluster (kluster aktif: 36 kluster).

Perbandingan antara ME 32/2022 dan ME 33/2022:
- Bilangan kes sembuh pada ME 32/2022 menurun sebanyak 8.5 peratus (28,905 kes kepada 26,458 kes);
- Bilangan kes baharu pada ME 33/2022 menurun sebanyak 14.5 peratus (26,678 kes kepada 22,822 kes);
- Bilangan kes tempatan menurunsebanyak 0.7 peratus (26,656 kes kepada 26,458 kes); dan
- Bilangan kes import meningkatsebanyak 36.4 peratus (22 kes kepada 30 kes).
- Bilangan kes kematian pada ME 33/2022 menurun sebanyak 8.3 peratus (60 kes kepada 55 kes).

Purata kes aktif setiap hari bagi ME 33/2022 adalah 42,010 iaitu terdapat penurunan sebanyak 6.0 peratus berbanding minggu sebelumnya.

Kenyataan penuh di https://kpkesihatan.com/2022/08/22/kenyataan-media-kpk-22-ogos-2022-situasi-semasa-jangkitan-penyakit-coronavirus-covid-19-di-malaysia-minggu-epidemiologi-32-7-julai-13-ogos-2022/
Somebody at home has COVID-19, and you don't know what to do? 😞 Here are some tips to care for those you love most who have the virus ☹️❤️ Share with us the other things you have done for your loved ones.

#ANMS
#KekalSihat
#COVID19
#strongertogether
#sihatmilikku

Sumber:
Bahagian Pendidikan Kesihatan, KKM
t.me/sihatmilikbersama
Adakah anda atau ahli keluarga anda berusia 40 tahun dan ke atas?

Saringan kesihatan membolehkan anda mengetahui status kesihatan anda agar pencegahan/ rawatan awal diambil untuk elakkan komplikasi.

JOM SARING SEKARANG!

#ANMS
#KekalSihat
#sihatmilikku

Sumber:
Bahagian Pendidikan Kesihatan, KKM
t.me/sihatmilikbersama