Sihat Milikku - Kementerian Kesihatan Malaysia @MyHEALTHKKM
49.1K subscribers
18K photos
1.82K videos
53 files
7.68K links
Saluran ini adalah untuk Bahagian Pendidikan Kesihatan, Kementerian Kesihatan Malaysia berkongsi maklumat pendidikan kesihatan dengan masyarakat.
加入频道
Kadar kebolehjangkitan Covid-19 atau Ro/Rt pada jangkaan mengikut kes seharian pada 23 hb Feb 2022 untuk seluruh negara adalah 1.13. Manakala pecahan mengikut negeri adalah seperti di lampiran.

- KPK KKM -
This media is not supported in your browser
VIEW IN TELEGRAM
Kini semakin ramai saudara dan kenalan kita yang telah dan sedang menjalani kuarantin kerana positif COVID-19 atau menjadi kontak rapat tanpa mempunyai gejala serius.

Oleh itu kita semua perlu berwaspada dan segera melakukan ujian COVID-19 jika mempunyai sebarang gejala bagi melindungi diri dan orang sekeliling.

Jika positif atau kontak rapat, luangkan sedikit masa setiap hari untuk menjawab borang Penilaian Kendiri iaitu Health Assessment Tool (HAT) di aplikasi MySejahtera anda dan hubungi hospital terdekat jika keadaan semakin teruk.

Melalui HAT, KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA boleh memantau keadaan semasa anda dan memberikan panduan tentang langkah seterusnya yang perlu diambil.

Ayuh kita saling mengingatkan di antara satu sama lain untuk sentiasa mematuhi SOP dan melaksanakan #TRIIS demi keselamatan bersama.

- YB Khairy Jamaluddin -
Bicara DR (Diari Rawat) : 23 Februari 2022 (Rabu)

Kesan AEFI : Perlu Takut atau Tidak?

https://fb.watch/bl-syUKxp0/

Sumber: Berita RTM
Berat badan berlebihan merupakan satu faktor risiko untuk mendapat kanser. Di Malaysia, 1 daripada 2 orang dewasa mempunyai berat badan berlebihan atau obes.
Mari kita menurunkan berat badan dengan mengamalkan tips-tips ini:
• Bersenam 30-60 minit sehari
• Diet suku/suku/separuh
• Hadkan pengambilan kalori berlebihan
• Banyakkan pengambilan buah,sayur dan serat
• Kurangkan makanan tinggi lemak dan manisan

#SupportWorldCancerDay2022
#CloseTheCareGap
KKM ingin memaklumkan status terkini kes COVID-19 di Malaysia pada 23 Februari 2022:

Kes sembuh: 20,399 kes [2,994,840 kes kumulatif (90.6%)];
Kes baharu : 31,199 kes (3,305,157 kes kumulatif);
Kes import : 119 kes [69 warganegara (58.0%); 50 bukan warganegara (42.0%)];
Kes tempatan : 31,080 kes [29,991 warganegara (96.5%); 1,089 bukan warganegara (3.5%)];
Kes yang memerlukan rawatan di Unit Rawatan Rapi (ICU): 305 kes (118 kes disahkan COVID-19; 187 kes disyaki, kemungkinan, dan kes dalam siasatan); dan
Kes memerlukan bantuan pernafasan: 191 kes (72 kes disahkan COVID-19; 119 kes disyaki, kemungkinan, dan kes dalam siasatan).

https://kpkesihatan.com/2022/02/24/kenyataan-akhbar-kpk-24-februari-2022-situasi-semasa-jangkitan-penyakit-coronavirus-2019-covid-19/
Pada 23 Februari 2022, jumlah kes COVID-19 yang dilaporkan adalah 31,199 kes menjadikan jumlah kumulatif sebanyak 3,305,157 kes.

Pecahan setiap negeri (Kumulatif):

Selangor - 7,798 (915,225)
Sabah - 3,971 (321,623)
Johor - 2,281 (308,722)
Sarawak - 424 (257,536)
W.P. KL - 2,186 (243,898)
Kedah - 2,684 (219,691)
Kelantan - 2,135 (207,394)
Pulau Pinang - 2,575 (199,508)
Perak - 1,222 (143,447)
Negeri Sembilan - 1,998 (138,562)
Pahang - 1,560 (122,710)
Terengganu - 773 (93,848)
Melaka - 600 (93,833)
W.P. Labuan - 499 (15,114)
W.P. Putrajaya - 189 (13,211)
Perlis - 304 (10,835)

- COVIDNOW -
Saksikan Sidang Media Menteri Kesihatan YB Khairy Jamaluddin pada jam 5.00 petang ini secara langsung di FB KKM.
Tanggungan saya disahkan positif COVID-19.

Apakah yang perlu saya lakukan untuk mendapatkan Perintah Pengawasan dan Pemerhatian di Rumah (HSO) tanggungan di Aplikasi MySJ?

Sila rujuk infografik di bawah dan anda diingatkan supaya sentiasa mematuhi SOP.
__________________________________________

My dependent tested positive for COVID-19. What should I do to get the Home Surveillance Order (HSO) for the dependent in MySJ App?

Please refer to the infographic below and remember to adhere to the SOPs.

#mysejahtera
#mysejahteratrace
#reopeningsafely

Sumber: MySejahtera
PERHATIAN KEPADA SEMUA ADIWIRA

Kami menyeru semua adiwira untuk tampil dan menderma darah di pusat pendermaan statik atau dimana-mana lokasi pendermaan bergerak kami.
Bantu kami dalam memastikan stok darah agar berada di dalam paras yang selamat.
Bantu kami dengan menderma darah.
Bantu kami dalam membuat hebahan dan mengajak masyarakat untuk menderma darah.
Kami yakin rakyat Malaysia amat prihatin dan akan sentiasa memberi sokongan kepada kami.

Bagi yang ingin mengetahui lebih lanjut berkenaan jadual dan lokasi pendermaan , anda boleh layari www.pdn.gov.my

Sumber: Pusat Darah Negara KKM
SIARAN MEDIA PELAKSANAAN PROGRAM IMUNISASI COVID-19 KEBANGSAAN UNTUK KANAK-KANAK (PICKids) SECARA WALK-IN DAN TEMPAHAN JANJI TEMU
Bermula 1 Mac 2022, kontak rapat tidak bergejala yang telah menerima dos penggalak tidak perlu kuarantin diri.

Effective from 1 March 2022, close contacts who have received a booster dose with no symptoms, do not have to quarantine.
Dos Penggalak Bagi Warga Emas

Dengarkan di minnalfm esok pada pukul 9.15 pagi bersama Dr. Kavitha Sahadevan, Pakar Perubatan Geriatrik dari Hospital Kuala Lumpur.

#ANMS
#sihatsepanjanghayat
#MalaysiaSihatSejahtera
#COVID19
#LindungDiriLindungSemua
#sihatmilikku