Sihat Milikku - Kementerian Kesihatan Malaysia @MyHEALTHKKM
49.1K subscribers
18K photos
1.82K videos
53 files
7.67K links
Saluran ini adalah untuk Bahagian Pendidikan Kesihatan, Kementerian Kesihatan Malaysia berkongsi maklumat pendidikan kesihatan dengan masyarakat.
加入频道
Tahukah anda?

Kanser merupakan sebab kedua kematian tertinggi di seluruh dunia. Satu pertiga kematian kanser adalah dikaitkan dengan amalan berisiko seperti pengambilan tembakau, berat badan berlebihan, kurang melakukan aktiviti fizikal dan pengambilan diet yang tidak seimbang.

Sebagai langkah untuk meningkatkan kesedaran orang ramai dalam penjagaan kesihatan bagi mencegah penyakit kanser dan bersempena dengan sambutan Hari Kanser Sedunia yang disambut pada 4 Februari setiap tahun, Kementerian Kesihatan Malaysia akan menganjurkan Larian Virtual Hari Kanser Sedunia 2022.

Pendaftaran dibuka sekarang sehingga 17 Februari 2022 dan ia terbuka kepada semua rakyat Malaysia berumur 6 tahun ke atas. Tempoh larian adalah dari 4 Februari sehingga 28 Februari 2022.
Mari bersama-sama kekal aktif dan tunjukkan sokongan kepada pesakit dan pejuang kanser!

Klink di sini untuk pendaftaran https://checkpointspot.asia/event/world-cancer-day-vr

#SupportWorldCancerDay2022
#CloseTheCareGap
#mywcd2022vr
Sempena sambutan Hari Kanser Sedunia 2022, Kementerian Kesihatan Malaysia akan menganjurkan beberapa aktiviti untuk meningkatkan kesedaran orang ramai dalam pejagaan kesihatan bagi mencegah penyakit kanser.

Larian virtual Hari Kanser Sedunia juga sudah bermula. Daftar sekarang di https://checkpointspot.asia/event/world-cancer-day-vr

Sertai kami melalui FBLive untuk Majlis Perasmian dan Simposium Hari Kanser Sedunia pada 17 Februari 2022 ini.

#SupportWorldCancerDay2022
#ClosetheCareGap
#mywcd2022virtualrun

Telegram SIHAT MILIKKU (MyHEALTHKKM)
t.me/sihatmilikbersama
(Saluran Rasmi Bahagian Pendidikan Kesihatan, Kementerian Kesihatan Malaysia)
Kanser adalah penyebab keempat kematian tertinggi yang dilaporkan di hospital kerajaan dan penyebab utama kematian di hospital swasta.

Menurut laporan The Malaysia National Cancer Registry Report (MNCR) 2012-2016, tiga kanser tertinggi di Malaysia tanpa mengira jantina adalah kanser payudara (19%), kanser kolorektal / usus besar (13.5%) dan kanser paru-paru (9.8%).

#SupportWorldCancerDay2022
#ClosetheCareGap
Selamat menyambut Hari Kanser Sedunia 2022.
Tema: Rapatkan Jurang Penjagaan Kanser

Kanser merupakan penyebab kematian kedua tertinggi di seluruh dunia.

Mari berganding bahu dan bersama-sama memainkan peranan untuk mencegah dan mengawal beban yang dihadapi akibat kanser serta mengurangkan jurang penjagaan yang wujud.

#SupportWorldCancerDay2022
#ClosetheCareGap

Telegram SIHAT MILIKKU (MyHEALTHKKM)
t.me/sihatmilikbersama
(Saluran Rasmi Bahagian Pendidikan Kesihatan, Kementerian Kesihatan Malaysia)
Kementerian Kesihatan Malaysia menyediakan saringan kanser kolorektal, payudara, serviks (pangkal rahim) dan mulut secara percuma di fasiliti kerajaan.

Ayuh, mari lakukan saringan 🎗️

Pengesanan awal menyelamatkan nyawa 💜

#supportworldcancerday2022 #closethecaregap #mywcd2022virtualrun
Sempena sambutan Hari Kanser Sedunia pada 4 Februari 2022, Kementerian Kesihatan Malaysia
menganjurkan Larian Virtual sepanjang bulan Februari ini.

Mari bersama-sama menyertai acara larian ini untuk kekal aktif dan mengamalkan pembudayaan
gaya hidup sihat serta menunjukkan sokongan anda kepada pesakit dan pejuang kanser.

Klik di sini untuk pendaftaran  https://checkpointspot.asia/event/world-cancer-day-vr

#SupportWorldCancerDay2022
#CloseTheCareGap
#mywcd2022virtualrun
Faktor risiko penyakit kanser yang boleh diubah adalah serupa dengan faktor risiko penyakit kronik yang lain.

Lima faktor risiko boleh diubah yang utama adalah:

1. Penggunaan tembakau atau merokok 🚬
2. Pengambilan alkohol 🍾
3. Kurang aktiviti fizikal
4. Pemakanan tidak sihat
5. Berat badan berlebihan atau obesiti

Hindari diri anda dari faktor-faktor risiko ini.

Jangan biarkan diri anda mempunyai risiko yang lebih tinggi dari orang lain.

#SupportWorldCancerDay2022
#ClosetheCareGap
#mywcd2022virtualrun

Telegram SIHAT MILIKKU (MyHEALTHKKM)
t.me/sihatmilikbersama
(Saluran Rasmi Bahagian Pendidikan Kesihatan, Kementerian Kesihatan Malaysia)
🎗️ Kanser adalah penyebab kematian kedua tertinggi di seluruh dunia. Menurut World Health Organisation (WHO), 30%-50% penyakit kanser boleh dicegah dengan pembudayaan hidup sihat.

📢 Apa yang boleh dilakukan untuk mengurangkan risiko kanser?
1. Berhenti merokok 🚭
2. Kerap bersenam 🏃🏻
3. Amalkan pemakanan sihat 🥗
4. Kurangkan pengambilan alkohol 🙅🏻‍♂️
5. Ketahui tanda dan gejala kanser 📚
6. Dapatkan vaksinasi 💉:
• Vaksin Hepatitis B untuk mencegah kanser hati
• Vaksin HPV (Human Papilloma virus) untuk mencegah kanser serviks bagi remaja yang berumur 13 tahun

Mari kita sama-sama mengamalkan pembudayaan hidup sihat dan kekal aktif! 💜

#SupportWorldCancerDay2022 #ClosetheCareGap #mywcd2022virtualrun

Telegram SIHAT MILIKKU (MyHEALTHKKM)
t.me/sihatmilikbersama
(Saluran Rasmi Bahagian Pendidikan Kesihatan, Kementerian Kesihatan Malaysia)
Mari sertai kami dalam Majlis Perasmian dan Simposium sempena sambutan Hari Kanser Sedunia 2022 pada 17 Februari jam 9.00 pagi di FBLive @myhealthkkm

#SupportWorldCancerDay2022
#CloseTheCareGap
National Health Morbidity Survey 2019 melaporkan 1 daripada 4 orang dewasa di Malaysia TIDAK aktif secara fizikal. Mengekalkan berat badan yang ideal dan sentiasa aktif secara fizikal boleh membantu mengurangkan risiko mendapat kanser terutamanya kanser usus besar dan kanser payudara.

#SupportWorldCancerDay2022
#CloseTheCareGap
Mengambil makanan tinggi lemak, diproses dan daging merah secara berlebihan boleh meningkatkan risiko anda untuk mendapat kanser. Anggaran 5.2% kejadian kanser dikaitkan dengan pemakanan tidak seimbang. Lebihkan sayur-sayuran dan buah-buahan serta kurangkan pengambilan lemak dalam diet seharian anda.

#SupportWorldCancerDay2022
#CloseTheCareGap
Berat badan berlebihan merupakan satu faktor risiko untuk mendapat kanser. Di Malaysia, 1 daripada 2 orang dewasa mempunyai berat badan berlebihan atau obes.
Mari kita menurunkan berat badan dengan mengamalkan tips-tips ini:
• Bersenam 30-60 minit sehari
• Diet suku/suku/separuh
• Hadkan pengambilan kalori berlebihan
• Banyakkan pengambilan buah,sayur dan serat
• Kurangkan makanan tinggi lemak dan manisan

#SupportWorldCancerDay2022
#CloseTheCareGap
Alkohol meningkatkan risiko mendapat kanser usus besar, kanser payudara, kanser esofagus, kanser larinks, kanser hati, kanser mulut dan kanser tekak. Kurangkan pengambilan alkohol.

Cegah sebelum terlambat!

#SupportWorldCancerDay2022
#CloseTheCareGap