Sihat Milikku - Kementerian Kesihatan Malaysia @MyHEALTHKKM
49.1K subscribers
18K photos
1.81K videos
53 files
7.66K links
Saluran ini adalah untuk Bahagian Pendidikan Kesihatan, Kementerian Kesihatan Malaysia berkongsi maklumat pendidikan kesihatan dengan masyarakat.
加入频道
Kebanyakkan kes COVID sekarang adalah kontak rapat (kenalan, rakan kerja, ahli keluarga). Banyak disebabkan kerana tidak pakai pelitup muka. Sentiasa pakai pelitup muka di tempat kerja & tempat awam yang sesak. Kalau bergejala laksanakan #TRIIS.

- Khairy Jamaluddin | Menteri Kesihatan -
Makluman kepada #Keluarga Malaysia berkenaan Peraturan Am Prosedur Operasi Standard (SOP) Sambutan Tahun Baru Cina 2022 di Rumah Ibadat bukan Islam.

Patuhi garis panduan daripada kerajaan.

Amalkan disiplin diri, patuh jarak sosial selamat sekurang-kurangnya 1 meter, gunakan pelitup muka, amalkan #TRIIS dan sentiasa jaga kebersihan diri.

Lindungi diri anda dan orang tersayang.
This media is not supported in your browser
VIEW IN TELEGRAM
Kini semakin ramai saudara dan kenalan kita yang telah dan sedang menjalani kuarantin kerana positif COVID-19 atau menjadi kontak rapat tanpa mempunyai gejala serius.

Oleh itu kita semua perlu berwaspada dan segera melakukan ujian COVID-19 jika mempunyai sebarang gejala bagi melindungi diri dan orang sekeliling.

Jika positif atau kontak rapat, luangkan sedikit masa setiap hari untuk menjawab borang Penilaian Kendiri iaitu Health Assessment Tool (HAT) di aplikasi MySejahtera anda dan hubungi hospital terdekat jika keadaan semakin teruk.

Melalui HAT, KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA boleh memantau keadaan semasa anda dan memberikan panduan tentang langkah seterusnya yang perlu diambil.

Ayuh kita saling mengingatkan di antara satu sama lain untuk sentiasa mematuhi SOP dan melaksanakan #TRIIS demi keselamatan bersama.

- YB Khairy Jamaluddin -
Reopening safely is the key and we must open to learning from other countries. We will benefit from their experience as well as our own and not to repeat the same mistakes.

Despite a high vaccination coverage we must continue to comply to all public health and social measures.

We must continue the mask mandates, practice physical distancing where possible, keep good personal hygiene, improve ventilation. Practice #TRIIS

Many countries in Europe are starting to see increasing cases again. It might be because
✓ Relaxed mitigation measures
✓ BA.2's higher transmission
✓ Waning of immunity

We must continue to use all our tools to mitigate the spreading of Omicron in our country. We need strong public empowerment, compliance to vaccination, testing and social measures.

- KPK KKM -
Secara keseluruhan, jumlah kemasukan pesakit COVID-19 ke fasiliti kesihatan (hospital dan PKRC awam) bagi setiap 100,000 penduduk telah meningkat sebanyak 10% pada minggu epidemiologi (ME) ke-26 tahun 2022 (ME 26/2022) berbanding ME 25/2022.

Jumlah kes-kes positif COVID-19 yang dipantau oleh Pusat Penilaian COVID-19 (CAC) di seluruh negara juga telah menunjukkan peningkatan.

Oleh itu, KKM ingin menasihati orang ramai agar terus mematuhi saranan serta nasihat-nasihat kesihatan yang sering ditekankan:

Elakkan 3S, Amalkan 3W, Amalkan #TRIIS.
Berdasarkan situasi semasa di mana terdapat peningkatan kes termasuk kategori 3, 4 dan 5 serta sub-varian Omicron B.5 telah pun dikesan di Malaysia, dan sempena perayaan Hari Raya Haji yang bakal menjelang, KKM menasihati agar anda tidak lupa membuat membuat penilaian risiko kendiri dan membuat pilihan serta mengambil tindakan yang memastikan anda dan mereka di sekeliling selamat dari COVID-19.

🔵 Patuhi #TRIIS

🔵 Lakukan ujian COVID-19 sekiranya bergejala

🔵 Isolasi diri sekiranya anda positif COVID-19
🇲🇾 Sempena cuti perayaan kali ini, orang ramai adalah digalakkan untuk mengamalkan yang berikut:

#TRIIS (Trace, Report, Isolate, Inform dan Seek) terlebih dahulu sebelum mengadakan aktiviti berkumpulan atau berkunjung sekiranya anda bergejala.

Sayangi ❤️ diri dan
Keluarga anda