Sihat Milikku - Kementerian Kesihatan Malaysia @MyHEALTHKKM
49.1K subscribers
18K photos
1.82K videos
53 files
7.67K links
Saluran ini adalah untuk Bahagian Pendidikan Kesihatan, Kementerian Kesihatan Malaysia berkongsi maklumat pendidikan kesihatan dengan masyarakat.
加入频道
Adakah HIV dan AIDS penyakit yang sama

Diagnosis bagi kedua-dua penyakit adalah berbeza tetapi saling berkait.

Kekeliruan masyarakat mengenai penyakit ini boleh menyebabkan usaha membendung jangkitan HIV/AIDS melalui aktiviti pencegahan, rawatan dan kawalan terjejas.

Bersempena dengan Hari AIDS Sedunia yang disambut pada 1 Disember 2023, bersama tingkatkan kesedaran kita mengenai HIV/ AIDS.

#KomunitiPenerajuBersama
Dapatan NHMS (2020) dalam kalangan belia berumur 15-24 tahun menunjukkan:

🔴Hanya 14% mempunyai pengetahuan HIV yang mencukupi

🔴 47.9% mempunyai persepsi yang salah bahawa HIV boleh disebarkan melalui makan

🔴 41.6% daripada mereka tidak tahu amalan seks selamat boleh mengurangkan risiko jangkitan HIV.

Ini boleh membantutkan usaha pencegahan penularan HIV ini.

Sempena Hari AIDS Sedunia yang disambut pada 1 Disember setiap tahun, bersama tingkatkan kesedaran diri dan keluarga mengenai HIV untuk mengakhiri wabak AIDS menjelang 2030.

#komunitipenerajubersama