Sihat Milikku - Kementerian Kesihatan Malaysia @MyHEALTHKKM
49.1K subscribers
18K photos
1.82K videos
53 files
7.67K links
Saluran ini adalah untuk Bahagian Pendidikan Kesihatan, Kementerian Kesihatan Malaysia berkongsi maklumat pendidikan kesihatan dengan masyarakat.
加入频道
🤱🏻🤱🏻Wanita yang bekerjaya mungkin menghadapi cabaran kesukaran untuk menyusukan bayi semasa bekerja berikutan kebimbangan mengganggu waktu bekerja.

💪Namun, proses penyusuan sangat penting kepada bayi untuk membekalkan nutrien yang diperlukan bagi menyokong proses pembesarannya.

🫶Oleh itu, ibu bekerjaya perlu mendapatkan sokongan kukuh terutamanya daripada majikan bagi membolehkan bayi mendapat penyusuan sempurna.
Elak Hepatitis : Satu Nyawa, Satu Hati

Saksikan sekarang di https://www.tiktok.com/@myhealthkkm/live
Adakah anda mempunyai gejala-gejala berikut?

Sekiranya anda mempunyai gejala-gejala berikut, anda berkemungkinan menghidap anemia.
🩸Anemia lebih mudah berlaku dalam kalangan wanita kerana fisiologi wanita yang melalui kitaran haid dan kehamilan. Namun, tidak semua wanita mempunyai keterukan anemia yang sama.

👩‍🦳Wanita hamil digalakkan untuk mengambil makanan berkhasiat terutama makanan kaya zat besi untuk mencegah anemia.
Longkang dan sistem pengumpulan air hujan yang tersumbat dan menakung air berisiko menjadi tempat pembiakan Aedes.

Lakukan pembersihan. Musnahkan tempat pembiakan nyamuk Aedes.

#ANMS #OneHourMalaysiaCleanUp #TiadaAedesTiadaDenggi #JomKitarSemula #sihatmilikku

Sumber:
Bahagian Pendidikan Kesihatan, KKM
t.me/sihatmilikbersama
Imunisasi merupakan proses penghasilan antibodi bagi membentuk imuniti terhadap jangkitan penyakit cegahan vaksin yang spesifik.

Program Imunisasi merupakan langkah kesihatan awam yang selamat dan menjimatkan kewangan untuk mengawal penularan penyakit berjangkit cegahan vaksin dalam kalangan kanak-kanak.

Semua vaksin dalam Program Imunisasi Kebangsaan (NIP) untuk bayi dan kanak-kanak, boleh didapati di semua fasiliti kesihatan primer KKM dan vaksin HPV diberikan melalui program kesihatan sekolah.

Oleh itu, ibu bapa perlu memastikan kanak-kanak mendapat suntikan imunisasi seperti yang telah dijadualkan.
Risiko Penyakit Diabetes

Saksikan dalam berita Seithigal di TV Bernama pada pukul 7.00 malam bersama Dr. Deviga a/p Lachumanan, Pakar Perubatan dan Endikronologi dari Hospital Port Dickson.

#ANMS #sihatmilikku
CALLING TO ALL GPs!

Klinik anda dalam 10 daerah terpilih? Jom daftar bersama ProtectHealth Corporation Sdn Bhd untuk menjadi klinik panel bagi Skim Perubatan MADANI.

Untuk maklumat lanjut, layari www.protecthealth.com.my/skimperubatanmadani

#ProtectHealth #SkimPerubatanMADANI #MalaysiaMADANI

Sumber: ProtectHealth Corporation
Kenyataan Media:
3 Ogos 2023

PROTECTHEALTH MULAKAN USAHA LIBAT URUS AGRESIF UNTUK SKIM PERUBATAN MADANI

​Untuk maklumat lanjut, layari www.protecthealth.com.my
Kesihatan Anda, Misi Kami.

#ProtectHealth #MalaysiaMadani #skimperubatanmadani #KKM #MOH
Cawan plastik / kertas yang dibuang merata boleh menjadi tempat pembiakan nyamuk Aedes.

Jom kitar semula!

Musnahkan tempat pembiakan nyamuk Aedes.

#ANMS #OneHourMalaysiaCleanUp #TiadaAedesTiadaDenggi #JomKitarSemula #sihatmilikku

Sumber:
Bahagian Pendidikan Kesihatan, KKM
t.me/sihatmilikbersama
📌Sistem imun terdiri daripada jaringan sel, tisu dan organ berfungsi melindungi tubuh daripada organisma berbahaya seperti bakteria,virus dan parasit. Penyakit autoimun berlaku apabila sistem imun tubuh menyerang sel dan tisu sendiri.

Terdapat beberapa jenis penyakit autoimun yang kerap berlaku dalam populasi. Punca penyakit ini tidak diketahui, tetapi faktor genetik dan persekitaran menyebabkan berlakunya penyakit ini.

Oleh itu, penderita penyakit ini disarankan untuk mendapatkan rawatan yang terdiri daripada ubat-ubatan dan mengamalkan gaya hidup sihat.
Congratulations and thank you for joining Skim Perubatan MADANI Briefing session!

https://www.facebook.com/ProtectHealthCo/videos/1086443722739135

Don’t forget! We will conduct QnA session tomorrow!

Registration link as below:
https://bit.ly/3DyyfYA
Your Health, Our Mission.

#ProtectHealth #SkimPerubatanMADANI #MalaysiaMADANI
Merdeka Fat Burn Cardio Workout

Sertai sesi FB Live esok anjuran Wellness Hub Telok Datok pada pukul 9.00 pagi bersama Coach Kuza, Coach Syahmi dan Coach Irfan serta Atoy, Saief Lynnda dan Haifa.

#ANMS #KekalAktif #sihatmilikku
Merdeka Fat Burn Cardio Workout

Jangan lupa sertai sesi FB Live anjuran Wellness Hub Telok Datok pada pukul 9.00 pagi bersama Coach Kuza, Coach Syahmi dan Coach Irfan serta Atoy, Saief Lynnda dan Haifa.

#ANMS #KekalAktif #sihatmilikku
Terdapat banyak bekas yang berpotensi menjadi tempat pembiakan nyamuk Aedes.

Jom amalkan pengasingan sisa yang teratur dan betul dan jaga kebersihan persekitaran.

Musnahkan tempat pembiakan nyamuk Aedes.

#ANMS #OneHourMalaysiaCleanUp #TiadaAedesTiadaDenggi #JomKitarSemula #sihatmilikku

Sumber:
Bahagian Pendidikan Kesihatan, KKM
t.me/sihatmilikbersama
MERDEKA FAT BURN CARDIO WORKOUT Oleh Team Wellness Hub Telok Datok Bersama Peserta IFITER Kuala Langat 2023 🔥

Tarikh : 05 Ogos 2023.
Masa : 09:00 Pagi.
Tempat : GYM Wellness Hub Telok Datok.

Bersama :
1. Coach Kuza
2. Coach Irfan
3. Coach Syahmi
4. SAIEF Lynnda
5. Amy
6. Atoy
7. Haifaa

https://fb.watch/mdlJlyVmo-/?mibextid=qC1gEa

#Letsgetfittogether
#wellnesshubtelokdatok
#ifiterkkm
#anms
#pkdkualalangat
Perlukah saya risau dengan kejadian Jangkitan Influenza di Malaysia

Wabak yang disebabkan virus influenza bermusim hanya menyebabkan demam selesema (flu) yang ringan pada orang biasa tetapi boleh menyebabkan jangkitan yang teruk kepada kumpulan berisiko tinggi seperti:

👧🏻kanak-kanak
👴🏻warga tua
🤰🏻 wanita mengandung
💊 mereka yang mempunyai penyakit-penyakit kronik seperti kencing manis, darah tinggi, lelah dan lain-lain.

Komplikasi akibat jangkitan influenza teruk yang dialami oleh golongan berisiko tinggi ini juga berpotensi untuk menyebabkan kematian.

📌Sehubungan itu, orang awam secara amnya dan golongan berisiko tinggi secara khususnya adalah amat digalakkan untuk mendapatkan pelalian vaksin influenza bermusim yang ditawarkan oleh kebanyakan fasiliti kesihatan swasta di seluruh negara.