Sihat Milikku - Kementerian Kesihatan Malaysia @MyHEALTHKKM
49.1K subscribers
18K photos
1.82K videos
53 files
7.67K links
Saluran ini adalah untuk Bahagian Pendidikan Kesihatan, Kementerian Kesihatan Malaysia berkongsi maklumat pendidikan kesihatan dengan masyarakat.
加入频道
Tahukah anda?

Kanser merupakan sebab kedua kematian tertinggi di seluruh dunia. Satu pertiga kematian kanser adalah dikaitkan dengan amalan berisiko seperti pengambilan tembakau, berat badan berlebihan, kurang melakukan aktiviti fizikal dan pengambilan diet yang tidak seimbang.

Sebagai langkah untuk meningkatkan kesedaran orang ramai dalam penjagaan kesihatan bagi mencegah penyakit kanser dan bersempena dengan sambutan Hari Kanser Sedunia yang disambut pada 4 Februari setiap tahun, Kementerian Kesihatan Malaysia akan menganjurkan Larian Virtual Hari Kanser Sedunia 2022.

Pendaftaran dibuka sekarang sehingga 17 Februari 2022 dan ia terbuka kepada semua rakyat Malaysia berumur 6 tahun ke atas. Tempoh larian adalah dari 4 Februari sehingga 28 Februari 2022.
Mari bersama-sama kekal aktif dan tunjukkan sokongan kepada pesakit dan pejuang kanser!

Klink di sini untuk pendaftaran https://checkpointspot.asia/event/world-cancer-day-vr

#SupportWorldCancerDay2022
#CloseTheCareGap
#mywcd2022vr