Sihat Milikku - Kementerian Kesihatan Malaysia @MyHEALTHKKM
49.1K subscribers
18K photos
1.82K videos
53 files
7.67K links
Saluran ini adalah untuk Bahagian Pendidikan Kesihatan, Kementerian Kesihatan Malaysia berkongsi maklumat pendidikan kesihatan dengan masyarakat.
加入频道
Hari Malaria Sedunia disambut pada 25 April setiap tahun bagi mengiktiraf usaha-usaha global dalam mengawal Malaria.

Tema pada tahun ini adalah 'Memperkasa Kesaksamaan Kesihatan Sejagat Dalam Memerangi Malaria'.

#ANMS #healthequitymalaria #sihatmilikku

Sumber:
Bahagian Pendidikan Kesihatan, KKM
t.me/sihatmilikbersama
Malaysia berjaya mencapai SIFAR kes Malaria manusia jangkitan tempatan untuk enam tahun berturut-turut bermula tahun 2018 hingga 2023.

Walau bagaimanapun, negara masih terdedah kepada risiko jangkitan Malaria manusia kerana terdapat kes Malaria import daripada negara endemik Malaria.

#ANMS #healthequitymalaria #sihatmilikku

Sumber:
Bahagian Pendidikan Kesihatan, KKM
t.me/sihatmilikbersama
Hampir 249 juta manusia dijangkiti Malaria setiap tahun diseluruh dunia.

Pertubuhan Kesihatan Sedunia telah mensasarkan penurunan 90% kes Malaria global menjelang tahun 2030.

#ANMS #healthequitymalaria #sihatmilikku

Sumber:
Bahagian Pendidikan Kesihatan, KKM
t.me/sihatmilikbersama
Terdapat dua jenis penyakit Malaria di Malaysia iaitu Malaria Manusia dan Malaria Zoonotik.

#ANMS #healthequitymalaria #sihatmilikku

Sumber:
Bahagian Pendidikan Kesihatan, KKM
t.me/sihatmilikbersama
Golongan berisiko mendapat jangkitan Malaria

Penduduk kawasan pedalaman berhampiran hutan
Pelancong yang menjalankan aktiviti rekreasi di hutan
Pekerja di sektor perladangan, pembalakan dan penerokaan tanah
Warganegara yang mengunjungi negara endemik Malaria

#ANMS #healthequitymalaria #sihatmilikku

Sumber:
Bahagian Pendidikan Kesihatan, KKM
t.me/sihatmilikbersama
Malaria boleh membawa maut

Penyakit Malaria boleh diubati namun sekiranya lewat dikesan untuk rawatan, ia boleh membawa maut.

Tanda dan gejala Malaria adalah seperti demam panas berpanjangan, sakit kepala dan cirit-birit.

#ANMS #healthequitymalaria #sihatmilikku

Sumber:
Bahagian Pendidikan Kesihatan, KKM
t.me/sihatmilikbersama
Malaria manusia adalah penyakit Malaria disebabkan oleh parasit Plasmodium yang disebarkan dalam kalangan manusia melalui gigitan nyamuk Anopheles.

#ANMS #healthequitymalaria #sihatmilikku

Sumber:
Bahagian Pendidikan Kesihatan, KKM
t.me/sihatmilikbersama
Penyakit Malaria zoonotik adalah penyakit Malaria disebabkan oleh parasit Plasmodium knowlesi yang disebarkan dalam kalangan monyet melalui gigitan nyamuk Anopheles.

Nyamuk terinfeksi boleh menyebarkan jangkitan kepada manusia.

#ANMS #healthequitymalaria #sihatmilikku
Jangkitan Malaria zoonotik lazimnya berlaku pada populasi monyet melalui gigitan nyamuk Anopheles.

Manusia boleh mendapat jangkitan Malaria Zoonotik sekiranya berada berdekatan dengan populasi monyet dan digigit nyamuk Anopheles.

#ANMS #healthequitymalaria #sihatmilikku

Sumber:
Bahagian Pendidikan Kesihatan, KKM
t.me/sihatmilikbersama