Sihat Milikku - Kementerian Kesihatan Malaysia @MyHEALTHKKM
49.1K subscribers
18K photos
1.82K videos
53 files
7.67K links
Saluran ini adalah untuk Bahagian Pendidikan Kesihatan, Kementerian Kesihatan Malaysia berkongsi maklumat pendidikan kesihatan dengan masyarakat.
加入频道
Singapura mencatat tiga lagi kes baharu positif novel coronavirus, menjadikan 13 kes di negara itu setakat ini.

Ketiga-tiga kes itu melibatkan rakyat China dari Wuhan.

Kesemua mereka yang positif dijangkiti virus itu dilaporkan stabil.

"Tiada lagi bukti virus itu merebak kepada komuniti tempatan, " kata Kementerian Kesihatan Singapura dalam kenyataan rasminya.

Thailand, Singapura dan Malaysia mencatatkan kes novel coronavirus paling tinggi dI Asean setakat ini dan kesemua kes adalah rakyat China dari Wuhan atau pernah ke Wuhan.

Ini tidak mengejutkan kerana Thailand, Singapura dan Malaysia adalah tiga negara paling popular kepada pelancong China.

Selain itu, Singapura, Bangkok dan Kuala Lumpur, Tokyo dan Seoul antara lima destinasi di rantau Asia yang popular kepada pelancong dan sebahagian besar pelancong itu datangnya dari Negara China, menurut laporan Mastercard Asia Pacific Destinations Index 2019.

#coronavirus
#novelcoronavirus
#coronavirusOutbreak
#WuhanOutbreak

Sumber: FB Kementerian Kesihatan Malaysia