Sihat Milikku - Kementerian Kesihatan Malaysia @MyHEALTHKKM
49.1K subscribers
18K photos
1.82K videos
53 files
7.67K links
Saluran ini adalah untuk Bahagian Pendidikan Kesihatan, Kementerian Kesihatan Malaysia berkongsi maklumat pendidikan kesihatan dengan masyarakat.
加入频道
PROGRAM 10K LANGKAH CERIA@KPDN

PUTRAJAYA, 24 Julai 2024 – Hari ini, YBhg. Dato’ Zakaria bin Shaaban, Timbalan Ketua Setiausaha KPDN telah merasmikan Program 10K Langkah Ceria @KPDN 2024 sempena pelaksanaan agenda Nasional Malaysia Sihat (ANMS).

Majlis yang bermula pada jam lima petang ini merupakan siri kedua yang dianjurkan oleh Bahagian Khidmat pengurusan dan Kewangan (BKPK) pada bulan Julai ini. Seramai 175 orang anggota KPDN daripada pelbagai bahagian telah menyertai program yang bermula di Anjung Seri KPDN melalui Taman Wawasan Putrajaya sejauh tiga kilometer ini.

Antara empat teras kerangka ANMS ini ialah untuk memantapkan pembudayaan hidup sihat, memantapkan perkhidmatan kesejahteraan kesihatan, memperkasa kawalan kesihatan kendiri dan memantapkan kebersihan persekitaran.

Program riadah ini berakhir dengan sesi cabutan bertuah yang berjaya mendapat sambutan peserta yang hadir.

#KPDN
#ANMS
#10KLangkahCeria

Sumber: https://www.facebook.com/share/p/uBn9pLiX7bu9dTvk/?mibextid=oFDknk