Sihat Milikku - Kementerian Kesihatan Malaysia @MyHEALTHKKM
49.1K subscribers
18K photos
1.82K videos
53 files
7.68K links
Saluran ini adalah untuk Bahagian Pendidikan Kesihatan, Kementerian Kesihatan Malaysia berkongsi maklumat pendidikan kesihatan dengan masyarakat.
加入频道
SOP Persekolahan.

Dengarkan Erafm esok bersama Dr. Saidatul Norbaya Buang dari Bahagian Pembangunan Kesihatan Keluarga, KKM dalam slot Johara Pagi Era pada pukul 7.15 pagi.

#sihatmilikku
#walkthetalk
Denggi dan Vektor.

Dengarkan minnalfm bersama Puan Kalaivaani Adakalam dari Pejabat Kesihatan Daerah Klang, KKM pada esok pada pukul 9.30 pagi.

#cegahdenggi
#sihatmilikku
#walkthetalk
Pengesanan Kes Aktif COVID-19

1️⃣ Pengesanan kontak adalah prosedur untuk mengesan individu yang mempunyai kontak rapat kepada pesakit COVID-19.

2️⃣ Pengesanan kes secara aktif (ACD) pula bermaksud anggota kesihatan melaksanakan aktiviti mengesan kes di lapangan.

#COVID19
#KitaTeguhKitaMenang
#sihatmilikku
#walkthetalk
This media is not supported in your browser
VIEW IN TELEGRAM
Soal Jawab Netizen Edisi Medik Episod 6

Apa tindakan penguatkuasaan terhadap penjualan & pengiklanan ubat online?

Sumber: Program Perkhidmatan Farmasi KKM
Adakah anda salah seorang penghidap Hipertensi?

#SedapTakSemestinyaMasin
Pengoperasian Klinik Kesihatan Kuala Lumpur adalah berbeza dari sebelum ini mengikut norma-norma baru yang diperkenalkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia.

Amalkan "3W"
·························
#Wash : Kerap mencuci tangan dengan air dan sabun
#Wear : Pakai pelitup muka di tempat awam atau jika anda bergejala
#Warn : Amaran peringatan dan nasihat daripada Petugas Kesihatan

Elakkan "3C atau 3S"
····································
#Crowded Places / Tempat #Sesak
#Confined Spaces / Tempat Tertutup atau #Sempit
#Close Conversation / Bercakap Jarak Dekat atau #Sembang Secara Dekat

Kaunter Saringan Utama di lobi klinik akan membuat saringan bagi:

1) Mengesan risiko Covid-19
2) Pesakit mempunyai temujanji melalui aplikasi BookDoc atau Kad Rawatan

Hanya pesakit yang mempunyai temujanji atau kes kecemasan sahaja akan dibenarkan masuk untuk didaftarkan.

Pesakit yang mempunyai gejala demam, batuk dan sukar bernafas akan dirawat secara berasingan.

Perkhidmatan-perkhidmatan yang ditawarkan menerusi aplikasi BookDoc adalah :
1) Penyakit Akut
2) Pemeriksaan Kesihatan
3) Saringan Pra Perkahwinan
4) Xray
5) Makmal Darah
6) Rehabilitasi
7) Pergigian

Pesakit perlu patuhi masa temujanji kerana pendaftaran akan dibuat 30 minit sebelum masa temujanji.

Kami di KKKL sangat komited dalam memutuskan rantaian Covid-19. Unit Farmasi kami mempraktikkan sistem Value Added Service (VAS) bagi memudahkan pesakit mendapatkan ubat. Sistem tersebut adalah:
1) Ubat Melalui Pos(UMP)
2) Medibox
3) Kaunter Pandu Lalu

INGAT!
Hanya pesakit yang ada temujanji di Klinik Kesihatan Kuala Lumpur akan diberikan perkhidmatan kecuali kes kecemasan. Pastikan anda mendapatkan temujanji melalui aplikasi BookDoc.

Untuk pertanyaan lanjut, sila hubungi talian 03-26183200, Facebook rasmi Klinik Kesihatan Kuala Lumpur dan Instagram rasmi @klinikkesihatankl

Terima Kasih atas kerjasama anda
#Kitajagakita

Sumber: Klinik Kesihatan Kuala Lumpur
Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) ingin memaklumkan bahawa terdapat sembilan (9) kes yang telah pulih dan dibenarkan discaj pada hari ini. Jumlah kumulatif kes yang telah pulih sepenuhnya dari COVID-19 dan telah discaj daripada wad adalah sebanyak 8,186 kes (95.3 peratus daripada jumlah keseluruhan kes).

Sehingga 23 Jun 2020 pukul 12:00 tengah hari, terdapat tiga (3) kes baharu yang telah dilaporkan. Ini menjadikan jumlah kes positif COVID-19 di Malaysia adalah sebanyak 8,590 kes. Oleh itu, jumlah kes aktif dengan kebolehjangkitan COVID-19 adalah 283 kes. Mereka telah diasingkan dan diberi rawatan.

Ingin dimaklumkan bahawa semua kes baharu yang dilaporkan adalah kes penularan di dalam negara, iaitu dua (2) kes adalah bukan warganegara dan satu (1) kes adalah warganegara Malaysia. Tiada kes import yang mendapat jangkitan di luar negara dilaporkan hari ini.


https://kpkesihatan.com/2020/06/23/kenyataan-akhbar-kpk-23-jun-2020-situasi-semasa-jangkitan-penyakit-coronavirus-2019-covid-19-di-malaysia/
Kes positif mengikut negeri (setakat 23/06/2020, 12 pm)

Confirmed cases by state (as of 23/06/2020, 12 pm)

#COVID19
#KitaTeguhKitaMenang
#sihatmilikku
#walkthetalk
COVID-19 in Malaysia : Numbers at a Glance as of 23rd June 2020, 12 pm

#COVID19
#KitaTeguhKitaMenang
#sihatmilikku
#walkthetalk
Taburan kes COVID-19 mengikut perkembangan 14 hari mengikut daerah di Malaysia setakat 23 Jun 2020.

#COVID19
#KitaTeguhKitaMenang
#sihatmilikku
#walkthetalk
SEKOLAH AKAN MULA DIBUKA..APA PERSEDIAAN YANG PERLU?

Ibu Bapa disarankan menyediakan makanan dan minuman dari rumah untuk anak bagi mengurangkan pergerakan dan kesesakan di kantin

memastikan anak-anak mengambil sarapan yang sesuai sebelum hadir ke sekolah

Menasihati anak-anak agar tidak berkongsi makanan dan minuman dengan murid lain

**Rujukan Garis Panduan Pengurusan Pembukaan Semula Sekolah, Kementerian Pendidikan Malaysia

#bawabekalkesekolah
#Socialdistancing
#kitajagakita

Sumber: Bahagian Pemakanan, Kementerian Kesihatan Malaysia
Perkhidmatan Imunisasi Sekolah.

Dengarkan di asyikfm bersama Dr. Noorhairie Sumarlie Nordin dari Bahagian Pembangunan Kesihatan Keluarga, KKM esok pada pukul 11.30 pagi.

#sihatmilikku
#walkthetalk
Dalam fasa PKPP ni, ramai yang dah mula bekerja di pejabat dan masih ada yang bekerja dari rumah.

Jom ikuti FB Live Workout - Aerodance bersama Coach Aini dan Coach Arijan pada pukul 11.00 pagi nanti.

Pastikan anda aktifkan notifikasi FB bagi sesi live kami supaya tidak ketinggalan.

Kekal aktif di mana-mana sahaja!

#sihatmilikku
#kekalaktif
#kitajagakita
#walkthetalk
This media is not supported in your browser
VIEW IN TELEGRAM
VIDEO 1 - AMALAN PENJAGAAN KESIHATAN

Kami sediakan beberapa siri video amalan-amalan untuk diikuti bersama-sama mengikut Garis Panduan Pembukaan Semula Sekolah.

Sumber: Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM)

** Layari www.infosihat.gov.my untuk maklumat lanjut.
Perkhidmatan Imunisasi Sekolah

Saksikan rancangan Selamat Pagi Malaysia esok bersama Dr. Saidatul Norbaya Buang dari Bahagian Pembangunan Kesihatan Keluarga, KKM pada pukul 8.25 pagi di TV1.

#sihatmilikku
#walkthetalk
Trend pencarian maklumat rakyat Malaysia mengenai COVID-19.

👉 Mengenai virus
👉 Informasi terkini
👉 Kawasan terjejas
👉 Pencegahan dan rawatan

#COVID19
#KitaTeguhKitaMenang
#sihatmilikku
#walkthetalk