Sihat Milikku - Kementerian Kesihatan Malaysia @MyHEALTHKKM
49.1K subscribers
18K photos
1.82K videos
53 files
7.68K links
Saluran ini adalah untuk Bahagian Pendidikan Kesihatan, Kementerian Kesihatan Malaysia berkongsi maklumat pendidikan kesihatan dengan masyarakat.
加入频道
Pengoperasian Klinik Kesihatan Kuala Lumpur adalah berbeza dari sebelum ini mengikut norma-norma baru yang diperkenalkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia.

Amalkan "3W"
·························
#Wash : Kerap mencuci tangan dengan air dan sabun
#Wear : Pakai pelitup muka di tempat awam atau jika anda bergejala
#Warn : Amaran peringatan dan nasihat daripada Petugas Kesihatan

Elakkan "3C atau 3S"
····································
#Crowded Places / Tempat #Sesak
#Confined Spaces / Tempat Tertutup atau #Sempit
#Close Conversation / Bercakap Jarak Dekat atau #Sembang Secara Dekat

Kaunter Saringan Utama di lobi klinik akan membuat saringan bagi:

1) Mengesan risiko Covid-19
2) Pesakit mempunyai temujanji melalui aplikasi BookDoc atau Kad Rawatan

Hanya pesakit yang mempunyai temujanji atau kes kecemasan sahaja akan dibenarkan masuk untuk didaftarkan.

Pesakit yang mempunyai gejala demam, batuk dan sukar bernafas akan dirawat secara berasingan.

Perkhidmatan-perkhidmatan yang ditawarkan menerusi aplikasi BookDoc adalah :
1) Penyakit Akut
2) Pemeriksaan Kesihatan
3) Saringan Pra Perkahwinan
4) Xray
5) Makmal Darah
6) Rehabilitasi
7) Pergigian

Pesakit perlu patuhi masa temujanji kerana pendaftaran akan dibuat 30 minit sebelum masa temujanji.

Kami di KKKL sangat komited dalam memutuskan rantaian Covid-19. Unit Farmasi kami mempraktikkan sistem Value Added Service (VAS) bagi memudahkan pesakit mendapatkan ubat. Sistem tersebut adalah:
1) Ubat Melalui Pos(UMP)
2) Medibox
3) Kaunter Pandu Lalu

INGAT!
Hanya pesakit yang ada temujanji di Klinik Kesihatan Kuala Lumpur akan diberikan perkhidmatan kecuali kes kecemasan. Pastikan anda mendapatkan temujanji melalui aplikasi BookDoc.

Untuk pertanyaan lanjut, sila hubungi talian 03-26183200, Facebook rasmi Klinik Kesihatan Kuala Lumpur dan Instagram rasmi @klinikkesihatankl

Terima Kasih atas kerjasama anda
#Kitajagakita

Sumber: Klinik Kesihatan Kuala Lumpur