Sihat Milikku - Kementerian Kesihatan Malaysia @MyHEALTHKKM
49.1K subscribers
18K photos
1.82K videos
53 files
7.68K links
Saluran ini adalah untuk Bahagian Pendidikan Kesihatan, Kementerian Kesihatan Malaysia berkongsi maklumat pendidikan kesihatan dengan masyarakat.
加入频道
#10minit Hapuskan Aedes

Saksikan rancangan Selamat Pagi Malaysia esok pada pukul 8.10 pagi di TV1 bersama En. Azman Abdul Rashid dari Bahagian Pendidikan Kesihatan, KKM.

#10minit
#sihatmilikku
#walkthetalk
Keselamatan Makanan

Saksikan rancangan Mingguan Wanita esok pada pukul 12.00 tengah hari di astro prima bersama Puan Hasniza Hassan dari Bahagian Keselamatan dan Kualiti Makanan, KKM .

#sihatmilikku
#walkthetalk
This media is not supported in your browser
VIEW IN TELEGRAM
Soal Jawab Netizen Edisi Medik Episod 5

Ramai penjual online kata ubat mereka lulus KKM tapi, betul ke?

Sumber: Program Perkhidmatan Farmasi KKM
Kes positif mengikut negeri (setakat 22/06/2020, 12 pm)

Confirmed cases by state (as of 22/06/2020, 12 pm)

#COVID19
#KitaTeguhKitaMenang
#sihatmilikku
#walkthetalk
COVID-19 in Malaysia : Numbers at a Glance as of 22nd June 2020, 12 pm

#COVID19
#KitaTeguhKitaMenang
#sihatmilikku
#walkthetalk
Taburan kes COVID-19 mengikut perkembangan 14 hari mengikut daerah di Malaysia setakat 22 Jun 2020.

#COVID19
#KitaTeguhKitaMenang
#sihatmilikku
#walkthetalk
Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) ingin memaklumkan bahawa terdapat 21 kes yang telah pulih dan dibenarkan discaj pada hari ini. Jumlah kumulatif kes yang telah pulih sepenuhnya dari COVID-19 dan telah discaj daripada wad adalah sebanyak 8,177 kes (95.2 peratus daripada jumlah keseluruhan kes).

Sehingga 22 Jun 2020 pukul 12:00 tengah hari, terdapat 15 kes baharu yang telah dilaporkan. Ini menjadikan jumlah kes positif COVID-19 di Malaysia adalah sebanyak 8,587 kes. Oleh itu, jumlah kes aktif dengan kebolehjangkitan COVID-19 adalah 289 kes. Mereka telah diasingkan dan diberi rawatan.

Ingin dimaklumkan daripada kes baharu yang dilaporkan, dua (2) kes adalah kes import yang mendapat jangkitan di luar negara di mana mereka adalah warganegara Malaysia. Tiada kes penularan di dalam negara di kalangan warganegara. Kesemua 13 kes penularan di dalam negara adalah di kalangan bukan warganegara.

https://kpkesihatan.com/2020/06/22/kenyataan-akhbar-kpk-22-jun-2020-situasi-semasa-jangkitan-penyakit-coronavirus-2019-covid-19-di-malaysia/
SOP Persekolahan.

Dengarkan Erafm esok bersama Dr. Saidatul Norbaya Buang dari Bahagian Pembangunan Kesihatan Keluarga, KKM dalam slot Johara Pagi Era pada pukul 7.15 pagi.

#sihatmilikku
#walkthetalk
Denggi dan Vektor.

Dengarkan minnalfm bersama Puan Kalaivaani Adakalam dari Pejabat Kesihatan Daerah Klang, KKM pada esok pada pukul 9.30 pagi.

#cegahdenggi
#sihatmilikku
#walkthetalk
Pengesanan Kes Aktif COVID-19

1️⃣ Pengesanan kontak adalah prosedur untuk mengesan individu yang mempunyai kontak rapat kepada pesakit COVID-19.

2️⃣ Pengesanan kes secara aktif (ACD) pula bermaksud anggota kesihatan melaksanakan aktiviti mengesan kes di lapangan.

#COVID19
#KitaTeguhKitaMenang
#sihatmilikku
#walkthetalk
This media is not supported in your browser
VIEW IN TELEGRAM
Soal Jawab Netizen Edisi Medik Episod 6

Apa tindakan penguatkuasaan terhadap penjualan & pengiklanan ubat online?

Sumber: Program Perkhidmatan Farmasi KKM
Adakah anda salah seorang penghidap Hipertensi?

#SedapTakSemestinyaMasin
Pengoperasian Klinik Kesihatan Kuala Lumpur adalah berbeza dari sebelum ini mengikut norma-norma baru yang diperkenalkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia.

Amalkan "3W"
·························
#Wash : Kerap mencuci tangan dengan air dan sabun
#Wear : Pakai pelitup muka di tempat awam atau jika anda bergejala
#Warn : Amaran peringatan dan nasihat daripada Petugas Kesihatan

Elakkan "3C atau 3S"
····································
#Crowded Places / Tempat #Sesak
#Confined Spaces / Tempat Tertutup atau #Sempit
#Close Conversation / Bercakap Jarak Dekat atau #Sembang Secara Dekat

Kaunter Saringan Utama di lobi klinik akan membuat saringan bagi:

1) Mengesan risiko Covid-19
2) Pesakit mempunyai temujanji melalui aplikasi BookDoc atau Kad Rawatan

Hanya pesakit yang mempunyai temujanji atau kes kecemasan sahaja akan dibenarkan masuk untuk didaftarkan.

Pesakit yang mempunyai gejala demam, batuk dan sukar bernafas akan dirawat secara berasingan.

Perkhidmatan-perkhidmatan yang ditawarkan menerusi aplikasi BookDoc adalah :
1) Penyakit Akut
2) Pemeriksaan Kesihatan
3) Saringan Pra Perkahwinan
4) Xray
5) Makmal Darah
6) Rehabilitasi
7) Pergigian

Pesakit perlu patuhi masa temujanji kerana pendaftaran akan dibuat 30 minit sebelum masa temujanji.

Kami di KKKL sangat komited dalam memutuskan rantaian Covid-19. Unit Farmasi kami mempraktikkan sistem Value Added Service (VAS) bagi memudahkan pesakit mendapatkan ubat. Sistem tersebut adalah:
1) Ubat Melalui Pos(UMP)
2) Medibox
3) Kaunter Pandu Lalu

INGAT!
Hanya pesakit yang ada temujanji di Klinik Kesihatan Kuala Lumpur akan diberikan perkhidmatan kecuali kes kecemasan. Pastikan anda mendapatkan temujanji melalui aplikasi BookDoc.

Untuk pertanyaan lanjut, sila hubungi talian 03-26183200, Facebook rasmi Klinik Kesihatan Kuala Lumpur dan Instagram rasmi @klinikkesihatankl

Terima Kasih atas kerjasama anda
#Kitajagakita

Sumber: Klinik Kesihatan Kuala Lumpur
Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) ingin memaklumkan bahawa terdapat sembilan (9) kes yang telah pulih dan dibenarkan discaj pada hari ini. Jumlah kumulatif kes yang telah pulih sepenuhnya dari COVID-19 dan telah discaj daripada wad adalah sebanyak 8,186 kes (95.3 peratus daripada jumlah keseluruhan kes).

Sehingga 23 Jun 2020 pukul 12:00 tengah hari, terdapat tiga (3) kes baharu yang telah dilaporkan. Ini menjadikan jumlah kes positif COVID-19 di Malaysia adalah sebanyak 8,590 kes. Oleh itu, jumlah kes aktif dengan kebolehjangkitan COVID-19 adalah 283 kes. Mereka telah diasingkan dan diberi rawatan.

Ingin dimaklumkan bahawa semua kes baharu yang dilaporkan adalah kes penularan di dalam negara, iaitu dua (2) kes adalah bukan warganegara dan satu (1) kes adalah warganegara Malaysia. Tiada kes import yang mendapat jangkitan di luar negara dilaporkan hari ini.


https://kpkesihatan.com/2020/06/23/kenyataan-akhbar-kpk-23-jun-2020-situasi-semasa-jangkitan-penyakit-coronavirus-2019-covid-19-di-malaysia/