Sihat Milikku - Kementerian Kesihatan Malaysia @MyHEALTHKKM
49.1K subscribers
18K photos
1.82K videos
53 files
7.67K links
Saluran ini adalah untuk Bahagian Pendidikan Kesihatan, Kementerian Kesihatan Malaysia berkongsi maklumat pendidikan kesihatan dengan masyarakat.
加入频道
Kenyataan Media Kementerian Kesihatan Malaysia

Makluman Produk Kosmetik Yang Dikesan Mengandungi Racun Berjadual
Masalah pendengaran👂🏻 yang disebabkan bunyi bising berlaku setelah kita terdedah pada bunyi bising 🔊 pada jangka masa dan tahap bunyi berlebihan.

⚠️ Jika anda mengalami tanda-tanda masalah pendengaran, sila dapatkan khidmat nasihat daripada pegawai audiologi atau doktor bertauliah.
Kepentingan Perlindungan Kulit Di Musim Panas

Saksikan dalam rancangan Malaysia Hari Ini esok di TV3
Tarikh : 23 April 2024 (Selasa)
Masa : 9.30 pagi

Panel :
Dr. Moonyza Akmal binti Ahmad Kamil
Pakar Perunding Dermatologi
Jabatan Dermatologi, Hospital Kuala Lumpur

#ANMS #sihatmilikku
Amalan pemakanan sihat 🥗 adalah penting untuk kesihatan diri.

Pengambilan makanan seharian juga bergantung kepada kesesuaian individu mengikut perubahan usia.

Perubahan fisiologi 👴🏻👵🏻merupakan salah satu faktor yang boleh mempengaruhi corak pemakanan anda apabila semakin menginjak usia. Sebagai contoh, keupayaan untuk mengunyah dan sistem penghadaman yang semakin berkurang akan menyebabkan nutrien daripada makanan tidak dapat diserap sepenuhnya oleh tubuh badan. Oleh itu, sedikit pengubahsuaian tekstur semasa penyediaan makanan 🍚 dapat membantu anda untuk menikmati makanan seterusnya mendapat nutrien secara optimum.

Selain itu, anda hendaklah mengambil makanan daripada pelbagai sumber iaitu 🍊🍎 buah-buahan, 🥦🥬🥕sayur-sayuran, karbohidrat, protein serta lemak seperti yang telah disarankan oleh Piramid Makanan Malaysia 2020. Hal ini kerana setiap makanan memberi khasiat yang berbeza untuk setiap fungsi tubuh badan anda.

‼️Jangan lupa untuk mengambil air kosong 🥛sekurang-kurangnya 8️⃣ gelas sehari bagi membantu meningkatkan proses metabolisme dalam badan anda.
Secara umumnya, penyakit imunodefisiensi primer tiada penawar namun kebanyakan masalah yang berpunca daripada penyakit ini ada jalan penyelesaiannya.

Jom baca buku ini di https://bit.ly/3Utnpw7 dan ketahui cadangan yang berguna bagi pesakit mengharungi hidup yang lebih baik.

#ANMS #sihatmilikku
Bebas Malaria untuk Semua

Sertai TikTok Live di www.tiktok.com/@myhealthkkm pada pukul 3.00 hingga 4.00 petang esok bersama Dr. Mohd Hafizi bin Abdul Hamid, Ketua Penolong Pengarah Kanan dari Bahagian Kawalan Penyakit, KKM.

#ANMS #sihatmilikku

Sumber:
Bahagian Pendidikan Kesihatan, KKM
t.me/sihatmilikbersama
Telur nyamuk hanya mengambil masa 7 hari untuk bertukar menjadi nyamuk dewasa.

Aedes membunuh! Musnahkan tempat pembiakan nyamuk Aedes.

#ANMS #OneHourMalaysiaCleanUp #TiadaAedesTiadaDenggi #JomKitarSemula #sihatmilikku

Sumber:
Bahagian Pendidikan Kesihatan, KKM
t.me/sihatmilikbersama
Bebas Malaria untuk Semua

Jangan Lupa sertai TikTok Live di www.tiktok.com/@myhealthkkm pada pukul 3.00 hingga 4.00 petang bersama Dr. Mohd Hafizi bin Abdul Hamid, Ketua Penolong Pengarah Kanan dari Bahagian Kawalan Penyakit, KKM.

#ANMS #sihatmilikku

Sumber:
Bahagian Pendidikan Kesihatan, KKM
t.me/sihatmilikbersama
3 hari lagi menjelang One Hour Malaysia Clean Up.

Tarikh : 27 April 2024 (Sabtu)

Laksanakan aktiviti kebersihan persekitaran & kitar semula selama 1 jam di kawasan anda.

#ANMS #OneHourMalaysiaCleanUp #TiadaAedesTiadaDenggi #JomKitarSemula #sihatmilikku

Sumber:
Bahagian Pendidikan Kesihatan, KKM
t.me/sihatmilikbersama
Hari Malaria Sedunia disambut pada 25 April setiap tahun bagi mengiktiraf usaha-usaha global dalam mengawal Malaria.

Tema pada tahun ini adalah 'Memperkasa Kesaksamaan Kesihatan Sejagat Dalam Memerangi Malaria'.

#ANMS #healthequitymalaria #sihatmilikku

Sumber:
Bahagian Pendidikan Kesihatan, KKM
t.me/sihatmilikbersama
Malaysia berjaya mencapai SIFAR kes Malaria manusia jangkitan tempatan untuk enam tahun berturut-turut bermula tahun 2018 hingga 2023.

Walau bagaimanapun, negara masih terdedah kepada risiko jangkitan Malaria manusia kerana terdapat kes Malaria import daripada negara endemik Malaria.

#ANMS #healthequitymalaria #sihatmilikku

Sumber:
Bahagian Pendidikan Kesihatan, KKM
t.me/sihatmilikbersama
2 hari lagi menjelang One Hour Malaysia Clean Up.

Tarikh : 27 April 2024 (Sabtu)

Laksanakan aktiviti kebersihan persekitaran & kitar semula selama 1 jam di kawasan anda.

#ANMS #OneHourMalaysiaCleanUp #TiadaAedesTiadaDenggi #JomKitarSemula #sihatmilikku

Sumber:
Bahagian Pendidikan Kesihatan, KKM
t.me/sihatmilikbersama
Hampir 249 juta manusia dijangkiti Malaria setiap tahun diseluruh dunia.

Pertubuhan Kesihatan Sedunia telah mensasarkan penurunan 90% kes Malaria global menjelang tahun 2030.

#ANMS #healthequitymalaria #sihatmilikku

Sumber:
Bahagian Pendidikan Kesihatan, KKM
t.me/sihatmilikbersama
Terdapat dua jenis penyakit Malaria di Malaysia iaitu Malaria Manusia dan Malaria Zoonotik.

#ANMS #healthequitymalaria #sihatmilikku

Sumber:
Bahagian Pendidikan Kesihatan, KKM
t.me/sihatmilikbersama
Golongan berisiko mendapat jangkitan Malaria

Penduduk kawasan pedalaman berhampiran hutan
Pelancong yang menjalankan aktiviti rekreasi di hutan
Pekerja di sektor perladangan, pembalakan dan penerokaan tanah
Warganegara yang mengunjungi negara endemik Malaria

#ANMS #healthequitymalaria #sihatmilikku

Sumber:
Bahagian Pendidikan Kesihatan, KKM
t.me/sihatmilikbersama