Sihat Milikku - Kementerian Kesihatan Malaysia @MyHEALTHKKM
49.1K subscribers
18K photos
1.82K videos
53 files
7.67K links
Saluran ini adalah untuk Bahagian Pendidikan Kesihatan, Kementerian Kesihatan Malaysia berkongsi maklumat pendidikan kesihatan dengan masyarakat.
加入频道
This media is not supported in your browser
VIEW IN TELEGRAM
Anda berazam untuk kurangkan atau elakkan pengambilan air manis di bulan Ramadan?

Elak kunjungi gerai air manis
Ingatkan diri tentang bahaya gula berlebihan
Sediakan air kosong mengikut kesukaan
Kuatkan azam dan yakin anda boleh lakukannya!

#ANMS #sihatmilikku
KKM menasihatkan agar semua pihak mengambil langkah berjaga-jaga dengan memastikan tahap hidrasi yang mencukupi dan mengurangkan aktiviti fizikal lasak dan lain-lain aktiviti di luar rumah pada musim cuaca panas sekarang.

Orang awam boleh mendapatkan maklumat terkini status cuaca panas di laman sesawang MetMalaysia (https://www.met.gov.my/iklim/status-cuaca-panas/) dan langkah-langkah pencegahan bagi mengurangkan kesan kesihatan akibat cuaca panas di laman sesawang KKM (http://www.myhealth.gov.my/cuaca-panas-a-kesihatan).
Pesanan PKKM kepada semua sempena Ramadan 🕌🌙

Bulan Ramadan ni mesti ramai yang suka makan ikan bakar 🐟, ayam bakar 🍗atau kambing bakarkan 🐐

Tahukah anda bahawa makanan tersebut sering dikaitkan mengandungi PAH kerana ia mempunyai tinggi kandungan lemak 🤨

Pengguna dicadangkan:
Memilih makanan yang kurang berlemak
Elakkan makanan yang dimasak secara langsung dengan nyalaan api 🔥semasa memanggang atau membakar
Memasak pada suhu yang rendah dengan tempoh yang panjang

Sumber: Bahagian Keselamatan dan Kualiti Makanan, KKM
Ops Ramadan : Pastikan Makanan Bersih dan Selamat

Saksikan sekarang di https://www.tiktok.com/@myhealthkkm/live
Kenyataan Media Kementerian Kesihatan Malaysia

Hasil Siasatan Aduan Tular Kain Di Dalam Martabak
Media is too big
VIEW IN TELEGRAM
Keputusan untuk berhenti merokok atau vaping sememangnya memerlukan kekuatan mental dan fizikal namun tidak mustahil untuk berhenti merokok.

Jom berhenti merokok atau vaping bermula 1 Ramadan.

Atasi cabaran berhenti merokok dengan mengamalkan 12M.

#ramadankekalsihatcergas #berhentimerokoktingkatkanimunitibadan #ANMS #sihatmilikku

Sumber:
Bahagian Pendidikan Kesihatan, KKM
t.me/sihatmilikbersama
Awas, Cuaca Panas!

Jangan dedahkan diri kepada cuaca panas dalam tempoh yang lama. Anda berisiko mengalami kelesuan haba dan strok haba.

Segera dapatkan rawatan di fasiliti kesihatan jika tidak sihat.

#ANMS #sihatmilikku

Sumber:
Bahagian Pendidikan Kesihatan, KKM
t.me/sihatmilikbersama
SpeakOut bertujuan untuk memperkasakan individu untuk berbicara atau menyuarakan pendapat mereka tentang suatu masalah atau isu tertentu. Jadi pada 28 Mac 2024 ini, Pegawai Pendidikan Kesihatan, Dr Md Sabtuah dan Naib YDP Majlis Belia, Muhammad Afiq Danial akan mengupas isu isu di Bulan Ramadan dan mampu tak kita berani dalam bersuara untuk mempertahankan hak kita sendiri. Jom saksikan!

📆 28 Mac 2024 (Khamis)
11:00 Pagi
▶️ https://www.facebook.com/WellnessHubBatuPahat

Sumber : Wellness Hub Batu Pahat
Bersenam pada waktu malam telah menjadi aktiviti yang tidak asing bagi banyak individu.

Adakah sesuai kita bersenam pada waktu malam?

Ikut panduan yang disarankan sekiranya ingin bersenam pada waktu malam.

* Ini adalah petikan daripada e-Majalah MyHEALTH Edisi Mac 2024. Klik https://shorturl.at/stQVY untuk edisi penuh.

#ANMS #sihatmilikku

Sumber:
Bahagian Pendidikan Kesihatan, KKM
t.me/sihatmilikbersama
Media is too big
VIEW IN TELEGRAM
Jadikan budaya hidup sihat sebagai misi utama kita ke arah kehidupan yang lebih sejahtera.

“Kita Ada Misi”

#ANMS #sihatmilikku

Sumber:
Bahagian Pendidikan Kesihatan, KKM
t.me/sihatmilikbersama
Jadikan setiap langkah anda penuh keseronokan.

Sambil berjalan, anda boleh

🎧 Mendengar muzik / podcast
🌲 Nikmati alam semula jadi
🚶‍♀️🚶 Berjalan bersama rakan / orang tersayang
🎁 Beri ganjaran kepada diri sendiri apabila berjaya mencapai matlamat dalam aktiviti berjalan
📈 Pantau prestasi berjalan secara berkala

Jangan biarkan aktiviti berjalan menjadi rutin yang membosankan. Selamat berjalan!

* Ini adalah petikan daripada e-Majalah MyHEALTH Edisi Mac 2024. Klik https://shorturl.at/stQVY untuk edisi penuh.

#ANMS #sihatmilikku

Sumber:
Bahagian Pendidikan Kesihatan, KKM
t.me/sihatmilikbersama
1 hari lagi menjelang One Hour Malaysia Clean Up.

Tarikh : 30 Mac 2024 (Sabtu)

Laksanakan aktiviti kebersihan persekitaran & kitar semula selama 1 jam di kawasan anda.

#ANMS #OneHourMalaysiaCleanUp #TiadaAedesTiadaDenggi #JomKitarSemula #sihatmilikku

Sumber:
Bahagian Pendidikan Kesihatan, KKM
t.me/sihatmilikbersama
Tidak semua pesakit diabetes sesuai untuk berpuasa pada bulan Ramadan. Ini kerana, puasa bagi pesakit diabetes berkemungkinan boleh menjejaskan paras gula darah mereka menjadi tidak terkawal.

Antara simptom gula dalam darah rendah adalah menggigil, sakit kepala, pening, kerap berpeluh, degupan jantung pantas dan warna kulit pucat.💆🏻‍♀️

Namun, bagi mereka yang ingin berpuasa, sila lihat tip berpuasa untuk pesakit diabetes ini bagi mengelakkan gula dalam darah dari menjadi tidak terkawal.
7 MANFAAT BERPUASA KEPADA KESIHATAN

Amalan berpuasa banyak mendatangkan kebaikan dan manfaat kepada kesihatan apabila dilakukan dengan betul. Selain menahan diri dari lapar dan dahaga, berpuasa juga memberi kesan baik kepada tubuh dari segi fizikal iaitu dengan memulihkan fungsi tubuh.

Puasa dapat merangsang beberapa perubahan yang melibatkan metabolisme badan dan perubahan ini membantu ke arah pembersihan dan pembaikan dalam badan. Ketika berpuasa organ-organ dapat berehat dan kerehatan ini membantu badan membuang segala kotoran serta toksin di samping memperbaiki sel-sel (Adventures in Therapeutic Fasting, Dr. Lonny J. Brown (Ph.D) )

Jom manfaatkan bulan Ramadan ini dengan berpuasa untuk meningkatkan kesihatan kita. Jangan lupa untuk mengamalkan pemakanan sihat, seimbang dan sederhana ketika berbuka dan bersahur agar kita dapat menikmati kebaikan puasa sepenuhnya.

Sumber : Nutritionist KKM
Meskipun sedang berpuasa, kita perlu pastikan persekitaran kita bebas daripada tempat pembiakan nyamuk Aedes.

Jom laksanakan aktiviti kebersihan persekitaran dan kitar semula selama 1 Jam di kawasan anda.

Jangan lupa untuk post di facebook masing-masing, tag fb myhealthkkm & fb cari dan musnah dan masukkan hashtag #OneHourMalaysiaCleanUp #TiadaAedesTiadaDenggi #JomKitarSemula

#ANMS #KekalSihat #OneHourMalaysiaCleanUp #TiadaAedesTiadaDenggi #JomKitarSemula #sihatmilikku
Elak jangkitan Demam Tifoid di Bulan Ramadan dengan memastikan perkara-perkara berikut :

Pengendali dan pengusaha makanan WAJIB mendapat suntikan vaksin tifoid sekurang-kurangnya 2 minggu sebelum mula berniaga dan WAJIB menjalani Kursus Pengendalian Makanan daripada institusi yang diluluskan oleh KKM.

Orang awam pula pilihlah gerai yang bersih, elakkan memilih makanan yang terdedah, beli hanya daripada peniaga memaparkan lesen pengendalian makanan dan pastikan peniaga telah mengambil suntikan vaksin tifoid.

* Ini adalah petikan daripada e-Majalah MyHEALTH Edisi Mac 2024. Klik https://shorturl.at/stQVY untuk edisi penuh.

#ANMS #sihatmilikku

Sumber:
Bahagian Pendidikan Kesihatan, KKM
t.me/sihatmilikbersama