Sihat Milikku - Kementerian Kesihatan Malaysia @MyHEALTHKKM
49.1K subscribers
18K photos
1.82K videos
53 files
7.67K links
Saluran ini adalah untuk Bahagian Pendidikan Kesihatan, Kementerian Kesihatan Malaysia berkongsi maklumat pendidikan kesihatan dengan masyarakat.
加入频道
Kenyataan Media Kementerian Kesihatan Malaysia

Nasihat Keselamatan Makanan Sempena Bulan Ramadan Al-Mubarak
This media is not supported in your browser
VIEW IN TELEGRAM
Kekal aktif di Bulan Ramadan

Tidur sepanjang hari
Layan drama tak ingat dunia
Layan gajet sepanjang hari
Lakukan kerja rumah untuk kekal aktif
Senaman ringan sebelum bersahur
Senaman sederhana sebelum berbuka puasa
Riadah santai selepas tarawih

Mencari keberkatan dalam Ramadan namun kekalkan kecergasan dalam senaman.

#ANMS #kekalaktif #sihatmilikku

Sumber:
Bahagian Pendidikan Kesihatan, KKM
t.me/sihatmilikbersama
Selamat menyambut Ramadan Al-Mubarak.
𝑩𝒆𝒓𝒑𝒖𝒂𝒔𝒂 𝒅𝒂𝒏 𝑷𝒆𝒏𝒈𝒂𝒎𝒃𝒊𝒍𝒂𝒏 𝑼𝒃𝒂𝒕-𝑼𝒃𝒂𝒕𝒂𝒏 💊

Semasa bulan Ramadan, seorang Muslim perlu menahan diri daripada mengambil sebarang makanan atau minuman, termasuk ubat-ubatan dari terbit fajar sehingga terbenam matahari.

Namun demikian, mengikut pandangan agama dan perubatan secara khususnya, dalam kes di mana seseorang itu sakit dan tidak mampu berpuasa, maka, tidak wajib berpuasa ke atasnya dan dikehendaki untuk menggantikan puasa yang tertinggal itu di kemudian hari.

Walau bagaimanapun, bagi pesakit yang ingin berpuasa, dinasihatkan untuk berjumpa doktor dan ahli farmasi terlebih dahulu supaya penerangan dan kaunseling tentang ubat-ubatan dapat diberikan.

#kenaliubatanda
#knowyourmedicines
#qualityuseofmedicines

Sumber: Program Perkhidmatan Farmasi KKM
Ur-in(e) Charge - Cakna Buah Pinggang

Sertai TikTok Live di www.tiktok.com/@myhealthkkm pada pukul 2.30 hingga 3.30 petang esok bersama Dr. B. Sunita a/p V. Bavanandan, Pakar Nefrologi dari Hospital Kuala Lumpur.

#ANMS #sihatmilikku

Sumber:
Bahagian Pendidikan Kesihatan, KKM
t.me/sihatmilikbersama
Syoknya dapat iftar di padang / tempat awam.

Selepas berbuka puasa pastikan buang sampah di tempat yang disediakan.

Ingat! Sampah merupakan salah satu tempat pembiakan Aedes.

#ANMS #OneHourMalaysiaCleanUp #TiadaAedesTiadaDenggi #JomKitarSemula #sihatmilikku

Sumber:
Bahagian Pendidikan Kesihatan, KKM
t.me/sihatmilikbersama
Kurma adalah sangat digalakkan diambil ketika bersahur dan berbuka.

Dikongsikan khasiat dan kebaikan kurma untuk tubuh badan.

Selamat menjalani ibadah puasa.
Bulan Ramadan telah tiba.

Adakah anda mengelak untuk mendapatkan pemeriksaan dan rawatan pergigian pada bulan Ramadan?

Ikuti risalah berikut untuk mengetahui adakah amalan pergigian membatalkan puasa dan cara penjagaan kesihatan pergigian kendiri sepanjang bulan Ramadan ini.

Sumber: Program Kesihatan Pergigian KKM
Ur-in(e) Charge - Cakna Buah Pinggang

Jangan lupa sertai TikTok Live di www.tiktok.com/@myhealthkkm pada pukul 2.30 hingga 3.30 petang bersama Dr. B. Sunita a/p V. Bavanandan, Pakar Nefrologi dari Hospital Kuala Lumpur.

#ANMS #sihatmilikku

Sumber:
Bahagian Pendidikan Kesihatan, KKM
t.me/sihatmilikbersama
Selamat kembali ke sekolah adik-adik.

Jom kita sama-sama amalkan cara hidup sihat sepanjang bulan ramadan ini dengan minum air kosong secukupnya dan makan buah dan sayur ketika berbuka dan bersahur.

#ANMS
#HePiLI

Sumber:
Bahagian Pendidikan Kesihatan, KKM
t.me/sihatmilikbersama
Ur-in(e) Charge - Cakna Buah Pinggang

Saksikan sekarang di https://www.tiktok.com/@myhealthkkm/live

Sumber:
Bahagian Pendidikan Kesihatan, KKM
t.me/sihatmilikbersama
Utamakan makanan berbanding rokok.

Pilih makanan yang sihat sebagai juadah berbuka puasa; rokok atau vape bukanlah pilihan bijak. Tapi, jangan membazir tau!

#ramadankekalsihatcergas #BerhentiMerokokTingkatkanImuniti #ANMS #sihatmilikku

Sumber:
Bahagian Pendidikan Kesihatan, KKM
t.me/sihatmilikbersama
Nyamuk Aedes juga ada di bazar Ramadan.

Lindungi diri dengan memakai baju lengan panjang dan seluar panjang berwarna cerah serta gunakan repelan pada bahagian badan yang terdedah dengan gigitan nyamuk.

#ANMS #OneHourMalaysiaCleanUp #TiadaAedesTiadaDenggi #JomKitarSemula #sihatmilikku

Sumber:
Bahagian Pendidikan Kesihatan, KKM
t.me/sihatmilikbersama
Bersenam dengan lebih sihat di Bulan Ramadan.

Kekalkan intensiti mengikut kemampuan tubuh
Lakukan senaman sekurang-kurangnya 30 minit sebelum berbuka
Minum air secukupnya
Dapatkan tidur yang cukup dan berkualiti

#ANMS #KekalAktif #sihatmilikku

Sumber:
Bahagian Pendidikan Kesihatan, KKM
t.me/sihatmilikbersama
Tahukah Anda?

Selain berus gigi, flos pergigian sangat berkesan untuk mengeluarkan sisa makanan dan plak gigi yang melekat di antara celah gigi yang tidak dapat dibersihkan ketika memberus gigi.

Berapa kerap anda perlu menggunakan flos dan bagaimana pula cara untuk menggunakannya dengan betul?

Sila imbas kod QR yang tertera dalam poster ini untuk maklumat lanjut.

Sumber: Program Kesihatan Pergigian KKM