Sihat Milikku - Kementerian Kesihatan Malaysia @MyHEALTHKKM
49.1K subscribers
18K photos
1.81K videos
53 files
7.67K links
Saluran ini adalah untuk Bahagian Pendidikan Kesihatan, Kementerian Kesihatan Malaysia berkongsi maklumat pendidikan kesihatan dengan masyarakat.
加入频道
Sumber utama serat adalah buah-buahan, sayur-sayuran, bijirin penuh (whole grain) dan kekacang.

Serat memainkan peranan penting seperti dikongsikan.

Jadi, jangan lupa ambil serat dalam menu diet anda.
Kenyataan Media Kementerian Kesihatan Malaysia

Situasi Jangkitan Anjing Yang Disahkan Positif Rabies Di Kuching Sarawak
Kepekaan Masyarakat Terhadap Kecemasan di Jalan Raya

Saksikan dalam rancangan Malaysia Hari Ini pada pukul 9.30 pagi bersama Dr. Khairul Nizam Hassan, Ketua Jabatan Kecemasan dan Trauma dari Hospital Putrajaya, En. Mohd Faris Abdul Rashid, Penolong Pegawai Perubatan dari Bahagian Amalan Perubatan dan En. Mohd Rithauddin Shaari, Pemandu dari Hospital Putrajaya.

#ANMS #sihatmilikku
Perkataan 'ditidurkan' menjadi ketakutan ramai sejak kebelakangan ini. Tanggapan ini hanyalah salah faham yang wajar dibetulkan agar informasi tidak tepat dapat dibendung penyebarannya.

Orang ramai dinasihatkan untuk menyemak kesahihan video yang ditularkan agar ianya tidak menyebabkan kebimbangan atau kekeliruan dalam kalangan masyarakat. Maklumat sahih hanya boleh diperolehi daripada Kementerian Kesihatan Malaysia.
👥Ramai ibu bapa tidak sedar makanan manis ini boleh membuatkan kanak-kanak ketagih kepada gula.

📢Salah faham dan kurangnya kesedaran ibu bapa mengenai kepentingan kawalan pengambilan gula sejak kecil, boleh menyebabkan gigi rosak dan obesiti akibat makanan dan minuman manis yang tidak terkawal.
Media is too big
VIEW IN TELEGRAM
Cuba capai 10,000 langkah sehari untuk kekal sihat.

Lakukan x-break setelah duduk selama 2 jam.

#ANMS #sihatmilikku

Sumber:
Bahagian Pendidikan Kesihatan, KKM
t.me/sihatmilikbersama
Mulakan rutin saringan kesihatan anda sekarang sekiranya anda berumur 18 tahun dan ke atas.

Saring awal, cegah awal, hidup sihat dan capai segala impian.

#ANMS #sihatmilikku

Sumber:
Bahagian Pendidikan Kesihatan, KKM
t.me/sihatmilikbersama
Kehidupan Baru Tanpa Dialisis

Sertai TikTok Live di www.tiktok.com/@myhealthkkm pada pukul 3.00 hingga 4.00 petang esok bersama Dr. Wan Mohd Rasis bin Wan Ahmad Kamil, Pakar Nefrologi dari Hospital Kuala Lumpur.

#ANMS #sihatmilikku
Saksikan di FB Live Sembang Sihat Milik Selangor jam 10.00 pagi esok membincangkan topik berkaitan Makanan Selamat, Bisnes Mantap: Cakna Mesti, Bess & Homebased bersama Pn. Nur Farhana Saadon, Pegawai Teknologi Makanan JKNS
Berdasarkan statistik Pusat Racun Negara, sebanyak 100 kes keracunan yang disebabkan oleh rokok elektronik atau vape telah dilaporkan sejak 2015 hingga Ogos 2023. 69 KES MELIBATKAN KANAK-KANAK.

SpeakOut , jika bimbang anak-anak kita terdedah kepada asap rokok/vape dengan menegur perokok atau penghisap rokok elektronik/vape.

#ANMS #speakout #sihatmilikku
This media is not supported in your browser
VIEW IN TELEGRAM
Senaman membuatkan lebih banyak tisu otot dan gula simpanan digunakan seterusnya menjadikan kawalan gula lebih baik.

Dengan bersenam, pesakit diabetes dapat mengurangkan kadar gula, mengurangkan risiko penyakit kardiovaskular, mengurangkan berat badan dan mengurangkan dos-dos ubatan.

Jadualkan sesi senaman anda. Lakukan semua jenis senaman seperti aerobik, senaman bebanan dan fleksibiliti.

#ANMS #sihatmilikku

Sumber:
Bahagian Pendidikan Kesihatan, KKM
t.me/sihatmilikbersama
Kehidupan Baru Tanpa Dialisis

Jangan lupa sertai TikTok Live di www.tiktok.com/@myhealthkkm pada pukul 3.00 hingga 4.00 petang bersama Dr. Wan Mohd Rasis bin Wan Ahmad Kamil, Pakar Nefrologi dari Hospital Kuala Lumpur.

#ANMS #sihatmilikku
⚠️Orang awam yang berhasrat untuk mendapatkan rawatan kecantikan estetik dinasihatkan:

1️⃣Mendapatkan rawatan di hospital atau klinik yang berdaftar atau berlesen bawah Akta Kemudahan dan Perkhidmatan Jagaan Kesihatan Swasta 1998 [Akta 586].

2️⃣Melalui khidmat pengamal perubatan berdaftar yang mempunyai "Letter of Credentialing and Privileging (LCP)"
Bagi memastikan perkhidmatan jagaan kesihatan diterima selamat dan berkualiti.

3️⃣ Semak senarai premis berdaftar atau berlesen melalui pautan https://medicalprac.moh.gov.my

4️⃣Semak senarai pengamal perubatan berdaftar dengan LCP melalui pautan https://www.moh.gov.my/index.php/pages/view/2118

Prosedur-prosedur ini berpotensi untuk menyebabkan komplikasi kesihatan, kecacatan dan kematian kepada pelanggan 𝐣𝐢𝐤𝐚 𝐝𝐢𝐤𝐞𝐧𝐝𝐚𝐥𝐢𝐤𝐚𝐧 𝐈𝐍𝐃𝐈𝐕𝐈𝐃𝐔 𝐓𝐈𝐃𝐀𝐊 𝐁𝐄𝐑𝐓𝐀𝐔𝐋𝐈𝐀𝐇.
Tahun Baharu Berat Baharu?

Dengarkan di zayanfm pada pukul 9.00 pagi esok bersama Dr. Mohamad 'Ariff Fahmi bin Ahmad Zawawi, Pakar Perubatan Keluarga dari Klinik Kesihatan Seksyen 19 Shah Alam.

#ANMS #sihatmilikku
Mulakan rutin saringan kesihatan anda sekiranya anda berumur 18 tahun dan ke atas.

Saring awal, cegah awal, hidup sihat dan capai segala impian!

#ANMS #sihatmilikku

Sumber:
Bahagian Pendidikan Kesihatan, KKM
t.me/sihatmilikbersama
This media is not supported in your browser
VIEW IN TELEGRAM
Penjagaan kesihatan mental semasa banjir.

Bencana seperti banjir boleh menyebabkan gangguan mental akut yang memberi kesan emosi dan kesihatan mental pada individu yang terlibat.

Kenalpasti jika anda mengalami stres.

Hubungi talian HEAL 15555 KKM untuk mendapatkan sokongan emosi dan khidmat kaunseling.

#ANMS #KekalSihat #sihatmilikku

Sumber:
Bahagian Pendidikan Kesihatan, KKM
t.me/sihatmilikbersama
🩻Slipped disc pada tulang belakang adalah salah satu diagnosa lazim dalam kalangan pesakit sakit tulang belakang.

Antara punca-punca slipped disc adalah proses penuaan pada cakera tulang belakang, faktor mekanikal dan trauma.

Selalunya pesakit akan mengadu sakit belakang dan jika ia teruk pesakit akan mengadu kebas pada bahagian kaki. Malah kaki juga boleh menjadi lemah ataupun lumpuh jika keadaan slipped disc tersebut semakin teruk.

📢Orang ramai dinasihatkan supaya mengambil langkah-langkah mencegah slipped disc seperti yang dikongsikan.