Sihat Milikku - Kementerian Kesihatan Malaysia @MyHEALTHKKM
49.1K subscribers
18K photos
1.82K videos
53 files
7.67K links
Saluran ini adalah untuk Bahagian Pendidikan Kesihatan, Kementerian Kesihatan Malaysia berkongsi maklumat pendidikan kesihatan dengan masyarakat.
加入频道
Alamak positif COVID-19!

Tidak perlu hadir ke sekolah sekiranya adik-adik positif COVID-19 ya. Adik-adik boleh lakukan 3 perkara ini di rumah.

Rehat secukupnya ya adik-adik. Jaga diri dan kesihatan.

"Tingkatkan Imuniti Badan, Budayakan Hidup Sihat"
🥰Berkongsi perasaan memberi beberapa kebaikan kepada seseorang. Antaranya ialah berkongsi perasaan juga dapat membuatkan kita berasa disayangi oleh orang lain.

📌Orang ramai digalakkan berkongsi perasaan dengan individu yang dipercayai bagi melegakan tekanan.

☎️Pusat Kecemerlangan Kesihatan Mental sedia membantu anda dengan menyediakan Talian Bantuan Krisis Kesihatan Mental HEAL 15555 (Heal with Empathy And Love), yang beroperasi setiap hari termasuk cuti umum baru 08:00 pagi sehingga 12:00 tengah malam .

"Hentikan Stigma"
"Kesihatan Mental Milik Semua"
Luangkan masa anda pagi ini di FB Live Sembang Sihat Milik Selangor jam 10.00 pagi mengupas topik berkaitan Ubat berlainan Jenama, Adakah Keberkesanan Masih Sama? bersama Pegawai Farmasi dari Klinik Kesihatan telok Panglima Garang
Jom sertai *Program Take Care..Ur Health!* anjuran Hospital Sungai Buloh dengan kerjasama Cawangan Promosi Kesihatan, JKN Selangor.

*JANUARI 2024*
*PENYAKIT KUSTA & IMPLIKASINYA*
*23 JANUARI 2024 SELASA*
*10.00 PAGI*

Google Meet joining info
Video call link: https://meet.google.com/uyt-acvh-exm

Jom dapatkan ilmu kesihatan untuk panduan bersama
Di Malaysia 🇲🇾, kanser prostat merupakan kanser yang paling kerap berlaku dalam kalangan lelaki selepas kanser kolon dan paru-paru.

📌Dikongsikan amalan pencegahan kanser prostat sebagai panduan. Sekiranya anda mengalami tanda-tanda kanser prostat, mohon agar segera ke klinik kesihatan terdekat untuk menjalani pemeriksaan. Jika penyakit ini dapat dikesan pada peringkat awal, peluang sembuh adalah tinggi.
2 hari lagi menjelang One Hour Malaysia Clean Up.

Tarikh : 27 Januari 2024 (Sabtu)
Masa : 8.30 - 9.30 pagi

Laksanakan aktiviti kebersihan persekitaran & kitar semula selama 1 jam di kawasan anda.

#ANMS #OneHourMalaysiaCleanUp #TiadaAedesTiadaDenggi #JomKitarSemula #sihatmilikku

Sumber:
Bahagian Pendidikan Kesihatan, KKM
t.me/sihatmilikbersama
Media is too big
VIEW IN TELEGRAM
Lindungi diri daripada penyakit Pneumokokal.

Kita vaksin, kita lindung, kita menang!

#ANMS #sihatmilikku

Sumber: IFL
Cara yang paling berkesan mencegah penyakit Pneumokokal adalah dengan pengambilan imunisasi Pneumokokal.

Imunisasi ini perlu untuk mengelakkan komplikasi penyakit Pneumokokal dan implikasi seperti meningitis dan kematian.

Ibu bapa dan orang awam perlu mengamalkan amalan kebersihan yang baik dan cara hidup yang sihat.

#ANMS #sihatmilikku

Sumber:
Bahagian Pendidikan Kesihatan, KKM
t.me/sihatmilikbersama
Ayuh Lakukan Saringan Kesihatan, Kita Mampu Mengubahnya.

Saksikan dalam Berita Perdana TV1 esok pada pukul 8.00 malam bersama Dr. Aizuniza Abdullah, Pakar Perunding Perubatan Kesihatan Awam dari Bahagian Kawalan Penyakit, KKM.

#ANMS #sihatmilikku
Selamat Menyambut Hari Thaipusam.

Jangan buang sampah merata-rata. Buang sampah di tempat yang disediakan.

#ANMS #OneHourMalaysiaCleanUp #TiadaAedesTiadaDenggi #JomKitarSemula #sihatmilikku

Sumber:
Bahagian Pendidikan Kesihatan, KKM
t.me/sihatmilikbersama
Semua kanak-kanak yang dilahirkan pada 1 Januari 2018 sehingga 31 Disember 2019 dan belum pernah menerima imunisasi Pneumokokal layak menerima imunisasi ini di bawah pemberian imunisasi Pneumokokal catch-up.

Hubungi klinik kesihatan KKM berdekatan atau daftar melalui aplikasi MySejahtera untuk mendapatkan janji temu suntikan.

#ANMS #sihatmilikku

Sumber:
Bahagian Pendidikan Kesihatan, KKM
t.me/sihatmilikbersama
1 hari lagi menjelang One Hour Malaysia Clean Up.

Tarikh : 27 Januari 2024 (Sabtu)
Masa : 8.30 - 9.30 pagi

Laksanakan aktiviti kebersihan persekitaran & kitar semula selama 1 jam di kawasan anda.

#ANMS #OneHourMalaysiaCleanUp #TiadaAedesTiadaDenggi #JomKitarSemula #sihatmilikku

Sumber:
Bahagian Pendidikan Kesihatan, KKM
t.me/sihatmilikbersama
🐟Ikan siakap atau Lates calcarifer kaya dengan pelbagai manfaat kesihatan dan salah satu sumber Omega-3, vitamin, protein dan mineral semula jadi lain seperti selenium, fosforus, potassium dan magnesium. Namun, ia turut bergantung kepada cara memasaknya.

📌Masaklah secara sihat sama ada secara kukus, panggang atau 'air fryer'. Jika perlu menggoreng, gunakan minyak dalam kuantiti yang sedikit dan gunakan minyak sayuran yang stabil untuk menggoreng seperti minyak sawit yang kaya dengan tokotrienol (vitamin E)

😍Jadi, apa kata dapatkan siakap untuk menu malam ini. Ingat, makan malam yang sebaiknya adalah antara jam 6.30 petang – 8.30 malam. Elakkan makan malam yang terlalu lewat kerana boleh menjejaskan kualiti tidur anda dan menganggu proses penurunan berat badan.
PENDAFTARAN JOM KUDAH (KUTIP SAMPAH SAMBIL RIADAH)

LOKASI: KAWASAN SEKITAR DI KG DATO' ABU BAKAR BAGINDA

SABTU I 27 JANUARI 2024 I 7.30 PAGI

TEMPAT BERKUMPUL (ASTAKA TAMAN REKREASI TASIK BAGINDA) : https://maps.app.goo.gl/BPP7Y1z32SUmKLJc8

Sila bawa perkakasan seperti beg sampah, sarung tangan, penyepit sampah, kasut but getah dan lain-lain.

7.30 pagi:
- Peserta berhimpun di lokasi taklimat
- Sesi regangan
- JOM KUDAH bermula

KUDAH untuk:
- Melestari alam sekitar
- Menghapus tempat pembiakan nyamuk Aedes
- Mengurangkan risiko banjir

Sila isi google form di bawah untuk pendaftaran: https://forms.gle/ApuFrdAfy1EhDxQaA
Jangan lupa! Sabtu minggu ke-4 pada setiap bulan adalah aktiviti One Hour Malaysia Clean Up.

Berikut adalah kalendar One Hour Malaysia Clean Up sepanjang tahun 2024.

Laksanakan aktiviti kebersihan persekitaran & kitar semula selama 1 jam di kawasan anda.

#ANMS #OneHourMalaysiaCleanUp #TiadaAedesTiadaDenggi #JomKitarSemula #sihatmilikku

Sumber:
Bahagian Pendidikan Kesihatan, KKM
t.me/sihatmilikbersama
Jom laksanakan aktiviti kebersihan persekitaran dan kitar semula selama 1 Jam di kawasan anda.

Jangan lupa untuk post di facebook masing-masing, tag fb myhealthkkm & fb cari dan musnah dan masukkan hashtag #OneHourMalaysiaCleanUp #TiadaAedesTiadaDenggi #JomKitarSemula

#ANMS #KekalSihat #OneHourMalaysiaCleanUp #TiadaAedesTiadaDenggi #JomKitarSemula #sihatmilikku

Sumber:
Bahagian Pendidikan Kesihatan, KKM
t.me/sihatmilikbersama
Apa yang dapat kita lakukan dalam mencegah penyakit Kusta?

Pesakit yang disahkan Kusta perlu mengambil rawatan sehingga sempurna dan diisytiharkan sembuh oleh doktor yang merawat.

Ahli keluarga perlu memberi dorongan kepada pesakit untuk mengambil rawatan.

Komuniti dan masyarakat perlu menghapuskan pandangan negatif terhadap penyakit Kusta.

Kontak kepada kes Kusta perlu disaring agar pengesanan awal penyakit dapat dilakukan dan dapat mengelakkan penularan dan kecacaran kekal.

#ANMS #sihatmilikku

Sumber:
Bahagian Pendidikan Kesihatan, KKM
t.me/sihatmilikbersama
Premis Makanan Kotor : Anda Berisiko

Saksikan dalam rancangan Malaysia Hari Ini esok pada pukul 9.30 pagi bersama Ts. Mahamad Sukor bin Senapi, Pengarah Pematuhan dan Pembangunan Industri dari Program Keselamatan Dan Kualiti Makanan, KKM.

#ANMS #sihatmilikku
Leprosy

Tune in to Traxxfm tomorrow at 11.15 am with Dr. Vickneshwaran Muthu, Senior Principal Assistant Director from Disease Control Division, MOH.

#ANMS #sihatmilikku
Segera ke klinik kesihatan jika anda merupakan seorang kontak kepada pesakit Kusta.

Sekiranya anda mempunyai tompok-tompok putih atau merah tembaga di kulit dan tidak gatal, kurang atau hilang deria sentuh, kemungkinan ia Kusta.

#ANMS #sihatmilikku