Sihat Milikku - Kementerian Kesihatan Malaysia @MyHEALTHKKM
49.1K subscribers
18K photos
1.82K videos
53 files
7.67K links
Saluran ini adalah untuk Bahagian Pendidikan Kesihatan, Kementerian Kesihatan Malaysia berkongsi maklumat pendidikan kesihatan dengan masyarakat.
加入频道
Hepatitis A adalah penyakit bawaan makanan dan air.

Semasa banjir, jaga kebersihan diri, makanan dan persekitaran, sentiasa cuci tangan dengan betul dan minum air yang telah dimasak.

Segera dapatkan rawatan sekiranya anda mempunyai gejala seperti demam, sakit perut dan mata/ kulit menjadi kuning.

Layari http://www.infosihat.gov.my untuk dapatkan bahan pendidikan kesihatan berkaitan banjir.

#ANMS #sihatmilikku

Sumber:
Bahagian Pendidikan Kesihatan, KKM
t.me/sihatmilikbersama
Kawasan anda dipilih sebagai tempat Pengoperasian Nyamuk Aedes berWolbachia kerana kerap berlaku wabak denggi dan mempunyai kepadatan nyamuk Aedes yang tinggi. Kerjasama, sokongan dan persetujuan komuniti diperlukan untuk melaksanakannya.

Ambil maklum perkara-perkara yang perlu dilakukan sebelum, semasa dan selepas pengoperasian nyamuk Aedes berWolbachia di kawasan anda.

Sekiranya jentik-jentik dijumpai semasa aktiviti pemeriksaan, tindakan penguatkuasaan akan dikenakan.

#ANMS #sihatmilikku

Sumber:
Bahagian Pendidikan Kesihatan, KKM
t.me/sihatmilikbersama
Kenyataan Media Kementerian Kesihatan Malaysia

Kes Positif Cacar Monyet (Mpox) Malaysia
Kencing manis terjadi disebabkan beberapa faktor.

Jom tengok WHI untuk kita dapatkan pandangan pakar tentang penyakit Kencing Manis.

Wanita Hari Ini | Isnin - Jumaat | 12 tengahari

Strim secara Live HD atau layan semula semua program favorite anda di Tonton melalui www.tonton.com.my dan aplikasi Tonton sekarang!

#BualBicara #WHITV3
Baru-baru ini telah tular di aplikasi whatsapp berhubung dengan penularan kes COVID-19 semakin meningkat sejak 3 minggu yang lalu dan mendakwa trend berlakunya peningkatan kes adalah disebabkan oleh strain virus baharu hingga menyebabkan "1 dalam setiap 6 ke 7 orang pesakit" mendapat jangkitan paru- paru hingga memerlukan bantuan pernafasan. Kenyataan ini sama sekali 𝐭𝐢𝐝𝐚𝐤 𝐛𝐞𝐧𝐚𝐫 kerana ketika ini, kadar kemasukan pesakit COVID-19 ke wad hanya sekitar 2-3% manakala, 𝐭𝐢𝐚𝐝𝐚 𝐤𝐞𝐣𝐚𝐝𝐢𝐚𝐧 wad penuh bagi kemasukan pesakit COVID-19 di hospital telah dilaporkan.

Justeru, orang ramai digesa agar tidak mudah mempercayai mesej yang ditularkan menerusi mesej berantai yang tidak diketahui sumber kesahihannya di media sosial dan merujuk portal KKMNOW di data.moh.gov.my untuk status semasa kes COVID-19 bagi memperjelaskan mengenai situasi ini.
Kolera merupakan penyakit bawaan air dan makanan yang disebabkan oleh jangkitan bakteria Vibrio Cholerae.

Kolera berjangkit melalui pengambilan makanan atau air yang tercemar terutamanya ketika musim banjir.

Perhatikan tanda-tanda / gejala dan langkah pencegahan penyakit kolera.

Layari http://www.infosihat.gov.my untuk dapatkan bahan pendidikan kesihatan berkaitan banjir.

#ANMS #sihatmilikku

Sumber:
Bahagian Pendidikan Kesihatan, KKM
t.me/sihatmilikbersama
Bekas hitam kecil digunakan untuk memantau kehadiran Nyamuk Aedes BerWolbachia.

Sekiranya anda melihat bekas hitam ini, kerjasam dipohon untuk
⛔️ Tidak ganggu atau alih bekas ini
⛔️ Beritahu orang lain untuk tidak ganggu atau alih bekas ini
⛔️ Tidak buang air dari bekas ini
⛔️ Tidak memasukkan bahan pembunuh jentik-jentik ke dalam bekas ini.

Beri kerjasama kepada anggota kesihatan semasa hari pemasangan, pemeriksaan dan kutipan bekas seperti dijadualkan sekiranya rumah anda terpilih sebagai tempat meletakkan bekas hitam kecil.

#ANMS #sihatmilikku

Sumber:
Bahagian Pendidikan Kesihatan, KKM
t.me/sihatmilikbersama
Keracunan makanan adalah penyakit bawaan air dan makanan yang disebabkan oleh pengambilan makanan atau minuman tercemar.

Semasa banjir, jaga kebersihan diri, makanan dan persekitaran, sentiasa cuci tangan dengan betul dan jangan makan makanan mentah yang tidak dimasak dan makanan basi atau rosak.

Segera dapatkan rawatan sekiranya anda mempunyai gejala seperti rasa loya, muntah-muntah dan sakit perut.

Layari http://www.infosihat.gov.my untuk dapatkan bahan pendidikan kesihatan berkaitan banjir.

#ANMS #sihatmilikku

Sumber:
Bahagian Pendidikan Kesihatan, KKM
t.me/sihatmilikbersama
Apakah itu nyamuk Aedes berWolbachia?

Apakah kebaikan nyamuk Aedes berWolbachia?

Baca maklumat berikut.

#ANMS #sihatmilikku

Sumber:
Bahagian Pendidikan Kesihatan, KKM
t.me/sihatmilikbersama
Kekal Sihat Di Musim Banjir

Dengarkan di Gegarfm esok pada pukul 8.00 pagi bersama Dr. Misliza Ahmad, Pakar Perubatan Kesihatan Awam dari Jabatan Kesihatan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Putrajaya.

#ANMS #sihatmilikku
Taun merupakan penyakit yang mudah berjangkit dan sangat berbahaya disebabkan oleh kuman Vibrio Cholerae.

Cirit-birit dan dehidrasi yang teruk akan muncul beberapa jam hingga 5 hari selepas terdedah kepada jangkitan.

Jaga kebersihan diri, makanan dan persekitaran, sentiasa cuci tangan dengan betul, minum air yang telah dimasak dan jangan makan makanan mentah yang tidak dimasak dan makanan basi atau rosak.

Layari http://www.infosihat.gov.my untuk dapatkan bahan pendidikan kesihatan berkaitan banjir.

#ANMS #sihatmilikku

Sumber:
Bahagian Pendidikan Kesihatan, KKM
t.me/sihatmilikbersama
This media is not supported in your browser
VIEW IN TELEGRAM
Langkah bijak kurangkan gula

❗️ Pilih air kosong berbanding minuman manis
❗️ Hadkan kepada 1 sudu teh sahaja untuk 1 cawan minuman
❗️ Hadkan minuman manis sehari sekali
❗️ Elakkan menambah gula dalam masakan
❗️ Ganti kuih-muih manis dengan buah dan kekacang
❗️ Baca label dan pilih produk kurang gula atau mempunyai logo HCL

Gula : 1 sudu teh dah cukup, kurang lebih baik, tiada terbaik!

#ANMS #sihatmilikku

Sumber:
Bahagian Pendidikan Kesihatan, KKM
t.me/sihatmilikbersama
Kes positif COVID-19 perlu menjalani pengasingan atau isolasi selama 5 hari dari tarikh bermula gejala. Kes juga dinasihati untuk mengambil langkah-langkah pencegahan seperti memakai pelitup muka ketika keluar dari rumah, elak berada di tempat yang sesak, dan elak melawat kumpulan berisiko tinggi sehingga hari ke-10.

Selain itu, kontak rapat kepada kes COVID-19 digalakkan untuk melakukan kuarantin kendiri sekiranya mempunyai gejala seperti demam, batuk dan selesema, melakukan ujian pengesanan COVID-19 RTK (Ag) kendiri serta mengamalkan langkah-langkah pencegahan kesihatan awam untuk mengurangkan risiko penularan jangkitan.
KENYATAAN MEDIA
KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA
3 DISEMBER 2023

-SITUASI TERKINI COVID-19 DI MALAYSIA-