Sihat Milikku - Kementerian Kesihatan Malaysia @MyHEALTHKKM
49.1K subscribers
18K photos
1.82K videos
53 files
7.67K links
Saluran ini adalah untuk Bahagian Pendidikan Kesihatan, Kementerian Kesihatan Malaysia berkongsi maklumat pendidikan kesihatan dengan masyarakat.
加入频道
Kes ke-87 telah pulih sepenuhnya dan discaj dari hospital menjadikan sebanyak 25 kes yang telah sembuh setakat hari ini.

Pada hari ini ada pertambahan kes posoitif sebanyak 12 kes dan menjadikan jumlah kumulatif kes positif di Malaysia sebanyak 129 kes.

Kerajaan Malaysia sentiasa berada dalam keadaan siap sedia untuk menghadapi wabak ini dengan meningkatkan aspek sumber manusia, kemudahan makmal, klinik dan hospital bagi merawat kes COVID-19.

Kerajaan Malaysia bercadang untuk menjadikan Hospital Sungai Buloh sebagai hospital khusus bagi merawat kes COVID-19.
Channel name was changed to «Sihat Milikku :»
Channel name was changed to «Sihat Milikku»
12 kes baru menjadikan 129 keseluruhan setakat ini.

25 kes telah sembuh dan discaj.

Dua kes kluster dan pengesanan kontak rapat masih berjalan.

Pasukan penyiasat kami akan hubungi jika anda DISAHKAN kontak rapat kepada kes positif.
Status terkini COVID-19, 10 Mac 2020 sehingga jam 6 petang.

12 kes baru dilaporkan di Malaysia pada 10 Mac 2020.

Ini menjadikan 129 kes positif setakat ini.

Manakala kes ke-87 iaitu lelaki warga tempatan berumur 68thn telah sembuh dan discaj.

Ini menjadikan 25 kes yg telah discaj.
COVIDー19 Satu lagi kes iaitu kes ke-87 telah sembuh dan discaj dari PPUM semalam, 9 Mac.

Lelaki 68thn warga tempatan itu disahkan positif pada 5 Mac lalu.

Ini menjadikan 25 kes telah sembuh dan discaj.
Channel name was changed to «MYHEALTHKKM»
Channel name was changed to «Sihat Milikku»
Pihak Pengurusan Tertinggi KKM mengamalkan letak tangan di dada dalam mencegah COVID-19.

Letakkan tangan di dada sebagai tanda hormat dengan ucapan salam bagi menggantikan bersalaman dan bersentuhan.

#coronavirus
#COVID19
#sihatmilikku
#walkthetalk
Hari ini kita dikejutkan dengan penularan Covid-19 yang melanda masyarakat di seluruh dunia. Tetapi tahukah anda bahawa Covid-19 tidak menjangkiti melalui makanan?

Penularan Covid-19 hanya melalui mukus yang mengandungi titisan salur pernafasan (droplets) yang dijangkiti oleh novel-coronavirus di antara haiwan dan manusia semasa bercakap, bersin atau batuk. (Sumber : WHO)

5 amalan mengelakkan jangkitan penyakit yang anda perlu tahu :

1. Jaga kebersihan diri dan kerap cuci tangan
2. Asingkan makanan mentah dari makanan yang sudah dimasak
3. Masak dengan cara yang betul
4. Simpan makanan pada suhu yang selamat
5. Gunakan air dan bahan mentah yang selamat

Sumber: Bahagian Keselamatan dan Kualiti Makanan, Kementerian Kesihatan Malaysia
Sempena Sambutan Minggu Kesedaran Garam Sedunia, dengarkan #SedapTakSemestinyaMasin di asyikfm pada pukul 11.30 pagi bersama Pn. Siti Farrah Zaidah Mohd Yazid.

#sihatmilikku
#walkthetalk
Jom amalkan cara hidup sihat.

Amalkan etika batuk dan bersin dengan betul dan kerap cuci tangan dengan betul.

#coronavirus
#COVID19
#sihatmilikku
#walkthetalk
KUAH BANJIR PUNCA GEMUK

1 sudu makan kuah bersantan / berminyak ~50 kcal
Satu pinggan nasi + lauk-pauk + kuah banjir melimpah ~ 800 kcal😲

Jadi, "adjust" balik pengambilan makanan anda setiap hari. Jangan biarkan pinggan anda dibanjiri kalori.
Makanlah mengikut keperluan

#kurangkaloricegahobesiti
#obesitibukanaku
#cegahNCDs
#NutritionistKKM
Apa yang perlu dilakukan oleh majikan sekiranya ada pekerja yang bergejala COVID-19?

#coronavirus
#COVID19
#sihatmilikku
#walkthetalk
Kita mampu mencegah penyakit jika sentiasa mengamalkan langkah-langkah berikut.

Tubuh badan sihat boleh mengurangkan risiko daripada penyakit dan jangkitan termasuk #COVIDー19