Sihat Milikku - Kementerian Kesihatan Malaysia @MyHEALTHKKM
49.1K subscribers
18K photos
1.81K videos
53 files
7.67K links
Saluran ini adalah untuk Bahagian Pendidikan Kesihatan, Kementerian Kesihatan Malaysia berkongsi maklumat pendidikan kesihatan dengan masyarakat.
加入频道
Hai semua,

Kembara Sekolah sempena Bulan Malaysia Sihat Sejahtera 2023 hari ini telah menjelajah ke 8 buah sekolah iaitu SMK Telok Panglima Garang Selangor, SK Putrajaya Presint 11(1) Putrajaya, SK Machang 1 Kelantan, SMK Bandar Kerayong Pahang, SMK Tengku Suleiman Perlis, SMK Idris Shah Perak, SK Bingkor Sabah dan SM Sains Tun Syed Sheh Shahabudin Penang. [ SMK Telok Panglima Garang SK Machang 1 (DBA2172) SMK Bandar Kerayong SMK TENGKU SULEIMAN OFFICIAL Smk Idris Shah, Gopeng Sm Sains Tun Syed Sheh Shahabudin, Bukit Mertajam Page Rasmi SK Bingkor Keningau SK Putrajaya Presint 11 -1 ]

Aktiviti dimulakan dengan sesi senamrobik yang melibatkan murid dan guru. Pelbagai aktiviti menarik telah dibawakan oleh Trak Kembara antaranya Wellness Hopscotch, Roda Wellness, Wellness Bag Toss, Giant Jenga, Sand Bag Throw, TicTacToe dan Soft Archery. Aktiviti turut dimeriahkan oleh Jabatan Kesihatan Negeri iaitu antaranya pameran pergigian, pameran bahaya merokok, ujian kecergasan dan kesihatan untuk guru dan murid di Trak Wellness on Wheels (WoW).

Kembara Sekolah untuk hari ini diakhiri dengan penyampaian sijil dan plak penghargaan kepada wakil sekolah.

Jangan lepaskan peluang, esok kita jumpa di lain sekolah pula!

#hepili
#BMSS

https://www.facebook.com/100068403884047/posts/pfbid02TRcG6BAH5oSfPXNtJwizX6C5uwngsEE3SNLvwYe5ZWwWLed83i9XcAkmmoL4PPul/?mibextid=cr9u03
Saya dah fit, perlu ke saya bersenam lagi?

Betul ke kalau perempuan angkat bebanan yang berat akan jadi sado?

Jom baca mitos vs fakta senaman.

* Ini adalah petikan daripada e-Majalah MyHEALTH Edisi September 2023. Klik https://tinyurl.com/emagsept2023 untuk edisi penuh.

#ANMS #sihatmilikku

Sumber:
Bahagian Pendidikan Kesihatan, KKM
t.me/sihatmilikbersama
Kalender One Hour Malaysia Clean Up sempena Bulan Malaysia Sihat Sejahtera.

#ANMS #OneHourMalaysiaCleanUp #TiadaAedesTiadaDenggi #JomKitarSemula #sihatmilikku

Sumber:
Bahagian Pendidikan Kesihatan, KKM
t.me/sihatmilikbersama
1 hari lagi menjelang One Hour Malaysia Clean Up.

Laksanakan aktiviti kebersihan persekitaran & kitar semula selama 1 Jam di kawasan anda.

#ANMS #OneHourMalaysiaCleanUp #TiadaAedesTiadaDenggi #JomKitarSemula #sihatmilikku

Sumber:
Bahagian Pendidikan Kesihatan, KKM
t.me/sihatmilikbersama
Jom sertai Wellness Month @ Lotus's bertempat di Lotus's Setia Alam pada 30 September 2023.

Pelbagai aktiviti menarik menanti anda antaranya Lotus's Ceria Charity Run (5km) yang akan disempurnakan oleh YB Tuan Lukanisman bin Awang Sauni, Timbalan Menteri Kesihatan, Arm Wrestling, Zumba, Face Painting dan macam - macam lagi.

#BMSS
#sihatsepanjanghayat

Sumber:
Bahagian Pendidikan Kesihatan, KKM
t.me/sihatmilikbersama
Hai adik-adik semua,

Kembara Sekolah Bulan Malaysia Sihat Sejahtera 2023 hari ini telah berlangsung di SMK Clifford Pahang, SK Seri Bintang Utara Kuala Lumpur, SK Seri Ketereh Kelantan dan SK Saujana Indah Penang. [ SMK CLIFFORD KUALA LIPIS SK Seri Bintang Utara KL sk seri ketereh PIBK SK Saujana Indah ]

Pelbagai aktiviti telah berlangsung antaranya Teng-teng Wellness, Wellness Bag Toss, Wellness on Wheel, Giant Jengga Wellness dan Wellness Soft Archery.

Aktiviti seperti pameran kesihatan, senamrobik, saringan kesihatan, bosu ball, battle rope, nintendo serta senam sihat dan lompat tali oleh murid-murid juga turut sama diadakan bagi memeriahkan acara.

Terima kasih kepada yang telah terlibat minggu ini. Kita jumpa minggu depan pula! Tunggu ya 😁

#hepili
#BMSS

https://www.facebook.com/100068403884047/posts/pfbid02jP78vKiie25nYPPKcbtW9uuoSeEPUHDwbp4mmbGPEgzDq2zfcLsp6GGpftAEMWf8l/?mibextid=cr9u03
Jom laksanakan aktiviti kebersihan persekitaran dan kitar semula selama 1 Jam di kawasan anda bermula 8.30 - 9.30 pagi.

Jangan lupa untuk post di facebook masing-masing, tag fb myhealthkkm & fb cari dan musnah dan masukkan hashtag

#OneHourMalaysiaCleanUp #TiadaAedesTiadaDenggi #JomKitarSemula
#ANMS #KekalSihat #OneHourMalaysiaCleanUp #TiadaAedesTiadaDenggi #JomKitarSemula #sihatmilikku

Sumber:
Bahagian Pendidikan Kesihatan, KKM
t.me/sihatmilikbersama
Keradangan hati yang disebabkan oleh penyakit Hepatitis boleh menyebabkan kerosakan hati dan seterusnya boleh mengancam nyawa sekiranya tidak dicegah atau dirawati.

Virus Hepatitis A biasanya berjangkit melalui pengambilan makanan atau air yang tercemar dan tidak membawa kepada penyakit kronik manakala virus Hepatitis B dan C berjangkit melalui darah atau cecair badan dan boleh membawa kepada penyakit kronik.

* Ini adalah petikan daripada e-Majalah MyHEALTH Edisi September 2023. Klik https://tinyurl.com/emagsept2023 untuk edisi penuh.

#ANMS #sihatmilikku

Sumber:
Bahagian Pendidikan Kesihatan, KKM
t.me/sihatmilikbersama
🥥🥥Santan kelapa banyak digunakanan dalam pelbagai masakan masyarakat di negara ini. Namun, dakwaan yang menyatakan santan segar mengandungi kolesterol adalah tidak benar.

Walaupun santan tidak mengandungi kolesterol, tetapi ia mengandungi kalori yang tinggi yang akan meningkatkan risiko penyakit kronik jika diambil secara berlebihan.

Oleh itu, orang ramai perlu mengehadkan pengambilan santan bagi mengawal pengambilan kalori agar kekal sihat.
Disekitar hari terbuka Wellness Hub Teluk Datok yang diadakan di Hospital Banting.

Pasukan Wellness on Wheel tidak ketinggalan turut berada di sana. Pelbagai aktiviti menarik telah disediakan. Antaranya seperti soft dart, photobooth dan hopscotch.

#ANMS #sihatsepanjanghayat #sihatmilikku

https://facebook.com/story.php?story_fbid=pfbid02EQagKfrktVCsJcEzy1W9CEu9eW4eKvk6YdmkFzaE71eVcbKy1HTLtXbAFFS1ib5jl&id=100068159346549&mibextid=Nif5oz
Anda ada anak-anak yang lahir pada tahun 2018 atau 2019? Cepat tempah slot janji temu dengan menghubungi klinik kesihatan berdekatan anda atau melalui MySejahtera untuk mendapatkan vaksin pneumokokal secara percuma untuk anak anda.

Vaksin ini boleh melindungi anak anda daripada jangkitan penyakit pneumokokal yang mampu menyebabkan radang paru-paru, otak, telinga serta kematian.

Tonton lagu Pneumo Rangers di sini --> https://youtu.be/c5qLie-lmoc

* Ini adalah petikan daripada e-Majalah MyHEALTH Edisi September 2023. Klik https://tinyurl.com/emagsept2023 untuk edisi penuh.

#ANMS #sihatmilikku

Sumber:
Bahagian Pendidikan Kesihatan, KKM
t.me/sihatmilikbersama
KENYATAAN MEDIA
KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA
23 September 2023

- Kesiapsiagaan Bagi Menghadapi Risiko Jangkitan Penyakit Nipah di Malaysia-
👄🦷🪥Kesihatan mulut yang baik merupakan pelengkap kepada kesihatan tubuh keseluruhan. Kesihatan mulut yang baik dalam kalangan anak-anak berperanan menyokong perkembangan pertuturan, penyusuan dan kemampuan mengunyah makanan.

Penjagaan kesihatan mulut yang baik perlu dititikberatkan sejak usia bayi sehingga dewasa.

Sempena Bulan Malaysia Sihat Sejahtera, ibu bapa digalakkan menyemai amalan penjagaan mulut yang baik dalam kalangan anak-anak sejak bayi agar bayi dapat membesar dengan sihat.
Apron Walk telah diadakan di Anjung Floria, Putrajaya sempena Sambutan Hari Keselamatan Makanan Sedunia Peringkat Kebangsaan 2023. Sambutan ini telah disempurnakan oleh Timbalan Menteri Kesihatan, YB Tuan Lukanisman bin Awang Sauni.

Team Wellness on Wheel turut berada di sana bagi memeriahkan sambutan tersebut. Antara aktiviti menarik yang disediakan adalah battle rope, challenge, soft dart, hopscotch dan PS4.

#ANMS #sihatsepanjanghayat #sihatmilikku

https://facebook.com/story.php?story_fbid=pfbid0UhbbXpEKFZBBA4DNzAZjzRjFkrTSR3u2AYeV5qZitXRhkbFRBiDF6qcqBcnN3Z18l&id=100068159346549&mibextid=Nif5oz
Destinasi Kembara Sekolah Bulan Malaysia Sihat Sejahtera hari ini adalah di SK Ulu Melaka Langkawi dan juga SK Seri Ketereh Kelantan.

Aktiviti seperti Giant Puzzle Wellness, Wellness Archery dan Giant Jenga menjadi tumpuan murid-murid. Begitu juga dengan aktiviti yang disediakan oleh Trak Wellness on Wheels (WoW) turut menjadi tumpuan.

Jumpa kami di sekolah seterusnya esok 🤗

#hepili
#BMSS

https://www.facebook.com/100068403884047/posts/pfbid0ppWNoKaCsxF9zsBL5jqt2HiB5T6MAqk896DYRT9WJV3tpbDYFxVWmoEdGm1xA3MEl/?mibextid=cr9u03
🍬Gula merujuk kepada bahan yang memberi rasa manis pada makanan atau minuman.
Pengambilan gula yang berlebihan boleh meningkatkan risiko obesiti seterusnya meningkatkan risiko penyakit seperti diabetes dan penyakit jantung serta mendorong kepada pembentukan karies gigi.🦷🪥

🫰🇲🇾Sempena Bulan Malaysia Sihat Sejahtera, orang ramai disarankan untuk mengehadkan pengambilan makanan tinggi gula agar kekal sihat dengan menggantikannya dengan hidangan yang lebih sihat seperti buah-buahan.