Sihat Milikku - Kementerian Kesihatan Malaysia @MyHEALTHKKM
49.1K subscribers
18K photos
1.82K videos
53 files
7.67K links
Saluran ini adalah untuk Bahagian Pendidikan Kesihatan, Kementerian Kesihatan Malaysia berkongsi maklumat pendidikan kesihatan dengan masyarakat.
加入频道
Media is too big
VIEW IN TELEGRAM
Kemuncak Bulan Malaysia Sihat Sejahtera adalah pada 30 September 2023 dan Wellness Month at Lotus’s akan diadakan di Lotus’s Setia Alam pada hari tersebut.

Pelbagai aktiviti menarik yang akan disediakan sepanjang tempoh itu nanti.

#ANMS #sihatsepanjanghayat #sihatmilikku

Sumber:
Bahagian Pendidikan Kesihatan, KKM
t.me/sihatmilikbersama
19 September 2023 - Jabatan Pengajian Sains dan Teknologi, Fakulti Sains, Universiti Malaya (UM) telah mengadakan kunjungan hormat ke atas Pengarah Bahagian Pendidikan Kesihatan. Tujuan kunjungan ini untuk meneroka ruang kerjasama antara kedua-dua pihak di atas platform ANMS terutamanya melibatkan perkongsian pengetahuan dan kepakaran, pembangunan elemen polisi melibatkan sains dan teknologi berkaitan kesihatan, pembangunan projek pemerkasaan komuniti oleh pelajar dalam skop kerja kursus pengajian serta menjadikan pelajar yang mengikuti sebagai sukarelawan MyCHAMPION.

Delegasi daripada UM diketuai oleh Dr. Ng Boon Kwee, Ketua Jabatan Pengajian Sains dan Teknologi sempat mengadakan perbincangan mesra dengan Pengarah Bahagian Pendidikan Kesihatan, Puan Suraiya Syed Mohamed yang turut melibatkan pegawai kedua-dua jabatan.

#ANMS #sihatmilikku

https://facebook.com/story.php?story_fbid=pfbid02Pi5SCg3uqLZrookubgKA1ExZcJF4BPMVfYiQqKhFcftdyet1dFGLFnHaVSvuRjuSl&id=100068159346549&mibextid=Nif5oz
13.09.2023 - Kembara Bulan Malaysia Sihat Sejahtera Peringkat Daerah Jelebu @ Sekolah.

Destinasi Kembara Sekolah sempena Bulan Malaysia Sihat Sejahtera 2023 Peringkat Daerah Jelebu kali ini telah berlangsung di Sekolah Kebangsaan Kuala Klawang.

Aktiviti di SK Kuala Klawang, Jelebu Negeri Sembilan dimeriahkan dengan trak Wellness on Wheel (WoW) daripada Jabatan Kesihatan Negeri (JKN) Negeri Sembilan dan Pejabat Kesihatan Daerah (PKD) Jelebu yang turut menjalankan aktiviti seperti pertandingan aerobikton, mewarna, bento sihat, saringan kesihatan, pameran kesihatan (denggi, malaria, farmasi, pemakanan, pergigian) serta ceramah kesihatan berkenaan Kenali Ubat Anda oleh Unit Farmasi, dan ceramah pemakanan oleh Pegawai Sains Pemakanan.

Pelbagai aktiviti menarik telah dijalankan antaranya Teng-teng Wellness, Obstacle Pool, Wellness Magnetic Dart, Giant Puzzle Wellness & Roda Wellness.

Sumber: https://www.facebook.com/promosi.pkdjelebu/posts/pfbid0Yb11Yq3jeqjKpZok6YBMzPDqBdj1zsEFKSTwHK3iknEYec2tmbYDBJruHw3iw7kdl
15 September 2023

PROGRAM SERENTAK 1 HOUR MALAYSIA CLEAN UP BAHAGIAN MUKAH 2023 SEMPENA BULAN MALAYSIA SIHAT SEJAHTERA (WELLNESS MONTH)

#smkmatunamamukujunjung

Sumber: https://www.facebook.com/SekolahMenengahKebangsaanMatu/posts/pfbid037bZcu3gm9S1VtZhJVHzQAQUsLwBAsdSHNDHcerAy74jPXfrNmfri1S57MeNWuopdl
SKIM PERUBATAN MADANI KINI BEROPERASI DI SELURUH MALAYSIA!!

YB Dr. Zaleha Mustafa, Menteri Kesihatan Malaysia telah mengumumkan bahawa Skim Perubatan MADANI (SPM) kini telah diperluas ke seluruh Malaysia bermula 15 September 2023‼️

SPM bertujuan untuk membantu rakyat, khususnya kumpulan B40, bagi mendapatkan rawatan pesakit luar bagi kes-kesi akut di klinik perubatan swasta (GP) secara percuma.

Semak kelayakan dan cari klinik perubatan swasta yang berdaftar di
https://protecthealth.com.my/skimperubatanmadani/

Kesihatan Anda, Misi Kami

#ProtectHealth #SkimPerubatanMADANI #MalaysiaMadani
Gula : Manis Yang Derita?

Dengarkan di asyikfm esok pada pukul 11.30 pagi bersama Dr. Nur Dayana Shaari dari Bahagian Pemakanan, KKM.

#ANMS #sihatmilikku
Hai adik-adik,

Kembara Sekolah sempena Bulan Malaysia Sihat Sejahtera 2023 hari ini telah menjelajah ke SK Sungai Gelugor, Deerah Timur Laut Pulau Pinang, SMK Ungku Husin (Mersing) Johor, SK Kiaramas (Kepong) Kuala Lumpur, SM Sains Dungun (Dungun) Terengganu, SMK Padang Saujana (Jerantut) Pahang, SK Telok Wang (Kuala Muda) Kedah dan SK Raja Muda Musa (Hilir Perak) Perak. (SMK UNGKU HUSIN, ENDAU, JOHOR SK Kiaramas Online SM Sains Dungun SMK Padang Saujana SK Teluk Wang SK RAJA MUDA MUSA)

Di SK Sungai Gelugor, aktiviti dimulakan dengan Majlis Perasmian Kembara Bulan Malaysia Sihat Sejahtera Peringkat Daerah Timur Laut yang disempurnakan oleh Tuan Haji Zawawi Ahmad, Pegawai PPD Timur Laut. Seterusnya diadakan sesi senamrobik yang melibatkan 1018 orang murid SK Sungai Gelugor dan 200 orang murid daripada lebih 30 sekolah sekitar.

Aktiviti di salah sebuah sekolah Kelab Doktor Muda dan sekolah melayu tertua di Malaysia ini juga dimeriahkan dengan pelbagai reruai kesihatan daripada Jabatan Kesihatan Negeri Pulau Pinang dan Pejabat Kesihatan Daerah Timur Laut iaitu Unit Keselamatan dan Kualiti Makanan, Fisioterapi, Kesihatan Mental dan Merokok, Wellness Hub Jalan Angsana, nyamuk aedes dan penyakit denggi, pemeriksaan NHSI, pemeriksaan pap smear dan pemeriksaan gigi serta aktiviti di Trak Wellness on Wheels (WoW) iaitu basketball, shooting ball dan puzzle. Selain itu, sekolah turut mengadakan pameran Kelab Doktor Muda dan English Booth.

Pelbagai aktiviti menarik telah dibawakan oleh Trak Kembara antaranya Teng-teng Wellness, Obstacle Pool, Wellness Dart, Giant Puzzle Wellness dan Roda Wellness.

Menarik kan? Jumpa adik-adik di sekolah seterusnya esok.

#hepili
#BMSS

https://www.facebook.com/100068403884047/posts/pfbid024U4Qkr46fgUgYgTAqYoEhhUhVtJoDXWmYmoTmNRuAP7nvDqxtdW63Jn89XseNgtPl/?mibextid=cr9u03
COVID-19 merupakan penyakit berjangkit yang disebabkan oleh virus severe acute respiratory syndrome coronavirus 2 (SARS-CoV-2).

Bagi segelintir individu, kesembuhan daripada jangkitan COVID-19 mungkin merupakan permulaan bagi siri perjuangan yang panjang ke arah pemulihan sepenuhnya gejala-gejala berkaitan jangkitan COVID-19.

Antara gejala berpanjangan Post COVID-19 Condition (PCC) adalah seperti kelesuan, kesukaran tidur nyenyak, perubahan deria dan kekabutan otak.

Adalah penting bagi setiap individu yang menalami komplikasi PCC mendapatkan penilaian profesional perubatan di mana-mana fasiliti kesihatan berdekatan.

* Ini adalah petikan daripada e-Majalah MyHEALTH Edisi September 2023. Klik https://tinyurl.com/emagsept2023 untuk edisi penuh.

#ANMS #sihatmilikku

Sumber:
Bahagian Pendidikan Kesihatan, KKM
t.me/sihatmilikbersama
👩🏻‍⚕️👨🏻‍⚕️Keselamatan pesakit merupakan perkara perlu dititikberatkan untuk mengelakkan kejadian yang tidak diingini.

Antara aspek keselamatan pesakit yang memerlukan kerjasama semua adalah berhubung risiko jangkitan di fasiliti kesihatan dan langkah keselamatan pesakit dalam proses penerimaan transfusi darah.

Justeru, para pesakit dinasihatkan untuk memberi kerjasama dalam usaha meningkatkan keselamatan pesakit agar proses rawatan dapat berjalan dengan lancar dan selamat.
🔥🔥🔥 SAMBUTAN BULAN MALAYSIA SIHAT SEJAHTERA

Semua dijemput hadir mengambil peluang emas join aktiviti dan perkhidmatan PERCUMA yang akan disediakan sepanjang hari sambutan berikur :

🗂️ 23 September 2023 (Sabtu)
📌 Wellness Hub Sungai Besar (dalam Klinik Kesihatan Sungai Besar)
7.00am - 1.00pm

💥Senamrobic
💥Pameran Interaktif
💥Aerodance Challenge
💥Saringan Kesihatan PERCUMA
💥Pemeriksaan Gigi PERCUMA
💥Pemeriksaan Wanita PERCUMA
💥Cabutan Bertuah
💥Penalty Kick

🤸🏃🏋️⛹️🤾🚶

Link pendaftaran AERODANCE CHALLENGE!!
https://forms.gle/RyuZnWwn57wEZqHfA

📍LET’S BURN FAT WITH AERODANCE CHALLENGE!!!

Jumpa anda di sana!

Sebarang pertanyaan boleh berhubung 014 636 1181 (Nafiizudden)

#opendaywellnesshubsgbesar
#kelabbinabadanagilis
#ifiter
#bmss
#anms
#sihatmilikselangor
#sihatsepanjanghayat
Senam. Aktif. Cergas

Sertai sesi tiktok live di www.tiktok.com/@myhealthkkm esok pada pukul 3.00 hingga 4.00 petang bersama En. Mohd Akram bin Ahmad Sabri dari Jabatan Kesihatan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Putrajaya.

#ANMS #sihatmilikku

Sumber:
Bahagian Pendidikan Kesihatan, KKM
t.me/sihatmilikbersama
Klik https://tinyurl.com/pcovid19c untuk menonton 8 siri video sokongan untuk pemulihan : pengurusan kendiri rehabilitasi bagi gejala berkaitan COVID-19.

* Ini adalah petikan daripada e-Majalah MyHEALTH Edisi September 2023. Klik https://tinyurl.com/emagsept2023 untuk edisi penuh.

#ANMS #sihatmilikku

Sumber:
Bahagian Pendidikan Kesihatan, KKM
t.me/sihatmilikbersama
Media is too big
VIEW IN TELEGRAM
Nur Shakinah binti Ab. Karem - Atlet Berbasikal

Anda dah lakukan aktiviti fizikal hari ini?

Pelbagai aktiviti yang boleh dilakukan untuk kekal aktif. Dengan kekal aktif, kita dapat elak daripada cara hidup sedentari. Sibuk bekerja bukanlah penghalang untuk bergerak aktif.

Jom aktif dengan menjadikan aktiviti fizikal sebagai sebahagian daripada rutin harian kita.

Bulan Malaysia Sihat Sejahtera disambut sepanjang bulan September. Jom budayakan hidup sihat!

#ANMS #sihatsepanjanghayat #KBS #fitmalaysia #sihatmilikku

Sumber:
Bahagian Pendidikan Kesihatan, KKM
t.me/sihatmilikbersama
Senam. Aktif. Cergas

Jangan lupa sertai sesi tiktok live di www.tiktok.com/@myhealthkkm pada pukul 3.00 hingga 4.00 petang bersama En. Mohd Akram bin Ahmad Sabri dari Jabatan Kesihatan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Putrajaya.

#ANMS #sihatmilikku

Sumber:
Bahagian Pendidikan Kesihatan, KKM
t.me/sihatmilikbersama
2 hari lagi menjelang One Hour Malaysia Clean Up.

Laksanakan aktiviti kebersihan persekitaran & kitar semula selama 1 Jam di kawasan anda.

#ANMS #OneHourMalaysiaCleanUp #TiadaAedesTiadaDenggi #JomKitarSemula #sihatmilikku

Sumber:
Bahagian Pendidikan Kesihatan, KKM
t.me/sihatmilikbersama
Media is too big
VIEW IN TELEGRAM
Kanser adalah sejenis penyakit yang berkaitan dengan ketidakseimbangan replikasi dan tindak balas sel dalam badan. Satu daripada lima sebab utama kematian di Malaysia adalah dari penyakit kanser.

Nak tahu apa kaitannya ketam' dan 'kanser?

Ketahui kupasan menarik ini dalam rancangan Tazkirah Malam Jumaat yang dibawakan khas bersemperia Sambutan Ulang Tahun Ke-10 IKN pada 21September 2023 (Khamis) jam 9,00 malam di Astro Oasis 106. On Demand serta Astro Go

Saksikan YBrs Dr. Muhammad Azrin bin Omar@Nawi, Timbalan Pengarah (Perubatan II) IKN dan YBhg. Dato' Ustaz Kazim Elias serta moderator Bro Amin Idris menghuraikan topik #Lawankanser

Jom ramai-ramai menonton siaran ini.

Sumber: Laman Rasmi Institut Kanser Negara
Senam. Aktif. Cergas

Saksikan sekarang di https://www.tiktok.com/@myhealthkkm/live

Sumber:
Bahagian Pendidikan Kesihatan, KKM
t.me/sihatmilikbersama