Sihat Milikku - Kementerian Kesihatan Malaysia @MyHEALTHKKM
49.1K subscribers
18K photos
1.82K videos
53 files
7.67K links
Saluran ini adalah untuk Bahagian Pendidikan Kesihatan, Kementerian Kesihatan Malaysia berkongsi maklumat pendidikan kesihatan dengan masyarakat.
加入频道
This media is not supported in your browser
VIEW IN TELEGRAM
Dah bersedia pulang beraya?

Waspada Microsleep.

Berhenti memandu jika mengantuk.

#ANMS #KekalSihat #sihatmilikku

Sumber:
Bahagian Pendidikan Kesihatan, KKM
t.me/sihatmilikbersama
Ibadah korban merupakan amalan yang sinonim dalam kalangan umat Islam sempena sambutan Hari Raya Aidiladha 🌙

Pengedaran daging korban yang selamat perlu dititikberatkan oleh umat Islam bagi memastikan daging yang diterima oleh penerima sentiasa bersih dan berkualiti.

Selain itu, suhu daging korban perlulah dikawal semasa proses pengedaran daging korban untuk mengekalkan kesegarannya.

Oleh itu, umat Islam hendaklah membudayakan amalan pengedaran daging korban seperti yang disarankan untuk mengelakkan daging korban daripada dicemari kuman, bendasing dan sebagainya demi menjamin kesihatan bersama.
Menurut Tinjauan Kebangsaan Kesihatan dan Morbiditi 2022: Tinjauan Kesihatan Remaja 2022
1️⃣ daripada 🔟 remaja makan makanan segera sekurang-kurangnya 3 kali seminggu!

Remaja kerap mengambil makanan segera kerana makanan tersebut lazimnya mudah disediakan dan mempunyai rasa yang enak.

Walau bagaimanapun, makanan segera memberi kesan buruk kepada kesihatan serta meningkatkan risiko obesiti kerana mengandungi kalori, gula, garam, bahan pengawet yang tinggi dan nutrisi yang rendah.

Oleh itu, remaja perlu mengehadkan pengambilan makanan segera dalam menu harian untuk menghindar penyakit kronik demi menjamin kesihatan pada masa depan.

#PesanKKM
Wolbachia merupakan sejenis bakteria yang mampu menghalang penyebaran virus denggi kepada manusia dan nyamuk Aedes berWolbachia kelihatan sama seperti nyamuk Aedes yang lain.

#ANMS #KekalSihat #sihatmilikku

Sumber:
Bahagian Pendidikan Kesihatan, KKM
t.me/sihatmilikbersama
Terdapat pelbagai pilihan untuk merawat kegagalan buah pinggang termasuk hemodialysis, peritoneal dialysis, pemindahan buah pinggang dan rawatan paliatif.

Bagi pesakit kronik buah pinggang, adalah disarankan untuk mendapatkan rawatan di hospital pakar.
Gotong Royong Mega Kebangsaan 1.0

Dengarkan di aifm esok pada pukul 9.15 pagi bersama Dr. Wan Ming Keong, Pakar Perubatan Kesihatan Awam dari Bahagian Kawalan Penyakit, KKM.

#ANMS #KekalSihat #sihatmilikku
Pelancaran Madani Afiat

Dengarkan di minnalfm esok pada pukul 9.15 pagi bersama Puan Sivamalar Genapathy, Pegawai Tugas-Tugas Khas Menteri Kesihatan, Kementerian Kesihatan Malaysia.

#ANMS #KekalSihat #sihatmilikku
Esok pagi mesti semua sibuk mengedarkan daging korbankan...

Tapi mesti ingat..💡

Pastikan daging korban diedarkan mengikut tips-tips berikut. Elakkan melengah-lengahkan pengedaran daging korban kepada individu yang sepatutnya.

#foodstandardsavelives
#keselamatanmakanantanggungjawabbersama
#foodsafetyiseveryonebusiness
#foodsafetytips
#aidiladha2023
Merdunya zikir ungkapan bibir,
Penyejuk jiwa di kala keseorangan,
Aidiladha bergema bersama takbir,
Tanda pelengkap sesuci pengorbanan.

Selamat Hari Raya Aidiladha.

Sumber:
Bahagian Pendidikan Kesihatan, KKM
t.me/sihatmilikbersama
Jom tonton sitkom AUSSH dengan episod Tegur Salah Tak Tegur Salah di https://youtu.be/QlUKRREdmKo dan sertai pertandingan yang dianjurkan. Ada 1️⃣ hari lagi sebelum tarikh tutup pertandingan.

Jangan lepaskan peluang untuk memenangi hadiah yang disediakan.

Imbas kod QR untuk terma dan syarat pertandingan.

#ANMS #KekalSihat #sihatmilikku

Sumber:
Bahagian Pendidikan Kesihatan, KKM
t.me/sihatmilikbersama
Pastikan daging korban disimpan dengan cara yang betul bagi mengelak berlakunya pencemaran silang.

Makan dengan selamat. Pastikan hanya daging yang berkualiti diagihkan kepada mereka yang memerlukan.

#foodstandardsavelives
#keselamatanmakanantanggungjawabbersama
#foodsafetyiseveryonebusiness
#foodsafetytips
#aidiladha2023
Berikut merupakan rasional pelaksanaan pengoperasian nyamuk Aedes berWolbachia.

#ANMS #KekalSihat #sihatmilikku

Sumber:
Bahagian Pendidikan Kesihatan, KKM
t.me/sihatmilikbersama
KENYATAAN MEDIA
29 JUN 2023

"Pelanjutan Pengisytiharaan Malaysia sebagai Kawasan Tempatan Jangkitan dan Kemaskini Protokol Jangkitan COVID-19"
Berikut adalah Standard Operating Procedure (SOP) terbaharu bagi pemakaian pelitup muka dan tempoh prosedur pengasingan kes yang disahkan COVID-19.

Perubahan ini akan mula berkuat kuasa pada 5 Julai 2023.
Apabila projek nyamuk Aedes berWolbachia dilaksanakan

Tiada semburan kabus akan dilakukan
Kerjasama dan penglibatan pelbagai pihak diperlukan
Tiada risiko jangkitan virus walaupun digigit nyamuk
Pemantauan kepadatan nyamuk dan aktiviti pencegahan masih dilaksanakan
Aktiviti penguatkuasaan dijalankan seperti biasa

#ANMS #KekalSihat #sihatmilikku

Sumber:
Bahagian Pendidikan Kesihatan, KKM
t.me/sihatmilikbersama