Sihat Milikku - Kementerian Kesihatan Malaysia @MyHEALTHKKM
49.1K subscribers
18K photos
1.81K videos
53 files
7.66K links
Saluran ini adalah untuk Bahagian Pendidikan Kesihatan, Kementerian Kesihatan Malaysia berkongsi maklumat pendidikan kesihatan dengan masyarakat.
加入频道
Tahniah kepada pemenang Pertandingan Hari Tanpa Tembakau 2023.

Sumber:
Bahagian Pendidikan Kesihatan, KKM
t.me/sihatmilikbersama
📌Menurut Tinjauan Kebangsaan Kesihatan dan Morbiditi 2022:Tinjauan Kesihatan Remaja 2022,

4️⃣ daripada 5️⃣ remaja tidak makan buah dan sayur dengan secukupnya. Buah-buahan dan sayur-sayuran adalah makanan yang amat penting dalam diet harian kerana ia membekalkan pelbagai khasiat dan nutrien tersendiri.

📌Remaja yang sedang membesar terutamanya digalakkan untuk makan banyak buah-buahan dan sayur-sayuran supaya mereka dapat membesar dengan lebih sihat.Bukan sahaja penting bagi kesihatan fizikal, pengambilan buah-buahan dan sayur-sayuran turut dikaitkan dengan kesihatan mental yang lebih baik buat kanak-kanak.🥦🍉

💪Oleh itu, remaja perlu mengamalkan sayur dan buah-buahan untuk memenuhi keperluan nutrien yang diperlukan badan.

Sumber : Kementerian Kesihatan Malaysia
YB Lukanisman bin Awang Sauni, Timbalan Menteri Kesihatan telah merasmikan Hari Tanpa Tembakau Sedunia Peringkat Kebangsaan di Padang Merdeka, Kota Kinabalu, Sabah hari ini.

Sambutan yang bertemakan "Utamakan Makanan Bukan Rokok Demi Kesihatan" ini diadakan untuk
menggalakkan golongan bukan perokok untuk menyuarakan hak mereka kepada perokok demi menjamin kebajikan keluarga, mengadvokasi perokok untuk memilih budaya hidup sihat dan mewujudkan kesejahteraan persekitaran.

Selain itu, sambutan ini bertujuan
membimbing golongan perokok untuk mendapatkan bantuan berhenti merokok sebagai langkah menjamin kebajikan dan kesejahteraan keluarga.

Objektif sambutan tersebut adalah sejajar dengan matlamat peralihan paradigma sistem kesihatan negara daripada sick care kepada 'health care' seperti yang digariskan di dalam 'Health White Paper'.

Antara pengisian Sambutan Hari Tanpa Tembakau Sedunia Peringkat Kebangsaan ialah Kempen Advokasi Jalanan 'Speak Out' : "Utamakan Makanan, Bukan Rokok, Demi Kesihatan", Temu mesra (walkabout) YB Timbalan Menteri Kesihatan bersama orang ramai untuk advokasi mesej bebas asap rokok di Tamu Gaya Street dan Penyerahan 'Table Top Sticker' kepada pengusaha restoran terpilih.

YB Lukanisman juga sempat meluangkan masa melawat 'booth-booth' daripada jabatan/ agensi kerajaan dan swasta serta beramah mesra bersama orang awam dan menyerahkan stiker mQuit kepada peniaga gerai di Tamu Jalan Gaya.

Turut hadir ialah YB Tuan Tan Lee Fatt, Pembantu Menteri Kewangan (Merangkap Ahli Dewan Undangan Negeri N.19 Likas), YBhg. Datuk Sr. Lee Chun Khiong, Setiausaha Tetap Kementerian Pembangunan Masyarakat Dan Kesejahteraan Rakyat Negeri Sabah (Mewakili YB Datuk James Ratib Menteri Pembangunan Masyarakat Dan Kesejahteraan Rakyat), YBhg. Datuk Dr. Norhayati bt Rusli, Timbalan Ketua Pengarah Kesihatan (Kesihatan Awam), KKM dan YBrs. Dr Asits Sanna, Pengarah Kesihatan Negeri Sabah.

https://facebook.com/story.php?story_fbid=pfbid02ZGbduvTL2Hf6QpxtQkK6s5vJfqfBTDCVipweG6YyTguRQ3cEYb5dkdCcGq7Xjqjql&id=100064560379224&mibextid=qC1gEa

Sumber : Kementerian Kesihatan Malaysia
One Hour Malaysia Clean Up

Dengarkan di nasionalfm pada pukul 12.15 tengah hari bersama Puan Rufina Dalis Jimen, Penolong Pengarah Kanan dari Bahagian Pendidikan Kesihatan, KKM.

#ANMS #KekalSihat #sihatmilikku
Jom tonton sitkom AUSSH dengan episod 10 Ribu Langkah di https://youtu.be/WB_uiA5zVhA dan sertai pertandingan yang dianjurkan. Ada 4️⃣ hari lagi sebelum tarikh tutup pertandingan.

Imbas kod QR untuk terma dan syarat pertandingan.

#ANMS #KekalSihat #sihatmilikku

Sumber:
Bahagian Pendidikan Kesihatan, KKM
t.me/sihatmilikbersama
Perkhidmatan Perubatan Kecemasan yang dikendalikan oleh Jabatan Kecemasan & Trauma adalah merawat pesakit yang benar-benar memerlukan bantuan segera.

Fahami fungsi sebenar Jabatan Kecemasan dan Trauma agar pihak hospital mampu memberikan perkhidmatan lebih baik kepada pesakit.

Kes bukan kecemasan pula adalah kes yang tidak memerlukan anda mengunjungi Jabatan Kecemasan dan Trauma untuk mendapatkan rawatan.

Anda boleh mendapatkan rawatan di klinik kesihatan yang terdekat, klinik komuniti atau klinik swasta.

#ANMS #KekalSihat #sihatmilikku

Sumber:
Bahagian Pendidikan Kesihatan, KKM
t.me/sihatmilikbersama
Kemurungan boleh berlaku kepada sesiapa sahaja. Kemurungan tidak bererti seseorang itu lemah atau gagal menyelesaikan masalah yang dihadapi.

Anda tidak perlu berseorangan dalam melawan cabaran ini. Kami di KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA sedia membantu.

#DrZ #MalaysiaMADANI
One Hour Malaysia Clean Up

Dengarkan di asyikfm pada pukul 10.15 pagi bersama Puan Ruffina Dalis Jimen, Penolong Pengarah Kanan dari Bahagian Pendidikan Kesihatan, KKM.

#ANMS #KekalSihat #sihatmilikku
Mulut Sihat Pilihan Saya

Saksikan dalam rancangan Malaysia Hari Ini di TV3
Tarikh : 27 Jun 2023 (Selasa)
Masa : 9.30 pagi
Panel :
Dr. Jamaliah bt. Omar
Timbalan Pengarah
Program Kesihatan Pergigian, KKM

#ANMS #KekalSihat #sihatmilikku
FUN WALK ANMS 2023 DIBUKA PENDAFTARAN SEKARANG!

Ayuh ramai-ramai kita meriahkan Agenda Nasional Malaysia Sihat (ANMS) dengan Fun Walk dalam menyahut cabaran 10,000 langkah yang bakal diadakan seperti butiran berikut:

📅 Tarikh: 16 Julai 2023
Masa: 7.00 pagi
📍 Tempat: Dewan Bunga Matahari, Subang Bestari, Shah Alam, Selangor

🔗 Link Pendaftaran: https://tinyurl.com/3f87vrku

TARIKH TUTUP PENDAFTARAN ADALAH 10 JULAI 2023
PENDAFTARAN SECARA PERCUMA

500 penyertaan pertama akan dapat jersi secara percuma tau!

#LariPercuma
#ANMS
#FunWalk2023
#SgBuloh
Jom tonton sitkom AUSSH dengan episod 5 Je di https://youtu.be/WXmOZvT4mLE dan sertai pertandingan yang dianjurkan. Ada 3️⃣ hari lagi sebelum tarikh tutup pertandingan.

Imbas kod QR untuk terma dan syarat pertandingan.

#ANMS #KekalSihat #sihatmilikku

Sumber:
Bahagian Pendidikan Kesihatan, KKM
t.me/sihatmilikbersama
Terdapat banyak bekas yang berpotensi menjadi tempat pembiakan nyamuk Aedes.

Jom amalkan pengasingan sisa yang teratur dan betul dan jaga kebersihan persekitaran.

Musnahkan tempat pembiakan nyamuk Aedes.

#ANMS #KekalSihat #OneHourMalaysiaCleanUp #GotongRoyongMegaOnePointZero #TiadaAedesTiadaDenggi #JomKitarSemula #sihatmilikku

Sumber:
Bahagian Pendidikan Kesihatan, KKM
t.me/sihatmilikbersama
This media is not supported in your browser
VIEW IN TELEGRAM
🩺Pemberian vaksin pneumokokal dapat mengoptimumkan perlindungan daripada penyakit pneumokokal khususnya untuk mengelakkan pneumokokal invasif dalam kalangan kanak-kanak berumur 5 tahun ke bawah iaitu yang lahir pada tahun 2018 dan 2019.

❗️AMBIL PELUANG INI❗️
BAWA ANAK ANDA UNTUK MENDAPAT SUNTIKAN PNEUMOKOKAL DI KLINIK KESIHATAN BERHAMPIRAN ANDA.
"BUMI DIPINJAM, TANGGUNGJAWAB DI TANGAN KITA"..

Mari turut serta saksikan FB Live esok 28 Jun 2023 (Rabu) bersama jemputan kita iaitu Encik Molzairy Bin Yahya selaku Penolong Pengarah Kanan Penguatkuasa dari Pejabat SWCORP Daerah Batu Pahat / Yong Peng bagi membincangkan topik yang sangat menarik..

Maka jangan lepaskan peluang 💪😀
Jom tonton sitkom AUSSH dengan episod Kaki Temberang di https://youtu.be/tyzZjnOcyHA dan sertai pertandingan yang dianjurkan. Ada 2️⃣ hari lagi sebelum tarikh tutup pertandingan.

Imbas kod QR untuk terma dan syarat pertandingan.

#ANMS #KekalSihat #sihatmilikku

Sumber:
Bahagian Pendidikan Kesihatan, KKM
t.me/sihatmilikbersama