Sihat Milikku - Kementerian Kesihatan Malaysia @MyHEALTHKKM
49.1K subscribers
18K photos
1.81K videos
53 files
7.67K links
Saluran ini adalah untuk Bahagian Pendidikan Kesihatan, Kementerian Kesihatan Malaysia berkongsi maklumat pendidikan kesihatan dengan masyarakat.
加入频道
KKM mempelawa anda untuk menyertai tinjauan penerimaan atau penolakan vaksin bivalen COVID-19.

Sila klik https://forms.gle/4UFFUxmmZsUxjYV48 untuk menjawab soalan.

#ANMS #KekalSihat #COVID19 #LindungDiriLindungSemua #sihatmilikku

Sumber:
Bahagian Pendidikan Kesihatan, KKM
t.me/sihatmilikbersama
LAGI 2 HARI !!!

Jom semua kita pakat memeriahkan Karnival Sihat Milik Semua Peringkat Negeri Perlis 2023 pada

24-25 Jun 2023
Bertempat di UTC Perlis

Jom ramai - ramai gaisss 🤩🤩🤩🤗🤗🤗

#karnivalkesihatansihatmiliksemua #perlishebatsihatmiliksemua #ANMS #anmsperlis

Sumber: https://facebook.com/story.php?story_fbid=pfbid034YA741rdQM4yGMwcCyngcMjUcEDYGazrtPjE6JRZSPfh1ehH7nfQstbe86thFWSEl&id=100068918537696&sfnsn=mo&mibextid=6aamW6
Media is too big
VIEW IN TELEGRAM
Bersenam merupakan komponen penting bagi pemulihan selepas jangkitan COVID-19.

Antara kebaikan bersenam adalah dapat meningkatkan stamina dan kecergasan, membantu pernafasan yang baik dan meningkatkan kekuatan otot serta keseimbangan dan koordinasi tubuh.

Anda dinasihatkan bersenam secara berperngkat bermula dengan fasa terendah dan kekal di setiap fasa selama sekurang-kurangnya 7 hari sebelum peningkatan ke fasa seterusnya.

Dapatkan konsultasi profesional perubatan sebelum mengikuti saranan senaman yang dinyatakan.

Hentikan senaman dan segera dapatkan bantuan profesional perubatan sekiranya anda mengalami apa-apa jua gejala amaran ketika melakukannya.

#ANMS #COVID19 #KekalSihat #sihatmilikku

Sumber:
Bahagian Pendidikan Kesihatan, KKM
t.me/sihatmilikbersama
Jom tonton sitkom AUSSH dengan episod Kak Long Zombie di https://youtu.be/7cs9aXFDy0s dan sertai pertandingan yang dianjurkan. Ada 7 hari lagi sebelum tarikh tutup pertandingan.

Imbas kod QR untuk terma dan syarat pertandingan.

#ANMS #KekalSihat #sihatmilikku

Sumber:
Bahagian Pendidikan Kesihatan, KKM
t.me/sihatmilikbersama
Media is too big
VIEW IN TELEGRAM
Program KOSPEN WOW merupakan program intervensi bagi pencegahan penyakit NCD di tempat kerja. Portal Rasmi Program KOSPEN WOW menjadi hub maklumat, pendaftaran, dan pelaporan bagi agensi awam dan swasta seluruh negara.

Jom layari www.moh.gov.my/kospenwow sekarang untuk maklumat lanjut.

#ANMS #KekalSihat #sihatmilikku

Sumber:
Bahagian Pendidikan Kesihatan, KKM
t.me/sihatmilikbersama
🧪🔬Inovasi menggunakan nyamuk Aedes berWolbachia terbukti dapat mengurangkan peningkatan kes demam denggi di sesuatu lokaliti.

🦠Bakteria Wolbachia disuntik ke dalam telur nyamuk Aedes untuk merencatkan pertumbuhan virus denggi dalam nyamuk tersebut yang seterusnya akan menghalang penyebaran virus denggi.

🦟Kaedah penggunaan nyamuk Aedes berWolbachia untuk mengawal denggi telah terbukti selamat selain menunjukkan hasil yang positif.

📌Oleh itu, orang ramai tidak perlu bimbang terhadap pembiakan nyamuk Aedes berWolbachia dan menyokong usaha murni kerajaan dalam menggunakan inovasi tersebut bagi mengawal penularan penyakit bawaan Aedes demi kesejahteraan bersama.

‼️Pastikan anda mendapat maklumat yang tepat dan sahih mengenai nyamuk Aedes berWolbachia sebelum menyebarkan sebarang maklumat palsu yang boleh mengelirukan masyarakat. ‼️
Beachrobic - Endure Yourself

Jom sertai FB Live anjuran Wellness Hub Kelantan pada pukul 9.00 pagi bersama Coach Shafiq, Coach Am dan Coach Acap.

#ANMS #KekalSihat #KekalAktif #sihatmilikku
Jom tonton sitkom AUSSH dengan episod Jangan Tunggu Lama-Lama di https://youtu.be/KKPbavyc5Xg dan sertai pertandingan yang dianjurkan. Ada 6 hari lagi sebelum tarikh tutup pertandingan.

Imbas kod QR untuk terma dan syarat pertandingan.

#ANMS #KekalSihat #sihatmilikku

Sumber:
Bahagian Pendidikan Kesihatan, KKM
t.me/sihatmilikbersama
🥦Brokoli merupakan salah satu sayuran hijau yang kaya dengan antioksidan yang dapat melindungi seseorang daripada radikal bebas untuk mencegah kanser serta kaya dengan nutrisi seperti fiber, vitamin C, vitamin K, zat besi dan potasium.

♥️💪 Oleh itu, brokoli dapat memberi pelbagai manfaat kepada kesihatan seseorang. Brokoli dapat dinikmati secara mentah atau dimasak. Walaubagaimanapun, manfaat brokoli dapat dikekalkan jika dimasak menggunakan wap.

🥦Oleh itu, makanlah brokoli dengan kerap untuk memperoleh manfaatnya.

Sumber : Kementerian Kesihatan Malaysia
Pagi tadi telah diadakan Program Gerak Rahmah 2023 : Jom Bersih dan Indah Peringkat Wilayah Persekutuan Putrajaya di Perumahan Penjawat Awam P15-12A, Presint 15.

Pasukan WOW dari Bahagian Pendidikan Kesihatan, KKM turut menyertai program ini. Pelbagai aktiviti menarik diadakan seperti treasure hunt, walk about dan gotong royong serta majlis tanam pokok.

Sama-samalah kita pelihara kebersihan persekitaran dalam melestarikan kesihatan dan kesejahteraan komuniti.

#ANMS #KekalSihat #sihatmilikku
Jom tonton sitkom AUSSH dengan episod Denggi yang Dengki di https://youtu.be/uXoO6SrWiq0 dan sertai pertandingan yang dianjurkan. Ada 5 hari lagi sebelum tarikh tutup pertandingan.

Imbas kod QR untuk terma dan syarat pertandingan.

#ANMS #KekalSihat #sihatmilikku

Sumber:
Bahagian Pendidikan Kesihatan, KKM
t.me/sihatmilikbersama