Sihat Milikku - Kementerian Kesihatan Malaysia @MyHEALTHKKM
49.1K subscribers
18K photos
1.82K videos
53 files
7.67K links
Saluran ini adalah untuk Bahagian Pendidikan Kesihatan, Kementerian Kesihatan Malaysia berkongsi maklumat pendidikan kesihatan dengan masyarakat.
加入频道
Tip Keselamatan Makanan
Hari Keselamatan Makanan Sedunia

#TIP 1
Buah-buahan dan sayuran wajib dicuci dahulu sebelum dikupas untuk menghilangkan kotoran atau bahan tercemar.

1 hari lagi !!

#WorldFoodSafety2023
#tipskeselamatanmakanan
#KeselamatanMakananTanggungjawabBersama
MyVIFitEr 3.0 akan bermula 4 hari lagi..

Nantikan..

#ANMS #KekalSihat #KekalAktif #sihatmilikku

Sumber:
Bahagian Pendidikan Kesihatan, KKM
t.me/sihatmilikbersama
Mulai 4 Jun hingga 4 September 2023, lima lagi klinik kesihatan akan dilanjutkan operasi bagi memperluas projek rintis mengurangkan kesesakan pesakit di Jabatan Kecemasan hospital kerajaan.

Klinik yang terlibat adalah
🏥 Klinik Kesihatan Mahmoodiah, Johor Bahru
🏥 Klinik Kesihatan Ampang
🏥 Klinik Kesihatan Kuala Lumpur
🏥 Klinik Kesihatan Taman Ehsan, Kepong
🏥 Klinik Kesihatan Greentown, Ipoh

KKM amat menggalakkan pesakit yang tidak mengalami sakit kritikal untuk mendapatkan rawatan di klinik kesihatan. Pendekatan ini dapat membantu doktor dan anggota kesihatan dalam memberikan rawatan segera kepada pesakit kritikal di Jabatan Kecemasan hospital kerajaan.

#ANMS #KekalSihat #sihatmilikku

Sumber:
Bahagian Pendidikan Kesihatan, KKM
t.me/sihatmilikbersama
Food Standards, Save Lives

Sertai TikTok Live di www.tiktok.com/@myhealthkkm esok pada pukul 3.00 hingga 4.00 petang bersama Puan Nur Liyana binti Mohamad Nizar, Penolong Pengarah Kanan (Pegawai Teknologi Makanan) dari Bahagian Keselamatan dan Kualiti Makanan, KKM.

#ANMS #KekalSihat #sihatmilikku

Sumber:
Bahagian Pendidikan Kesihatan, KKM
t.me/sihatmilikbersama
Telur nyamuk hanya mengambil masa 7 hari untuk bertukar menjadi nyamuk dewasa.

Aedes membunuh! Musnahkan tempat pembiakan nyamuk Aedes.

#ANMS #KekalSihat #OneHourMalaysiaCleanUp #GotongRoyongMegaOnePointZero #TiadaAedesTiadaDenggi #JomKitarSemula #sihatmilikku

Sumber:
Bahagian Pendidikan Kesihatan, KKM
t.me/sihatmilikbersama
Vaksin Penting bagi Jemaah Haji

Dengarkan di zayanfm esok pada pukul 7.00 pagi bersama Dr. Azah binti Abdul Samad, Pakar Perubatan Keluarga dari Klinik Kesihatan Seksyen 7, Shah Alam.

#ANMS #KekalSihat #sihatmilikku
Hari Keselamatan Makanan Sedunia 2023

Dengarkan di Gegarfm esok pada pukul 7.45 pagi bersama Puan Ruhana binti Abdul Latif, ketua Penolong Pengarah dari Bahagian Keselamatan dan Kualiti Makanan, KKM.

#ANMS #KekalSihat #sihatmilikku
Hari Keselamatan Makanan Sedunia 2023

Dengarkan di asyikfm esok pada pukul 11.30 pagi bersama Puan Ruhana binti Abdul Latif, ketua Penolong Pengarah dari Bahagian Keselamatan dan Kualiti Makanan, KKM.

#ANMS #KekalSihat #sihatmilikku
Kepentingan Pengambilan Vaksin untuk Jemaah Haji

Saksikan menerusi FB Live TV Alhijrah esok pada pukul 3.00 petang bersama Dr. Azah binti Abdul Samad, Pakar Perubatan Keluarga dari Klinik Kesihatan Seksyen 7, Shah Alam.

#ANMS #KekalSihat #sihatmilikku
Batuk kokol adalah penyakit yang disebabkan oleh bakteria Bordetella Pertussis. Bakteria ini menjangkiti mulut, hidung dan tekak dan tersebar melalui udara ketika pesakit bersin atau batuk.
Individu bergejala perlu mengamalkan etika batuk dan bersin dengan betul bagi mencegah penularan penyakit kepada individu lain.

Dapatkan rawatan segera jika mengalami gejala Pertussis.

*Ini adalah petikan daripada e-Majalah MyHEALTH Edisi Jun 2023. Klik https://rb.gy/6wjhe untuk edisi penuh.

#ANMS #KekalSihat #sihatmilikku

Sumber:
Bahagian Pendidikan Kesihatan, KKM
t.me/sihatmilikbersama
Jom sertai Kuiz Hari Tanpa Tembakau 2023

Kuiz Siri 2/4 boleh diakses melalui laman berikut :

https://docs.google.com/forms/d/19wFfuEaPtVhAYzrRsgdUioJuZposY2TsQAxJFRHh7A4

Sumber:
Bahagian Pendidikan Kesihatan, KKM
t.me/sihatmilikbersama
Food Standards, Save Lives

Jangan lupa sertai TikTok Live di www.tiktok.com/@myhealthkkm pada pukul 3.00 hingga 4.00 petang bersama Puan Nur Liyana binti Mohamad Nizar, Penolong Pengarah Kanan (Pegawai Teknologi Makanan) dari Bahagian Keselamatan dan Kualiti Makanan, KKM.

#ANMS #KekalSihat #sihatmilikku

Sumber:
Bahagian Pendidikan Kesihatan, KKM
t.me/sihatmilikbersama
Hari ini Jun 7, 2023 merupakan Hari Keselamatan Makanan Sedunia.

Tahun ini, Hari Keselamatan Makanan Sedunia mengangkat tema Food Standard Save Lives yang menunjukkan betapa pentingnya standard bagi sesuatu produk makanan ditetapkan bagi memastikan makanan yang di ambil adalah selamat untuk di makan.

Sempena Hari Keselamatan Makanan Sedunia 2023 semua pihak turut memainkan peranan aktif dalam menjaga keselamatan makanan. Mulakan dengan PERHATI dan PILIH dari membeli bahan makanan yang berkualiti sehingga penyediaan dan penyimpanannya. Kepada peniaga atau pengendali makanan, adalah diharapkan amalan pengendalian makanan serta aspek kebersihan sentiasa diberi perhatian. Bagi pengguna sentiasa amalkan LIHAT, HIDU dan RASA sebelum makan.

Keselamatan makanan merupakan tanggungjawab bersama. Oleh itu, mari kita bersama-sama menjaga keselamatan makanan dan menyumbang kepada pembangunan Malaysia sebagai sebuah negara madani.

Selamat menyambut Hari Keselamatan Makanan Sedunia 2023!!
Kenyataan Media
Kementerian Kesihatan Malaysia

7 Jun 2023 - Situasi Terkini COVID-19 di Malaysia
Penyakit Pneumokokal lebih cenderung menjangkiti kanak-kanak dan boleh dicegah dengan pengambilan vaksin pneumokokal.

Antara komplikasi penyakit pneumokokal adalah seperti radang paru-paru dan radang selaput otak.

#ANMS #KekalSihat #sihatmilikku

Sumber:
Bahagian Pendidikan Kesihatan, KKM
t.me/sihatmilikbersama