Sihat Milikku - Kementerian Kesihatan Malaysia @MyHEALTHKKM
49.1K subscribers
18K photos
1.82K videos
53 files
7.67K links
Saluran ini adalah untuk Bahagian Pendidikan Kesihatan, Kementerian Kesihatan Malaysia berkongsi maklumat pendidikan kesihatan dengan masyarakat.
加入频道
Penjagaan Kesihatan Semasa Bulan Puasa.

Dengarkan di sinarfm pada pukul 7.50 pagi ini bersama Puan Suriawati binti Abu Aziz, Pegawai Dietetik dari Hospital Kuala Lumpur.

#ANMS #KekalSihat #sihatmilikku
This media is not supported in your browser
VIEW IN TELEGRAM
Selamat menyambut Bulan Ramadan yang lebih bermakna bebas daripada asap rokok.

Ahli keluarga dan rakan kepada perokok perlu memberi sokongan kepada jihad perokok untuk berhenti merokok.

Ingat A-B-C-D sepanjang Ramadan.

A - Azam
B - Bimbing
C - Cakna
D - Didik

Hubungi Sister Erni di talian Quitline Berhenti Merokok 03 - 8883 4400 atau kunjungi fasiliti kesihatan yang menawarkan perkhidmatan berhenti merokok untuk mendapatkan bantuan berhenti merokok.

#ANMS #KekalSihat #sihatmilikku #menjempuberkatmenolakmudarat

Sumber:
Bahagian Pendidikan Kesihatan, KKM
t.me/sihatmilikbersama
Soalan-soalan lazim Fungsi Janji Temu MySejahtera

9. Bolehkah saya membatal janji temu saya setelah tempahan dibuat?

#ANMS #KekalSihat #sihatmilikku

Sumber:
Bahagian Pendidikan Kesihatan, KKM
t.me/sihatmilikbersama
Media is too big
VIEW IN TELEGRAM
Kempen Nafas Baharu Bermula Ramadan telah bermula sejak 2003 dan ramai yang menggunakan peluang di bulan Ramadan ini untuk mula berhenti merokok.

Elakkan diri daripada berbuka puasa dengan rokok. Berbukalah dengan keluarga dan rakan dalam keadaan yang harmoni tanpa asap rokok.

#ANMS #KekalSihat #speakout #sihatmilikku

Sumber:
Bahagian Pendidikan Kesihatan, KKM
t.me/sihatmilikbersama
This media is not supported in your browser
VIEW IN TELEGRAM
“Jom Jana Duit Trash To Cash”

Jangan buang sampah begitu sahaja.

Asingkan barang yang boleh dikitar semula
dan jual semula di Pusat Kitar Semula atau vendor bagi mendapat ganjaran.

Layari laman sesawang & ikuti media sosial MyHEALTHKKM untuk maklumat lanjut.

#SihatSepanjangHayat #ANMS #MyHEALTHKKM #sihatmilikku

Kredit: Amandalyn Chen

Sumber:
Bahagian Pendidikan Kesihatan, KKM
t.me/sihatmilikbersama
Kenyataan Media KPK 23 Mac 2023 – Pembatalan Pendaftaran Dan Panggil Balik Bagi Semua Produk Yang Mengandungi Pholcodine Berikutan Risiko Keselamatan Dikesan

Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) ingin memaklumkan bahawa Pihak Berkuasa Kawalan Dadah (PBKD), KKM pada 20 Mac 2023 telah bersetuju untuk membatalkan pendaftaran dan mengeluarkan arahan panggil balik ke atas semua produk berdaftar yang mengandungi pholcodine.
Ini berikutan terdapatnya risiko keselamatan yang dikesan iaitu risiko terjadinya anafilaksis (reaksi alahan teruk yang boleh mengancam nyawa) dengan penggunaan ubat pengendur otot (muscle-relaxant) atau neuromuscular blocking agents (NMBAs) semasa proses pembiusan umum (general anaesthesia), terutamanya kepada mereka yang pernah mengambil ubat yang mengandungi pholcodine dalam tempoh 12 bulan lalu.

Dengan erti kata lain, mereka yang mengambil ubat yang mengandungi pholcodine (kebiasaannya ubat batuk) dalam tempoh 12 bulan lalu berhadapan risiko yang lebih tinggi untuk mengalami anafilaksis sekiranya diberi ubat pengendur otot atau neuromuscular blocking agents (NMBAs) semasa proses pembiusan penuh (general anaesthesia), misalnya semasa menjalani pembedahan.

Pholcodine adalah sejenis ubat bagi mengawal dan menghentikan batuk jenis kering (nonproductive/dry, irritating) di dalam kalangan dewasa dan kanak-kanak. Di Malaysia, pholcodine diklasifikasikan sebagai ubat terkawal Kumpulan C dan boleh diperolehi tanpa preskripsi. Terdapat sejumlah 14 produk mengandungi pholcodine yang berdaftar dengan PBKD dalam bentuk tunggal dan kombinasi dengan ubat lain seperti dalam Lampiran 1.

Setakat ini, Pusat Pemonitoran Kesan Advers Ubat Kebangsaan, Bahagian Regulatori Farmasi Negara (NPRA) telah menerima sejumlah 12 laporan dengan 17 kesan advers susulan penggunaan pholcodine. Namun begitu, daripada laporan tersebut, tiada laporan anaphylaxis yang diterima.

Walaupun tiada laporan kesan advers diterima oleh NPRA setakat ini, keputusan PBKD ini diambil berdasarkan bukti-bukti daripada kajian “Allergy to Neuromuscular Blocking Agents and Pholcodine Exposure” (ALPHO), data keselamatan pasca pemasaran dan maklumat yang diperoleh daripada pengamal perubatan, agensi negara-negara lain seperti United Kingdom (UK), Australia, beberapa negara European Union (EU) seperti Perancis dan Norway di mana mereka telah mengambil tindakan regulatori bagi pembatalan dan panggil balik produk yang mengandungi pholcodine berdasarkan maklumat keselamatan ini.

Kenyataan penuh di https://kpkesihatan.com/2023/03/23/kenyataan-media-kpk-23-mac-2023-pembatalan-pendaftaran-dan-panggil-balik-bagi-semua-produk-yang-mengandungi-pholcodine-berikutan-risiko-keselamatan-dikesan/
Satu daripada lokasi paling popular di Malaysia semasa Bulan Ramadan ialah Bazar Ramadan. Kemeriahan Bazar Ramadan pastinya memberikan pengalaman yang bermakna bukan sahaja kepada para pengunjung tetapi juga kepada para peniaga yang berusaha menarik pelanggan. Bahkan Bazar Ramadan menjadi tempat pertemuan keluarga, sahabat dan kenalan. Demikianlah meriahnya Bazar Ramadan. Justeru itu di sebalik kemeriahan ini, soal kebersihan mestilah menjadi keutamaan, marilah kita bersama-sama menjaga kebersihan Bazar Ramadan.

Kepada semua, Selamat Menyambut Bulan Ramadan dan Selamat Berpuasa!

#10minithapuskanaedes

Sumber: Jabatan Kesihatan Negeri Johor
Media is too big
VIEW IN TELEGRAM
Adakah Paxlovid wajib diambil oleh pesakit-pesakit COVID-19 atau hanya kelompok tertentu sahaja?

Paxlovid tidak wajib diambil oleh semua individu yang dijangkiti COVID-19. Hanya pesakit yang memenuhi kriteria sahaja diberikan Paxlovid.

#ANMS #KekalSihat #COVID19 #sihatmilikku

Sumber:
Bahagian Pendidikan Kesihatan, KKM
t.me/sihatmilikbersama
PANDUAN RINGKAS UNTUK MELABEL MAKANAN YANG DIBUNGKUS

Tarikh & Masa Makanan Siap Dimasak/ Dibungkus
✏️ Nama Makanan
☎️ Nama / Alamat & No. Telefon Pengusaha

#KeselamatanMakananTanggungjawabBersama
#foodsafetytips
#tipskeselamatanmakanan

Sumber: Bahagian Keselamatan dan Kualiti Makanan, KKM
Media is too big
VIEW IN TELEGRAM
Hai semua.

Team HePiLI ingin mengucapkan Selamat Berpuasa kepada semua warga HePiLI yang beragama islam.

Ingat ye, bulan Ramadan ini bukan sahaja melatih diri menahan lapar dan dahaga tetapi juga melatih diri kita sendiri dalam menimbang tara perkara yang baik dan tak baik.

#HePiLI
#Ramadan2023

Sumber:
Bahagian Pendidikan Kesihatan, KKM
t.me/sihatmilikbersama
Soalan-soalan lazim Fungsi Janji Temu MySejahtera

10. Adakah saya akan terima makluman jika janji temu saya telah dibatalkan?

#ANMS #KekalSihat #sihatmilikku

Sumber:
Bahagian Pendidikan Kesihatan, KKM
t.me/sihatmilikbersama
Selamat menyambut bulan Ramadan dan selamat menjalani ibadah puasa kepada semua umat Islam. Dan kepada peniaga makanan Bazar Ramadan, pastikan ANDA melaksanakan KENDIRI Kebersihan Diri. Elakkan pencemaran silang yang boleh mengundang keracunan dan penyakit bawaan makanan. INGAT YA👌

Sumber: Bahagian Keselamatan dan Kualiti Makanan, KKM
Tip bersenam di bulan Ramadan

🏃🏼 Kekalkan intensiti mengikut kemampuan tubuh badan
🏃🏼 Lakukan senaman pada kadar intensiti sederhana
💧 Minum air secukupnya semasa waktu berbuka
😴 Pastikan tidur yang mencukupi

#ANMS #KekalSihat #sihatmilikku

Sumber:
Bahagian Pendidikan Kesihatan, KKM
t.me/sihatmilikbersama
Soalan-soalan lazim Fungsi Janji Temu MySejahtera

11. Adakah saya perlu membuat bayaran jika saya menggunakan fungsi Janji Temu ini?

#ANMS #KekalSihat #sihatmilikku

Sumber:
Bahagian Pendidikan Kesihatan, KKM
t.me/sihatmilikbersama
⚠️ Ramadan ini, pastikan anda sentiasa mengawasi penjagaan kualiti makanan dengan sentiasa mengambil berat terhadap keselamatan makanan khasnya bahan mentah seperti daging, ayam dan makanan laut yang mungkin mengandungi mikcroorganisma yang boleh memudaratkan kesihatan.

📢Hindari penyakit akibat makanan yang boleh menyebabkan masalah kesihatan yang serius, malah boleh menyebabkan kematian akibat kecuaian dalam menjaga keselamatan makanan.