Sihat Milikku - Kementerian Kesihatan Malaysia @MyHEALTHKKM
49.1K subscribers
18K photos
1.82K videos
53 files
7.67K links
Saluran ini adalah untuk Bahagian Pendidikan Kesihatan, Kementerian Kesihatan Malaysia berkongsi maklumat pendidikan kesihatan dengan masyarakat.
加入频道
Berikut merupakan golongan yang berisiko tinggi mendapat jangkitan Influenza.

#ANMS
#KekalSihat
#Influenza
#sihatmilikku

Sumber:
Bahagian Pendidikan Kesihatan, KKM
t.me/sihatmilikbersama
Salah satu dari pilihan rawatan Influenza adalah dengan menggunakan ubat anti-viral.

Rawatan segera adalah amat penting bagi mengelakkan komplikasi penyakit.

#ANMS
#KekalSihat
#Influenza
#sihatmilikku

Sumber:
Bahagian Pendidikan Kesihatan, KKM
t.me/sihatmilikbersama
Hari Hepatitis Sedunia

Dengarkan di raagafm esok pada pukul 9.00 pagi bersama Dr. Vickneshwaran Muthu dari Bahagian Kawalan Penyakit, KKM.

#ANMS
#KekalSihat
#hepatitis
#sihatmilikku
Jangkitan Influenza boleh dicegah dengan mendapatkan vaksinasi secara tahunan.

Selain daripada mendapatkan vaksin Influenza, amalkan langkah-langkah pencegahan seperti kerap membasuh tangan, pakai pelitup muka dan elak mengunjungi tempat tumpuan ramai jika bergejala.

#ANMS
#KekalSihat
#Influenza
#sihatmilikku

Sumber:
Bahagian Pendidikan Kesihatan, KKM
t.me/sihatmilikbersama
Hepatitis B boleh dicegah dengan

☑️ Imunisasi Hepatitis B.
⛔️ Jangan berkongsi perkakas peribadi yang berkemungkinan dicemari darah
⛔️ Jangan bertatu atau bertindik
☑️ Gunakan sarung tangan apabila mengendalikan kerja yang terdedah kepada darah dan cecair badan manusia

Dapatkan ujian saringan Hepatitis sekiranya anda berisiko mendapat jangkitan.

#ANMS
#KekalSihat
#hepatitis
#sihatmilikku

Sumber:
Bahagian Pendidikan Kesihatan, KKM
t.me/sihatmilikbersama
Dari 25 Januari 2020 (ME 4/2020) hingga 23 Julai 2022 (ME 29/2022), situasi terkini COVID-19 adalah seperti berikut:

Kumulatif kes baharu: 4,648,931;
Kumulatif kes sembuh: 4,563,474 kes;
Kumulatif kes kematian: 35,911 kes; dan
Kumulatif kluster: 7,030 kluster (kluster aktif: 15 kluster).

Perbandingan antara ME 28/2022 dan ME 29/2022:
- Bilangan kes sembuh pada ME 29/2022 meningkat sebanyak 18.9 peratus (19,138 kes kepada 22,757 kes);
- Bilangan kes baharu pada ME 29/2022 meningkat sebanyak 13.5 peratus (26,335 kes kepada 29,886 kes);
- Bilangan kes tempatan meningkatsebanyak 13.5 peratus (26,317 kes kepada 29,858 kes); dan
- Bilangan kes import menurunsebanyak 26.3 peratus (38 kes kepada 28 kes).
- Bilangan kes kematian pada ME 29/2022 menunjukkan peningkatan sebanyak 61.5 peratus (39 kes kepada 63 kes) berbanding ME 28/2022; dan
- Purata kes aktif setiap hari bagi ME 29/2022 adalah 45,542 iaitu terdapat peningkatan sebanyak 19.5 peratus berbanding minggu sebelumnya.

https://kpkesihatan.com/2022/07/25/kenyataan-akhbar-kpk-25-julai-2022-situasi-semasa-jangkitan-penyakit-coronavirus-2019-covid-19-di-malaysia-minggu-epidemiologi-29-17-23-julai-2022/
KENALI PERBEZAAN ANTARA

LEMAK TEPU VS LEMAK TAK TEPU

👶🏻Pengambilan diet yang sihat dan seimbang penting bagi anak-anak kita.

Lemak Tepu :

⚠️ Awasi pengambilan lemak tepu anak ada dengan:

- Elakkan pengambilan lemak tepu seperti daging berlemak, mentega, santan, krim dan minyak sapi.
- Buang lemak pada ayam dan daging
- Elakkan memberi daging yang diproses kerana ia tinggi kandungan lemak dan garam
- Elakkan memberi makanan yang diproses (nuget, sosej dan daging luncheon), makanan segera, makanan bergoreng, biskut berkrim, marjerin dan makanan ringan yang tinggi kandungan lemak tepu.


Lemak Tak Tepu:

📣Pastikan pengambilan makanan anak anda mengandungi lemak tak tepu seperti ikan, kacang dan minyak sayuran.

Elakkan memberi makanan yang diproses kerana ianya tinggi kandungan lemak dan garam (nuget, sosej dan daging luncheon), makanan segera, makanan bergoreng, biskut berkrim, marjerin dan makanan ringan yang tinggi kandungan lemak tepu.

#AnakMalaysiaSihat,
generasi Malaysia sejahtera.
Ketua Pengarah Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) telah mengumumkan bahawa jangkitan cacar monyet (monkeypox) sebagai Kejadian Kecemasan Kesihatan Awam Yang Menjadi Kebimbangan Antarabangsa (Public Health Emergency Of International Concern (PHEIC).

Keputusan ini dibuat berdasarkan:
1️⃣ Peningkatan mendadak jumlah kes yang dilaporkan oleh negara-negara bukan endemik monkeypox;
2️⃣ Wabak ini telah memenuhi tiga (3) kriteria PHEIC iaitu kesan kejadian kepada kesihatan awam, kejadian luar jangka dan risiko
penularan rentas sempadan; dan
3️⃣ Bukti dan data saintifik berkaitan jangkitan ini

Pengembara-pengembara yang tiba dari negara-negara terbabit, dinasihatkan memantau status kesihatan kendiri setiap hari termasuk gejala jangkitan monkeypox untuk tempoh selama 21 hari dari tarikh ketibaan di Malaysia.

KKM juga menyeru individu yang mempunyai gejala monkeypox untuk segera ke fasiliti kesihatan untuk pemeriksaan dan rawatan lanjut. Elakkan dari kontak dengan orang lain bagi mengelakkan penularan jangkitan.
KENYATAAN MEDIA MENTERI KESIHATAN MALAYSIA 25 JULAI 2022

PENGISYTIHARAN JANGKITAN MONKEYPOX SEBAGAI PUBLIC HEALTH EMERGENCY OF INTERNATIONAL CONCERN (PHEIC) OLEH WHO DAN KESIAPSIAGAAN KKM MENGHADAPI KEMUNGKINAN JANGKITAN MONKEYPOX DALAM NEGARA
Vaksin Influenza perlu diambil secara tahunan kerana formulasi vaksin Influenza perlu dikemaskini bagi memastikan kandungannya sepadan dengan virus Influenza yang diunjurkan menular pada setiap musim.

#ANMS
#KekalSihat
#Influenza
#sihatmilikku

Sumber:
Bahagian Pendidikan Kesihatan, KKM
t.me/sihatmilikbersama
This media is not supported in your browser
VIEW IN TELEGRAM
Minggu depan satu Akta untuk mengharamkan rokok, vape dan semua alat merokok kepada golongan yang lahir selepas tahun 2007 akan dibentangkan di Parlimen. Kita semua boleh memainkan peranan untuk Akta ini diluluskan. Sama-sama kita lahirkan generasi yang lebih sihat. #GEG
Cegah Kanser Serviks Melalui Saringan Awal

Dengarkan di Gegarfm esok pada pukul 7.45 pagi bersama Dr. Shazimah Abdul Samad dari Bahagian Pembangunan Kesihatan Keluarga, KKM.

#ANMS
#KekalSihat
#sihatmilikku
Media is too big
VIEW IN TELEGRAM
Hepatitis adalah penyakit keradangan hati akibat daripada jangkitan virus hepatitis.

Hepatitis A - Berjangkit melalui pencemaran makanan dan Air

Hepatitis B & C - Berjangkit melalui darah yang tercemar

Lakukan ujian saringan hepatitis jika anda berisiko tinggi untuk mendapat jangkitan dan dapatkan rawatan segera jika perlu.

Bersama kita cegah hepatitis.

#ANMS
#KekalSihat
#hepatitis
#sihatmilikku

Sumber:
Bahagian Pendidikan Kesihatan, KKM
t.me/sihatmilikbersama
Pengambilan personel MySTEP di Bahagian Pendidikan Kesihatan, KKM. Kepada yang berminat boleh emel dokumen seperti di dalam iklan ke [email protected].

Kelayakan akademik Ijazah Sarjana Muda Grafik dan Media Digital atau setaraf.