Sihat Milikku - Kementerian Kesihatan Malaysia @MyHEALTHKKM
49.1K subscribers
18K photos
1.82K videos
53 files
7.67K links
Saluran ini adalah untuk Bahagian Pendidikan Kesihatan, Kementerian Kesihatan Malaysia berkongsi maklumat pendidikan kesihatan dengan masyarakat.
加入频道
IBU BAPA RENDAH BUKAN PENYEBAB UTAMA ANAK BANTUT⁉️

Pernahkah ketika membawa anak ke klinik kesihatan, anggota kesihatan memberitahu bahawa anak anda mengalami bantut?

Apa itu BANTUT

Bantut ialah masalah ketinggian yang tidak seiring dengan usia. Dalam kata lain, pendek atau rendah berbanding rakan seusianya. Ia ditentukan berdasarkan ukuran panjang atau tinggi dengan umur kanak-kanak.

Mungkin ada dalam kalangan kita yang beranggapan :

“Ibu bapa pun rendah. Sebab itu anak bantut”

Ya, faktor genetik boleh menjadi penyebab bantut namun ia tidak selalunya benar dalam semua kes. Punca utama bantut ialah disebabkan oleh masalah kekurangan zat yang kronik di awal usia. 80% pertumbuhan anak anda bergantung kepada apa yang dialami pada 1000 hari pertama kehidupan iaitu sejak dari dalam kandungan sehingga berusia 2 tahun.

Kurang berat badan berbanding usia bermaksud anak anda mengalami kekurangan zat makanan (KZM). Berat yang kurang dalam jangka masa yang lama menyebabkan tubuhnya bukan sahaja tidak cukup zat untuk membesar, malah tidak cukup untuk meninggi. Jangan terkejut sekiranya anda menjumpai ibu bapa yang tinggi namun anaknya bantut.

Oleh itu, sekiranya anda merupakan ibu bapa yang rendah, anda mempunyai peluang untuk mempunyai anak yang tinggi dengan memastikan amalan pemakanan sihat dimulakan dari awal!

🟣Cegah BANTUT dengan cara:

Pastikan kenaikan berat mengikut saranan sewaktu kehamilan

Pastikan bacaan darah atau Hb sewaktu hamil, 11.0 gm% dan ke atas

Berikan susu ibu sahaja (secara eksklusif) kepada bayi dari lahir hingga berusia 6 bulan.

Mulakan makanan pelengkap pada usia 6 bulan.
Beri makanan mengikut tekstur dan kekerapan yang disarankan.
Elak beri kopi, teh dan kola kepada anak yang sedang membesar. (Ia boleh menghalang penyerapan kalsium yang penting untuk tulang)

Dan yang paling penting, PASTIKAN BERAT, PANJANG/TINGGI DAN BMI ANAK ADA SESUAI DENGAN USIA. Bawalah anak ke klinik kesihatan mengikut temu janji yang ditetapkan untuk pemantauan berterusan.

Yang telah lepas, biarlah lepas. Marilah kita menjaga generasi yang akan datang – anak Malaysia yang bakal lahir atau sedang membesar. Jagalah pemakanan anak-anak dari awal. Cegahlah sebelum merana. Agar anak anda membesar cergas dan sihat sentiasa.

#anakMalaysiasihat
#1000haripertamakehidupan
#1000daysoflife
#cegahbantut

Sumber: Bahagian Pemakanan KKM
Media is too big
VIEW IN TELEGRAM
Masalah bantut dalam negara kita perlu diberi perhatian serius oleh semua pihak. Fahami mengapa bantut berlaku, cara untuk mengelakkannya dan maklumat lain di anakmalaysiasihat.my.

Sama-sama kita pastikan anak-anak kita sihat dan membesar dengan baik. - Khairy Jamaluddin

#AnakMalaysiaSihat
Tahukah Anda

Perkembangan mental dan fizikal anak maksimum adalah sejak dari dalam kandungan 🤰🏻sehingga anak berusia 2 tahun 👶🏻(1,000 hari kelahiran).

Oleh itu, amat disarankan ibu hamil dan anak dipastikan mendapat penjagaan kesihatan dan pemakanan yang terbaik.

#AnakMalaysiaSihat, generasi Malaysia sejahtera.
👍Hadkan pengambilan garam dan gula anak anda.

Sebaiknya:

Sediakan snek berkhasiat seperti buah-buahan segar
Pelbagaikan sumber makanan semula jadi
Galakkan anak minum air kosong

#AnakMalaysiaSihat,
generasi Malaysia sejahtera.
KENALI PERBEZAAN ANTARA

LEMAK TEPU VS LEMAK TAK TEPU

👶🏻Pengambilan diet yang sihat dan seimbang penting bagi anak-anak kita.

Lemak Tepu :

⚠️ Awasi pengambilan lemak tepu anak ada dengan:

- Elakkan pengambilan lemak tepu seperti daging berlemak, mentega, santan, krim dan minyak sapi.
- Buang lemak pada ayam dan daging
- Elakkan memberi daging yang diproses kerana ia tinggi kandungan lemak dan garam
- Elakkan memberi makanan yang diproses (nuget, sosej dan daging luncheon), makanan segera, makanan bergoreng, biskut berkrim, marjerin dan makanan ringan yang tinggi kandungan lemak tepu.


Lemak Tak Tepu:

📣Pastikan pengambilan makanan anak anda mengandungi lemak tak tepu seperti ikan, kacang dan minyak sayuran.

Elakkan memberi makanan yang diproses kerana ianya tinggi kandungan lemak dan garam (nuget, sosej dan daging luncheon), makanan segera, makanan bergoreng, biskut berkrim, marjerin dan makanan ringan yang tinggi kandungan lemak tepu.

#AnakMalaysiaSihat,
generasi Malaysia sejahtera.