Sihat Milikku - Kementerian Kesihatan Malaysia @MyHEALTHKKM
49.1K subscribers
18K photos
1.82K videos
53 files
7.67K links
Saluran ini adalah untuk Bahagian Pendidikan Kesihatan, Kementerian Kesihatan Malaysia berkongsi maklumat pendidikan kesihatan dengan masyarakat.
加入频道
Kadar kebolehjangkitan Covid-19 atau Ro/Rt pada jangkaan mengikut kes seharian pada 15 hb Jan 2022 untuk seluruh negara adalah 0.99. Manakala pecahan mengikut negeri adalah seperti di lampiran.

- KPK KKM -
Pada 16 Januari 2022, jumlah kes COVID-19 yang dilaporkan adalah 3,010 kes menjadikan jumlah kumulatif sebanyak 2,808,347 kes.

Maklumat terperinci akan dimuatnaik ke laman COVIDNOW: covidnow.moh.gov.my

Data harian laman COVIDNOW dikemaskini sekaligus selepas tengah malam.
Sebelum anda menghadiri ke Pusat Pemberian Vaksin (PPV) untuk menerima dos penggalak, lengkapkan borang kebenaran digital melalui MySejahtera.

Untuk borang kebenaran dalam pelbagai bahasa; sila layari vaksincovid.gov.my/penerbitan/

---------_------------_-------------

Before you go to the Vaccination Center (PPV) to receive your booster dose, please complete the digital consent form through MySejahtera.

To read the consent forms in multiple languages; please visit vaksincovid.gov.my/penerbitan/

Sumber: JKJAV
Anda berisiko mendapat jangkitan COVID-19 daripada mereka yang berada disekeliling anda.

Elakkan 3S iaitu kawasan yang sesak, sempit, dan sembang dengan jarak yang dekat.

COVID-19 lebih mudah tersebar di kawasan-kawasan ini.
Orang ramai disarankan untuk mendapatkan dos penggalak vaksin COVID-19 sebagai perlindungan diri dan keluarga.

https://facebook.com/story.php?story_fbid=296814452480565&id=100064560379224
Terdapat 2️⃣ nota tambahan di bawah jadual untuk tempoh kuarantin bagi kontak rapat kepada kes positif COVID-19 mengikut status vaksinasi COVID-19.

Berkuat kuasa pada 16 Januari 2022, berikut adalah prosedur dan tempoh kuarantin bagi kontak rapat kepada kes positif COVID-19 mengikut status vaksinasi COVID-19.

📌 Sepanjang tempoh kuarantin, 5 atau 7 hari, sekiranya mengalami gejala, lakukan RTK-Ag kendiri atau terus ke fasiliti kesihatan sekiranya gejala bertambah teruk.

📌 Sekiranya sepanjang tempoh kuarantin, 5 atau 7 hari, sekiranya tidak mengalami sebarang gejala, maka hanya lakukan RTK-Ag di fasiliti kesihatan awam atau swasta pada hari terakhir kuarantin bagi tujuan pelepasan.
There are 2️⃣ additional notes added below the table for the new quarantine period for close contact to COVID-19 positive cases according to COVID-19 vaccination status.

Effective 16 January 2022, the following are the procedures and quarantine period for close contact to COVID-19 positive cases according to COVID-19 vaccination status.

📌 Throughout the quarantine period, 5 or 7 days, if symptomatic, perform self-test RTK-Ag or go directly to the health facility if symptoms worsen.

📌 Throughout the quarantine period, 5 or 7 days, if not experiencing any symptoms, only do RTK-Ag in public or private health facilities on the last day of quarantine to be released.
Kenyataan Akhbar KPK 16 Januari 2022 – Situasi Semasa Jangkitan Penyakit Coronavirus 2019 (COVID-19) dan Bencana Banjir di Malaysia

Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) ingin memaklumkan status terkini kes COVID-19 di Malaysia sehingga 16 Januari 2022 (jam 12:00 tengah hari);
• Kes sembuh : 2,584 kes (2,735,355 kes kumulatif, 97.4%);
• Kes baharu : 3,010 kes (2,808,347 kes kumulatif);
• Kes import : 263 kes (204 warganegara; 59 bukan warganegara);
• Kes tempatan : 2,747 kes [2,634 warganegara (95.9%); 113 bukan warganegara (4.1%)];
• Kes yang memerlukan rawatan di Unit Rawatan Rapi (ICU): 182 kes (146 kes disahkan COVID-19; 36 kes disyaki, kemungkinan, dan kes dalam siasatan);
• Kes memerlukan bantuan pernafasan: 83 kes (58 kes disahkan COVID-19; 25 kes disyaki, kemungkinan, dan kes dalam siasatan);
• Jumlah kluster : 6,212 kluster;
• Jumlah kluster baharu : 7 kluster;
• Jumlah kluster yang telah tamat : 6,036 kluster; dan
• Jumlah kluster aktif : 176 kluster.

Daripada 3,010 kes harian yang dilaporkan pada hari ini;
• 28 kes (0.9 peratus) adalah kategori 3, 4, dan 5; dan
• 2,982 kes (99.1 peratus) lagi adalah terdiri daripada kategori 1 dan 2.

Untuk kenyataan penuh, baca lanjut di: https://kpkesihatan.com/2022/01/16/kenyataan-akhbar-kpk-16-januari-2022-situasi-semasa-jangkitan-penyakit-coronavirus-2019-covid-19-dan-bencana-banjir-di-malaysia/
Sayur & Buah Sumber Kebaikan

Mengikut saranan Piramid Makanan Malaysia 2020, sayur perlu diambil sekurang-kurangnya 3 hidangan sehari manakala, buah pula perlu diambil 2 hidangan sehari. Pengambilan sayur dan buah yang mencukupi boleh membawa 1001 kebaikan kepada tubuh badan kita terutama sekali ketika endemik ini. Oleh itu, jangan lupa untuk makan sayur dan buah 😉

Sumber: Pusat Maklumat Pemakanan Terengganu
Kadar kebolehjangkitan Covid-19 atau Ro/Rt pada jangkaan mengikut kes seharian pada 16 hb Jan 2022 untuk seluruh negara adalah 1.0. Manakala pecahan mengikut negeri adalah seperti di lampiran.

- KPK KKM -
Flurona terbentuk apabila seseorang individu dijangkiti oleh virus influenza dan coronavirus pada masa yang sama.

Langkah-langkah pencegahan kendiri yang boleh diambil adalah sama dengan varian-varian lain iaitu seperti memakai pelitup muka, jaga penjarakan fizikal dan dapatkan vaksin termasuk dos penggalak.

#ANMS
#sihatsepanjanghayat
#MalaysiaSihatSejahtera
#COVID19
#sihatmilikku

Telegram SIHAT MILIKKU (MyHEALTHKKM)
t.me/sihatmilikbersama
(Saluran Rasmi Bahagian Pendidikan Kesihatan, Kementerian Kesihatan Malaysia)
Jom selak buku mewah (coffee table book) berkenaan ANMS di https://bit.ly/3qzytcr.

ANMS dirangka untuk memastikan kesejahteraan rakyat terpelihara dengan menjadikan kesihatan sebagai satu keutamaan.

#ANMS
#sihatsepanjanghayat
#MalaysiaSihatSejahtera
#sihatmilikku

Telegram SIHAT MILIKKU (MyHEALTHKKM)
t.me/sihatmilikbersama
(Saluran Rasmi Bahagian Pendidikan Kesihatan, Kementerian Kesihatan Malaysia)