Sihat Milikku - Kementerian Kesihatan Malaysia @MyHEALTHKKM
49.1K subscribers
18K photos
1.82K videos
53 files
7.67K links
Saluran ini adalah untuk Bahagian Pendidikan Kesihatan, Kementerian Kesihatan Malaysia berkongsi maklumat pendidikan kesihatan dengan masyarakat.
加入频道
Kenyataan Akhbar KPK 14 Januari 2022 – Situasi Semasa Jangkitan Penyakit Coronavirus 2019 (COVID-19) dan Bencana Banjir di Malaysia

Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) ingin memaklumkan status terkini kes COVID-19 di Malaysia sehingga 14 Januari 2022 (jam 12:00 tengah hari);
• Kes sembuh: 3,052 kes (2,729,943 kes kumulatif, 97.4%)
• Kes baharu : 3,346 kes (2,802,263 kes kumulatif);
• Kes import : 267 kes (196 warganegara; 71 bukan warganegara);
• Kes tempatan : 3,079 kes [2,941 warganegara (95.5%); 138 bukan warganegara (4.5%)];
• Kes yang memerlukan rawatan di Unit Rawatan Rapi (ICU): 204 kes (159 kes disahkan COVID-19; 45 kes disyaki, kemungkinan, dan kes dalam siasatan);
• Kes memerlukan bantuan pernafasan: 95 kes (64 kes disahkan COVID-19; 31 kes disyaki, kemungkinan, dan kes dalam siasatan);
• Jumlah kluster : 6,195 kluster;
• Jumlah kluster baharu : 3 kluster;
• Jumlah kluster yang telah tamat : 6,023 kluster;
• Jumlah kluster aktif : 172 kluster.

Daripada 3,346 kes harian yang dilaporkan pada hari ini;
• 49 kes (1.5 peratus) adalah kategori 3, 4, dan 5; dan
• 3,297 kes (98.5 peratus) lagi adalah terdiri daripada kategori 1 dan 2.

Untuk kenyataan penuh, baca lanjut di: https://kpkesihatan.com/2022/01/14/kenyataan-akhbar-kpk-14-januari-2022-situasi-semasa-jangkitan-penyakit-coronavirus-2019-covid-19-dan-bencana-banjir-di-malaysia/
Adakah dos penggalak selamat untuk seseorang yang mahu mengandung, sedang mengandung atau sedang menyusu bayi?

Is the booster dose safe for women who are trying to conceive, currently pregnant or breastfeeding?

#Ibunisasi
#PICKBooster
#LindungDiriLindungSemua

Sumber: JKJAV
Vaksin penggalak COVID-19 diberikan untuk memastikan anda mendapat perlindungan yang optimum daripada jangkitan COVID-19.

Bagi yang telah menerima dos penggalak COVID-19, anda dinasihati agar tidak melakukan aktiviti-aktiviti yang lasak selama seminggu.

Berikut adalah perkara yang perlu dilakukan selepas menerima dos penggalak.

-----------_------------_-----------

COVID-19 Booster vaccines are provided to give optimal protection against COVID-19 infection.

For those who have received their COVID-19 booster dose, you are advised to not do any streneous activites for a week.

Here are the list of things that you should do after receiving your booster dose.

#PICKBooster
#LindungDiriLindungSemua

Sumber: JKJAV
Adakah data saya selamat dan dilindungi semasa mengaktifkan MySejahtera Trace ini?

Sila rujuk infografik ini.

___________________________________

Is my personal data safe and protected while activating MySejahtera Trace?

Please refer to this infographic.

#reopeningsafely
#mysejahteratrace
#mysejahtera

Sumber: MySejahtera
Kejayaan Vaksinasi COVID-19

Pencapaian peratusan populasi yang telah lengkap divaksinasi yang tinggi dan pencapaian peratus populasi yang telah terima dos penggalak yang memberangsangkan telah berjaya mengurangkan peratus pengisian katil COVID-19 di fasiliti kesihatan.

----------_-----------_---------

Achievement of COVID-19 Vaccination

The high percentage of population that have completed their vaccination and the percentage of population boosted have succesfully reduced the percentage of COVID-19 bed utilization in health facilities.

Sumber: JKJAV & CPRC Perubatan, KKM
Sepanjang pandemik COVID-19 ini, salah satu usaha yang kritikal bagi Kementerian Kesihatan Malaysia adalah perlaksanaan Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan (PICK). Walaupun program ini telah mendapat sambutan yang positif dan menggalakkan, namun KKM sentiasa memperkukuhkan strategi-strategi untuk memastikan agar rakyat Malaysia mendapat akses kepada vaksin COVID-19 yang selamat dan berkesan. Ini memerlukan usaha yang menyeluruh daripada semua pihak termasuk daripada pelbagai kementerian, agensi-agensi kerajaan, badan sukarelawan dan komuniti.

Susulan daripada kejayaan PICK ini, KKM telah mendapati pengurangan yang amat ketara daripada segi kadar jangkitan COVID-19, kemasukan ke hospital dan seterusnya membolehkan rakyat Malaysia menjalankan semula kehidupan di dalam norma baharu demi kualiti kehidupan yang lebih baik. Hasil daripada usaha jitu semua pihak termasuk di dalam Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan ini, keluk pandemik COVID-19 di negara Malaysia juga telah berjaya dilandaikan.

Baca kenyataan penuh di
https://kpkesihatan.com/2022/01/15/komitmen-kkm-dalam-memastikan-keberkesanan-keselamatan-dan-kualiti-program-vaksinasi-covid-19-di-malaysia-menerusi-survelans-dan-penyelidikan/
Kadar kebolehjangkitan Covid-19 atau Ro/Rt pada jangkaan mengikut kes seharian pada 14 hb Jan 2022 untuk seluruh negara adalah 1.0. Manakala pecahan mengikut negeri adalah seperti di lampiran.

- KPK KKM -
For those breaking the smoking ban at eateries and restaurants last year; over 12,000 compounds were issued to errant smokers and over 1,000 to premises owners.

“About 67,203 premises were inspected during enforcement activities. Until the end of 2020, there were 5,748 enforcement officers under the Health Ministry who conducted enforcement activities on the smoking ban, together with other activities under public health prevention such as the SOP for Covid-19,”

- KPK KKM -
Kepada perokok yang ingin dapatkan bantuan berhenti merokok sila layari laman jomquit.com.

For those who would like help to #quitsmoking do visit jomquit.com

https://jomquit.com/
Pada 15 Januari 2022, jumlah kes COVID-19 yang dilaporkan adalah 3,074 kes menjadikan jumlah kumulatif sebanyak 2,805,337 kes.

Maklumat terperinci akan dimuatnaik ke laman COVIDNOW: covidnow.moh.gov.my

Data harian laman COVIDNOW dikemaskini sekaligus selepas tengah malam.

- KPK KKM -
Media is too big
VIEW IN TELEGRAM
Dos penggalak diberikan kepada individu yang telah lengkap menerima vaksin COVID-19. Ia bertujuan untuk memastikan imuniti yang telah dibentuk semasa menerima dos lengkap dapat dikekalkan pada tahap optimum daripada risiko jangkitan COVID-19.

#ANMS
#sihatsepanjanghayat
#MalaysiaSihatSejahtera
#COVID19
#LindungDiriLindungSemua
#sihatmilikku

Telegram SIHAT MILIKKU (MyHEALTHKKM)
t.me/sihatmilikbersama
(Saluran Rasmi Bahagian Pendidikan Kesihatan, Kementerian Kesihatan Malaysia)
KENYATAAN MEDIA KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA

TEMPOH BAHARU BAGI PENGASINGAN KES POSITIF COVID-19 DAN KUARANTIN KONTAK RAPAT KEPADA KES POSITIF COVID-19
Kenyataan Akhbar KPK 15 Januari 2022 – Situasi Semasa Jangkitan Penyakit Coronavirus 2019 (COVID-19) dan Bencana Banjir di Malaysia

Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) ingin memaklumkan status terkini kes COVID-19 di Malaysia sehingga 15 Januari 2022 (jam 12:00 tengah hari);
• Kes sembuh : 2,828 kes (2,732,771 kes kumulatif, 97.4%);
• Kes baharu : 3,074 kes (2,805,337 kes kumulatif);
• Kes import : 319 kes (216 warganegara; 103 bukan warganegara);
• Kes tempatan : 2,755 kes [2,625 warganegara (95.3%); 130 bukan warganegara (4.7%)];
• Kes yang memerlukan rawatan di Unit Rawatan Rapi (ICU): 193 kes (158 kes disahkan COVID-19; 35 kes disyaki, kemungkinan, dan kes dalam siasatan);
• Kes memerlukan bantuan pernafasan: 90 kes (61 kes disahkan COVID-19; 29 kes disyaki, kemungkinan, dan kes dalam siasatan);
• Jumlah kluster : 6,205 kluster;
• Jumlah kluster baharu : 10 kluster;
• Jumlah kluster yang telah tamat : 6,029 kluster; dan
• Jumlah kluster aktif : 176 kluster.

Daripada 3,074 kes harian yang dilaporkan pada hari ini;
• 30 kes (1.0 peratus) adalah kategori 3, 4, dan 5; dan
• 3,044 kes (99.0 peratus) lagi adalah terdiri daripada kategori 1 dan 2.

Untuk kenyataan penuh, baca lanjut di: https://kpkesihatan.com/2022/01/15/kenyataan-akhbar-kpk-15-januari-2022-situasi-semasa-jangkitan-penyakit-coronavirus-2019-covid-19-dan-bencana-banjir-di-malaysia/