Sihat Milikku - Kementerian Kesihatan Malaysia @MyHEALTHKKM
49.1K subscribers
18K photos
1.81K videos
53 files
7.66K links
Saluran ini adalah untuk Bahagian Pendidikan Kesihatan, Kementerian Kesihatan Malaysia berkongsi maklumat pendidikan kesihatan dengan masyarakat.
加入频道
Media is too big
VIEW IN TELEGRAM
Boleh cuba minum air hydraboost ini sebagai alternatif kepada air manis.

Resipinya pun mudah. Hanya gunakan air kosong yang ditambahkan dengan lemon, daun pudina dan perahan lemon / limau.

#MalaysiaSihat

Kredit: @mekyunn

Sumber:
Bahagian Pendidikan Kesihatan, KKM
t.me/sihatmilikbersama
This media is not supported in your browser
VIEW IN TELEGRAM
Jangan hisap rokok. Setiap hiasan merosakkan paru-paru, jantung dan juga meningkatkan risiko penyakit-penyakit lain.

Jom datang beramai-ramai ke Sambutan Bulan Malaysia Sihat Sejahtera di Perkarangan Wellness Hub Batu Pahat pada 5-6 Oktober 2024.

Pelbagai aktiviti menarik disediakan.

Budayakan hidup sihat, kukuhkan imuniti badan.

#MalaysiaSihat

Kredit: @bellngasriofficial

Sumber:
Bahagian Pendidikan Kesihatan, KKM
t.me/sihatmilikbersama
Ingat ye kawan-kawan, jangan benarkan orang yang tidak dikenali menyentuh kawasan sulit tubuh badan kita sewenang-wenangnya.

#malaysiasihat
#BMSS@HePiLI

Sumber:
Bahagian Pendidikan Kesihatan, KKM
t.me/sihatmilikbersama
Media is too big
VIEW IN TELEGRAM
Secara amnya, Tinjauan Kebangsaan Kesihatan dan Morbiditi (NHMS) 2023 menunjukkan tren yang agak membimbangkan.

Dapatan NHMS 2023 mendapati:
- 3 dalam 5 penjawat awam Putrajaya mempunyai berat badan berlebihan/obesiti
- 1 dalam 3 penjawat awam Putrajaya mempunyai kolesterol tinggi dalam darah
- 1 dalam 10 penjawat awam Putrajaya menghidap kencing manis
- 1 dalam 4 penjawat awam Putrajaya menghidap darah tinggi

Ayuh penjawat awam Putrajaya, realisasikan Putrajaya Sihat Sejahtera! 

#MalaysiaSihat

Sumber:
Bahagian Pendidikan Kesihatan, KKM
t.me/sihatmilikbersama
Media is too big
VIEW IN TELEGRAM
Beban akibat penyakit berkaitan merokok, termasuklah sakit jantung dan kanser, amatlah tinggi, dianggarkan sekitar 6 bilion ringgit setahun.

Pandemik penyakit berjangkit (atau pandemic of IDs) seperti COVID-19 dan mpox datang dan pergi, tetapi pandemic of NCDs ini boleh kekal ‘membarahi’ masyarakat.

#MalaysiaSihat

Sumber:
Bahagian Pendidikan Kesihatan, KKM
t.me/sihatmilikbersama
Salam Sejahtera Wanita Malaysia,

Kami mahukan suara anda! 🗣Sertai tinjauan kami dan bantu membentuk mesej saringan kanser payudara di masa akan datang. 🎗Institut Penyelidikan Klinikal (ICR), Kementerian Kesihatan Malaysia, menjemput anda untuk menyertai tinjauan ini. Kami ingin mengetahui citarasa anda tentang mesej saringan pemeriksaan kanser payudara. Penyertaan adalah secara sukarela dan tidak perlu mendedahkan nama atau identiti anda. Butiran peribadi anda tidak akan dikumpul.

👉Klik pautan untuk menyertai tinjauan: https://redcap.link/apc

Ayuh sebarkan! 📢Mari wujudkan perubahan positif bersama! 🌟

Terima kasih! 🙌

Sumber: Bahagian Pembangunan Kesihatan Keluarga
This media is not supported in your browser
VIEW IN TELEGRAM
Jom beramai-ramai ke Wellness Hub Batu Pahat Johor pada 5 & 6 Oktober 2024 sempena Sambutan Bulan Malaysia Sihat Sejahtera & Hari Warga Emas Sedunia JKNJ peringkat negeri Johor 2024.

Banyak aktiviti yang menarik disediakan.

Jumpa anda di sana!

#MalaysiaSihat

Sumber:
Bahagian Pendidikan Kesihatan, KKM
t.me/sihatmilikbersama
This media is not supported in your browser
VIEW IN TELEGRAM
Salam semua

Alhamdulilah
Jumpa saudara2 di pekarangan wellness hub batu pahat johor 😊….

Mulakan hari kita dengan segelas air kosong. Minuman yg terdapat tinggi kandungan gula tidak baik untuk kesihatan. Jadi, kurangkan pengambilan gula dalam kehidupan seharian kita.

Jangan lupa ramai2 datang ke sambutan Bulan Malaysia Sihat Sejahtera ANMS. Pelbagai aktiviti dan hadiah menanti anda!

📅Tarikh: 5-6 Oktober 2024
📍Lokasi: Pekarangan Wellness Hub Batu Pahat, Johor

Budayakan Hidup Sihat,
Kukuhkan Imuniti Badan

#MalaysiaSihat #ANMS

Kredit: @akueatu

Sumber:
Bahagian Pendidikan Kesihatan, KKM
t.me/sihatmilikbersama
Merokok dan vape lebih banyak membawa keburukan kepada kita. Jauhi amalan merokok dan vape untuk kesihatan sepanjang hayat.

#malaysiasihat
#BMSS@HePiLI
Media is too big
VIEW IN TELEGRAM
Bagaimana membezakan jangkitan chicken pox dan mpox kerana ada juga pesakit chicken pox bengkak kelenjar limfa?

Sekiranya terdapat sebarang keraguan tentang status jangkitan, sila dapatkan konsultasi daripada pengamal perubatan.

Perbezaan ketara juga boleh dilihat pada jenis ruam yang timbul dan lokasi ruam tersebut.

#mpox #MalaysiaSihat

*Ini adalah petikan TikTok Live MyHEALTHKKM yang telah diadakan pada 4 September 2024 bersama Dr. Khairil Erwan bin Khalid, Pakar Perubatan Perunding & Penyakit Berjangkit dari Hospital Kuala Lumpur.

Sumber:
Bahagian Pendidikan Kesihatan, KKM
t.me/sihatmilikbersama
Gula.. manis yang merosakkan.

Antara kesan buruk gula berlebihan adalah seperti boleh meningkatkan risiko penyakit jantung, meningkatkan risiko diabetes dan mempercepatkan proses penuaan.

#MalaysiaSihat

Sumber:
Bahagian Pendidikan Kesihatan, KKM
t.me/sihatmilikbersama
Media is too big
VIEW IN TELEGRAM
Kes terakhir yang disahkan adalah pada bulan November 2023 dan semua daripada jangkitan clade II.

Penafian : Sesi Tiktok live ini diadakan pada 4 September 2024. 1 kes positif mpox clade II telah disahkan di Malaysia pada 16 September 2024.

#mpox #MalaysiaSihat

*Ini adalah petikan TikTok Live MyHEALTHKKM yang telah diadakan pada 4 September 2024 bersama Dr. Khairil Erwan bin Khalid, Pakar Perubatan Perunding & Penyakit Berjangkit dari Hospital Kuala Lumpur.

Sumber:
Bahagian Pendidikan Kesihatan, KKM
t.me/sihatmilikbersama
This media is not supported in your browser
VIEW IN TELEGRAM
5 Oktober 2024 - Pagi ini telah diadakan Fun Run BMSS 5KM sempena Sambutan Bulan Malaysia Sihat Sejahtera & Hari Warga Emas Sedunia JKNJ peringkat Negeri Johor di Perkarangan Wellness Hub Batu Pahat.

Banyak lagi aktiviti menanti anda. Jom datang beramai-ramai!

#MalaysiaSihat
Sorotan Sambutan Bulan Malaysia Sihat Sejahtera & Hari Warga Emas Sedunia JKNJ peringkat Negeri Johor di Pekarangan Wellness Hub Batu Pahat.

Sambutan ini telah disempurnakan oleh YB Tuan Ling Tian Soon, Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan dan Alam Sekitar negeri Johor.

Pelbagai aktiviti disediakan di sini. Antaranya adalah seperti sukan rakyat, saringan kesihatan, saringan warga emas dan siri pocket talk.

Anda juga berpeluang bertemu dengan selebriti / pempengaruh seperti Atu Zero, Achey dan Bell Ngasri.

Jom beramai-ramai memeriahkan sambutan ini.

#MalaysiaSihat

https://www.facebook.com/share/p/CG2y1q5vjzuJgD3k/
Kanser payudara merupakan kanser utama bagi wanita Malaysia.

Sekiranya anda mengesan sebarang perubahan pada payudara anda, seperti ketulan, benjolan atau perubahan kulit segeralah dapatkan pemeriksaan.

9️⃣ dari 🔟 wanita dapat diselamatkan sekiranya mengesan kanser pada peringkat awal.

Berikut adalah cara untuk mencegah risiko kanser payudara.

#KKMPrihatin
#KKMSihat
#MalaysiaMADANI
This media is not supported in your browser
VIEW IN TELEGRAM
Suasana sekitar pelancaran sambutan Bulan Malaysia Sihat Sejahtera & Hari Warga Emas Sedunia JKNJ peringkat Negeri Johor oleh YB Tuan Ling Tian Soon, Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan dan Alam Sekitar negeri di Pekarangan Wellness Hub Batu Pahat.

Aktiviti masih berjalan sehingga malam nanti! Jangan ketinggalan untuk sertai.

#MalaysiaSihat
This media is not supported in your browser
VIEW IN TELEGRAM
Apakah kesan mengambil gula berlebihan?

Pengambilan gula disarankan tidak lebih daripada 7.5 sudu teh gula sehari termasuk gula tersembunyi.

#MalaysiaSihat

Sumber:
Bahagian Pendidikan Kesihatan, KKM
t.me/sihatmilikbersama
Media is too big
VIEW IN TELEGRAM
"Kerana budaya yang berbeda, kegiatan aktiviti fizikal atau riadah itu dikurangkan atau tidak berlaku langsung.Ada teman-teman saya sejak umur 40an, sampai sekarang tidak ada exercise atau riadah.

Manusia dijadikan Tuhan itu, untuk mempertahahkan kesimbangan. Bila sebut umat yang seimbang, (Ummatan Wasatan), seimbang semua segi, makan minumnya, cara hidupnya, kegiatan riadahnya, rohani jasmaninya, akal kalbunya, fizikal spiritualnya, Tapi kita tidak pertahankan keseimbangan itu."

- YAB Dato' Seri Anwar bin Ibrahim, Perdana Menteri -

#MalaysiaSihat

Sumber:
Bahagian Pendidikan Kesihatan, KKM
t.me/sihatmilikbersama
Media is too big
VIEW IN TELEGRAM
Pelbagai jenis gula ada dalam minuman dan makanan kita.

Ikuti 7 langkah bijak untuk kurangkan gula.

Nak tahu lebih lanjut? Yok orang-orang Johor. Bersama-sama memeriahkan sambutan BMSS di pekarangan Wellness Hub Batu Pahat dari 5-6 Oktober ini.

Macam-macam aktiviti menarik disediakan untuk anda!

#MalaysiaSihat
This media is not supported in your browser
VIEW IN TELEGRAM
Pengunjung hari pertama sambutan BMSS memang terbaik! Kehadiran anda semua menunjukkan komitmen dan kesedaran yang tinggi terhadap kepentingan kesihatan diri, keluarga dan masyarakat. Kami berharap anda dapat memanfaatkan sepenuhnya aktiviti-aktiviti yang disediakan.

Bagi anda yang tidak berkesempatan hadir hari ini, jangan risau! Kami masih meneruskan pelbagai aktiviti menarik pada hari kedua sambutan.

Kami menanti kehadiran anda esok untuk memeriahkan lagi sambutan BMSS!

#MalaysiaSihat