Sihat Milikku - Kementerian Kesihatan Malaysia @MyHEALTHKKM
49.1K subscribers
18K photos
1.81K videos
53 files
7.66K links
Saluran ini adalah untuk Bahagian Pendidikan Kesihatan, Kementerian Kesihatan Malaysia berkongsi maklumat pendidikan kesihatan dengan masyarakat.
加入频道
Masih ada masa untuk menyertai Cabaran Sihat MyHEALTH yang diadakan menerusi e-Majalah edisi Jun 2024. Jom sertainya. Kami mencari 15 penyertaan terawal. Anda mungkin menjadi salah seorang daripada pemenang cabaran ini.

#ANMS #sihatmilikku

Sumber:
Bahagian Pendidikan Kesihatan, KKM
t.me/sihatmilikbersama
Media is too big
VIEW IN TELEGRAM
Pastikan tiada tempat pembiakan nyamuk Aedes dan ambil langkah-langkah melindungi diri daripada gigitan nyamuk Aedes.

Rajin-rajinlah jaga kebersihan persekitaran anda.

Kerajinan anda adalah penentu kehidupan sihat sejahtera.

#ANMS #sihatmilikku.

Sumber:
Bahagian Pendidikan Kesihatan, KKM
t.me/sihatmilikbersama
Media is too big
VIEW IN TELEGRAM
Tukar papan pemotong jika terdapat kesan hitam walaupun telah dibersihkan atau yang telah berubah warna.

Elakkan daripada menggunakan papan pemotong kayu dan papan pemotong yang dibalut.

#ANMS #sihatmilikku

Sumber:
Bahagian Pendidikan Kesihatan, KKM
t.me/sihatmilikbersama
Jom Periksa Mulut

Dengarkan di ikimfm esok pada pukul 8.30 pagi bersama Dr. Jamaliah binti Omar, Pakar Pergigian Kesihatan Awam dari Program Kesihatan Pergigian, KKM.

#ANMS #sihatmilikku
Ancaman Keselamatan Makanan : Bersediakah Anda?

Dengarkan di nasionalfm esok pada pukul 10.30 pagi bersama Puan Nurul Hidayati binti Surawi, Pegawai Teknologi Makanan dari Program Keselamatan Kualiti dan Makanan, KKM.

#ANMS #sihatmilikku
Media is too big
VIEW IN TELEGRAM
Kekal aktif ditempat kerja dengan menghadkan penggunaan lif. Jom gunakan tangga kerana ia boleh menguatkan otot, tulang dan sendi.

Gunakan kemudahan pengangkutan awam yang secara tidak langsung dapat menjadikan kita aktif dengan bergerak ke destinasi yang dituju.

Ayuh kita sama-sama mengamalkan dan semarakkan pembudayaan hidup sihat demi kesejahteraan rakyat Malaysia.

- Datuk Seri Mohamad Sabu, Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan

#ANMS #sihatsepanjanghayat #sihatmilikku

Sumber:
Bahagian Pendidikan Kesihatan, KKM
t.me/sihatmilikbersama
Antara langkah yang boleh diambil bagi mencegah demam tifoid adalah

▶️ Basuh tangan dengan sabun dan air bersih sebelum dan selepas makan dan selepas ke tandas
▶️ Hanya gunakan air bersih dan terawat untuk penyediaan makanan
▶️ Minum air yang telah dimasak sehingga mendidih atau air yang telah dibotolkan
▶️ Bersihkan kawasan sekeliling rumah dan lupuskan sampah dengan sempurna
▶️ Tutup semua makanan

#ANMS #sihatmilikku

Sumber:
Bahagian Pendidikan Kesihatan, KKM
t.me/sihatmilikbersama
3 Julai 2024 - Mesyuarat Jawatankuasa Pemandu Agenda Nasional Malaysia Sihat (ANMS) Bil.2/2024 ini dipengerusikan oleh YB Datuk Seri Dr. Haji Dzulkefly bin Ahmad, Menteri Kesihatan bertempat di Bilik Mesyuarat Utama, Aras 4, Blok Ahli Parlimen dan Pentadbiran, Bangunan Parlimen, Kuala Lumpur yang telah dihadiri oleh Ketua-ketua Setiausaha dan Pegawai-Pegawai Tinggi dari seluruh kementerian.

Fokus mesyuarat kali ini adalah untuk meneliti satu (1) kertas pertimbangan iaitu Pembentukan Pelan Strategik Putrajaya Sihat Sejahtera (PSS) dan dua (2) kertas makluman iaitu Kertas Makluman Tinjauan Literasi Kesihatan Malaysia & Tinjauan Kebangsaan Kesihatan Dan Morbiditi 2023 serta Kertas Makluman Status Kemajuan Pelaksanaan Putrajaya Sihat Sejahtera sebelum diangkat ke Mesyuarat Kabinet ANMS yang akan dipengerusikan oleh YAB Timbalan Perdana Menteri.

#ANMS #sihatmilikku

https://www.facebook.com/share/p/w9iRgQyjmUP4xbDJ/?mibextid=oFDknk
Jelajah Agenda Nasional Malaysia Sihat (ANMS) 2024 peringkat WP Kuala Lumpur dan Putrajaya kini kembali!

📅 Tarikh: 27 & 28 Julai 2024
🕗 Waktu: 8.00 pagi - 10.00 malam
📍 Tempat: Tapak Parking Kenderaan Padang Bola Sintetik Presint 4, Putrajaya

Bersedia untuk pelbagai aktiviti menarik:
- 🖼 Pameran Interaktif pelbagai agensi
- ⁠🍏Jualan Agro Madani
- ⁠ 👩🏻‍⚕️Saringan Kesihatan Secara

PERCUMA!
- 💪 Pertandingan 90 Minute Aerobic Challenge
- 🎨 Pertandingan Mewarna
- ⚽️ Perlawanan Bola Sepak
- 🎤 Meet and Greet bersama Artis

Jemputan
- 🎭 Persembahan PENTARAMA Live Jam@ANMS_WPKL&P

Jom sertai kami untuk hari yang penuh keseronokan! Pelbagai Hadiah dan Cabutan bertuah menanti anda!

Untuk maklumat lanjut, sila layari platform media sosial kami di Kolompo Sihat.

Jumpa anda di sana! 🌟

#1HMCU
#WoPAD
#ANMS
#JelajahANMS
#KekalSihat
#sihatmilikku
#KolompoSihat
Pertandingan 90-minutes Aerobic Challenge sempena World Physical Activity Day (WOPAD) & Jelajah Agenda Nasional Malaysia Sihat (ANMS) 2024 anjuran Jabatan Kesihatan W.P. Kuala Lumpur & Putrajaya!

Tarikh: 27 Julai 2024 (Sabtu)
Masa: 8.30 pagi - 10.00 pagi
Tempat: Lot Parking Padang Sintetik, Presint 4, Putrajaya

Imbas QR code untuk daftarkan pasukan anda sekarang! Wang tunai RM1,000 mungkin menjadi milik anda! Pendaftaran adalah PERCUMA!

#WilayahPersekutuanKita
#sihatmilikku
#ANMS
Jom warga Port Dickson, meriahkan lagi majlis sempena sambutan Bulan Malaysia Sihat Sejahtera (BMSS) peringkat kebangsaan yang akan berlangsung pada 6-8 September 2024 Jumaat hingga Khamis bermula jam 8.00 pagi hingga 5.00 petang kecuali pada hari Jumaat bermula jam 3.00 petang.

Pelbagai aktiviti menarik untuk semua pengunjung.

Jom bertemu dengan pempengaruh sepert Mek Yun, Achey, Bell Ngasri, Atu Zero dan ramai lagi.

Ayuh ke Pantai Batu 1, Port Dickson pada 6-8 September ini. Jangan ketinggalan.

#BMSS
#sihatmilikku
#anms

Sumber: Jabatan Kesihatan Negeri Sembilan.
https://www.facebook.com/share/Y1Pi1qZbG5FC3v7t/?mibextid=WC7FNe
Pertandingan sempena Sambutan Bulan Malaysia Sihat dan Jelajah ANMS Negeri Sembilan 2024

🎬Pendaftaran 3R Fashion Show
https://tinyurl.com/3rbmss

🧩Pendaftaran Explorace Kesihatan PROSIS
https://tinyurl.com/exbmss

🎨Pendaftaran mewarna
https://tinyurl.com/wbmss

#BMSS
#sihatmilikku

Sumber: Jabatan Kesihatan Negeri Sembilan.
https://www.facebook.com/jabatankesihatannegerisembilan/posts/pfbid02EFvfohWnB9rXWQZ1HKjHgWzDCXVtxaCuKZBVJLXZXjdMYVi7x2QyuJKesQ9DSS4Dl
Jom sertai Zumbaton sempena sambutan Bulan
Malaysia Sihat Sejahtera pada 7 September pada jam 8.30 pagi bertempat di Pantai Batu 1 Port Dickson. Hadiah wang tunai menanti kepada pemenang mengikut kategori yang telah ditetapkan.

Jangan terlepas peluang ini. Segera mendaftar melalui imbasan kod QR yang tertera.

Sebarang maklumat lanjut boleh hubungi nombor yang tertera.

#BMSS
#ANMS
#sihatmilikku

Sumber: Jabatan Kesihatan Negeri Sembilan.