Sihat Milikku - Kementerian Kesihatan Malaysia @MyHEALTHKKM
49.1K subscribers
18K photos
1.82K videos
53 files
7.67K links
Saluran ini adalah untuk Bahagian Pendidikan Kesihatan, Kementerian Kesihatan Malaysia berkongsi maklumat pendidikan kesihatan dengan masyarakat.
加入频道
Dakwaan yang menyatakan penggunaan rokok elektronik atau vape tidak memudaratkan kesihatan adalah TIDAK BENAR.

Tabiat menghisap rokok elektronik atau vape bagi jangka masa panjang boleh mengakibatkan perokok menghidap penyakit E-Cigarette or Vaping Product Use-Associated Lung Injury (EVALI) yang menunjukkan beberapa gejala seterusnya mengakibatkan komplikasi serius.

Oleh itu, orang ramai perlu mengambil inisiatif menghentikan tabiat menghisap rokok elektronik atau vape agar dapat mencegah EVALI dan dapat bernafas dengan lebih baik hingga ke akhir hayat.
👴🏻👴🏼Malaysia bakal mengalami peningkatan populasi warga emas disebabkan oleh beberapa faktor seperti peningkatan kualiti kemudahan penjagaan kesihatan.

‼️Proses penuaan menyebabkan fungsi tubuh seseorang berubah. Fungsi organ warga emas lazimnya merosot berbanding individu yang lebih muda.

💥Orang awam termasuk warga emas hendaklah mengamalkan gaya hidup sihat agar kesihatan sentiasa berada paras optimum sehingga ke akhir hayat.
Media is too big
VIEW IN TELEGRAM
Kekal sihat semasa jerebu.

Kurangkan aktiviti luar
Pakai pelitup muka jika perlu keluar rumah / pejabat
Sentiasa minum air secukupnya
Kerap cuci tangan, muka dan mandi

#ANMS #sihatmilikku

Sumber:
Bahagian Pendidikan Kesihatan, KKM
t.me/sihatmilikbersama
Hari Mental Sedunia : Mengesan Masalah Kesihatan Mental

Saksikan dalam rancangan Malaysia Hari Ini esok di TV3
Tarikh : 10 Oktober 2023 (Selasa)
Masa : 9.30 pagi

Panel :
Dr. Norfaridah binti Masiran
Pakar Perubatan Keluarga
Klinik Kesihatan Kampung Bandar

#ANMS #sihatmilikku
World Mental Health Day

Saksikan dalam berita Seithigal di TV Bernama pada pukul 7.00 malam esok bersama Mejar Bersekutu (PA) Kasturi Bai Munusamy, Pakar Psikologi Kanan dari Pusat Kecemerlangan Kesihatan Mental Kebangsaan (NCEMH).

#ANMS #sihatmilikku
Selamat Menyambut Hari Kesihatan Mental Sedunia.

Kesihatan Mental Milik Semua, Hentikan Stigma.

#ANMS #sihatmilikku

Sumber:
Bahagian Pendidikan Kesihatan, KKM
t.me/sihatmilikbersama
Kepada semua pelajar, kekal sihat semasa jerebu. Jaga diri dan terus belajar.

Kurangkan aktiviti luar
Minum air secukupnya
Kerap cuci tangan, muka dan mandi
Pakai pelitup muka jika perlu keluar

Dapatkan rawatan segera jika tidak sihat.

#ANMS #sihatmilikku

Sumber:
Bahagian Pendidikan Kesihatan, KKM
t.me/sihatmilikbersama
Apakah jerebu? Kita terjejas dan perlu bimbang tak dengan jerebu?

Jom dengarkan perbincangan mereka, Siti Nasihah Binti Yusof Penolong Pegawai Kesihatan persekitaran Bersama Dr. Nur Ezzah binti Abd Rahim Pakar Perubatan Kesihatan Awam, Pegawai Epidemiologi, Pejabat Kesihatan Daerah Batu Pahat.

Sumber: Wellness Hub Batu Pahat
𝗧𝗮𝗵𝘂𝗸𝗮𝗵 𝗮𝗻𝗱𝗮, 𝗞𝗮𝗻𝘀𝗲𝗿 𝗣𝗮𝘆𝘂𝗱𝗮𝗿𝗮 𝗮𝗱𝗮𝗹𝗮𝗵 𝗸𝗮𝗻𝘀𝗲𝗿 𝘁𝗲𝗿𝘁𝗶𝗻𝗴𝗴𝗶 𝗱𝗶 𝗠𝗮𝗹𝗮𝘆𝘀𝗶𝗮?

Kanser payudara boleh dikesan pada peringkat awal menerusi Pemeriksaan Sendiri Payudara (PSP) melalui 3️⃣Langkah Mudah;

Langkah 1️⃣ – Lihat
Langkah 2️⃣ – Rasa
Langkah 3️⃣ – Respon
Lakukan setiap bulan, 𝐡𝐚𝐫𝐢 𝐤𝐞-𝟕 𝐡𝐢𝐧𝐠𝐠𝐚 𝐤𝐞-𝟏𝟎 𝐝𝐚𝐫𝐢 𝐡𝐚𝐢𝐝 𝐛𝐞𝐫𝐦𝐮𝐥𝐚.

Pilihlah satu hari yang mudah diingati seperti hari pertama/terakhir setiap bulan (menopos atau haid tidak teratur)

"Pengesanan awal, adalah perlindungan yang terbaik".
Pemeriksaan Sendiri Payudara

Sertai TikTok Live di www.tiktok.com/@myhealthkkm esok pada pukul 3.00 hingga 4.00 petang bersama Puan Fauziah binti Mohammad Kasim, Ketua Penyelia Jururawat dari Bahagian Pembangunan Kesihatan Keluarga.

#ANMS #sihatmilikku

Sumber:
Bahagian Pendidikan Kesihatan, KKM
t.me/sihatmilikbersama
Kanser payudara boleh dicegah dengan amalan gaya hidup sihat serta pengesanan awal melalui ujian saringan.

Lakukan Pemeriksaan Sendiri Payudara (PSP) setiap bulan melalui 3 langkah mudah.‼️

Langkah 1️⃣– Lihat
Langkah 2️⃣– Rasa
Langkah 3️⃣– Respon

Sekiranya terdapat perubahan yang luar biasa pada payudara anda, segera berjumpa doktor.

Pengesanan Awal Adalah Perlindungan Yang Terbaik.
Hai adik-adik!

Destinasi Kembara Sekolah Bulan Malaysia Sihat Sejahtera telahpun sampai ke penghujungnya! 🎉

Kembara Sekolah hari ini telah bertempat di SK Taman Kosas, Ampang, Selangor. [ SK Taman Kosas, Ampang ]

Aktiviti seperti Giant Puzzle Wellness, Wellness Archery dan Giant Jenga menjadi tumpuan murid-murid. Begitu juga dengan aktiviti yang disediakan oleh Trak Wellness on Wheels (WoW) turut menjadi tumpuan.

Kembara Sekolah diakhiri dengan penyampaian sijil dan plak penghargaan kepada wakil sekolah.

Jutaan terima kasih kepada semua sekolah yang terlibat sempena Kembara Sekolah pada Bulan Malaysia Sihat Sejahtera tahun 2023 ini. Sehingga bertemu dilain hari, semoga adik-adik terus kekal mengamalkan gaya hidup sihat!

#hepili
#BMSS

https://www.facebook.com/100068403884047/posts/pfbid02jbgAPGsDYxVNrkW8X1tM3kVkCcNXdAaDGRjJhHdY5vcre4PeP7AXkLmhJG7qvx77l/?mibextid=cr9u03
NAK TAHU HARGA UBAT ANDA?

Pesakit boleh mendapatkan maklumat harga sebelum rawatan dan bil terperinci selepas rawatan di klinik dan hospital swasta. Bil terperinci merupakan rujukan maklumat harga bagi rawatan termasuk ubat-ubatan yang dibekalkan kepada pesakit.

Pesakit disarankan untuk mendapatkan dan menyimpan bil terperinci bagi tujuan perbandingan harga dan rujukan pada masa hadapan.

Sumber: Program Perkhidmatan Farmasi KKM
Pemeriksaan Sendiri Payudara

Jangan lupa sertai sesi TikTok Live di www.tiktok.com/@myhealthkkm pada pukul 3.00 hingga 4.00 petang bersama Puan Fauziah binti Mohammad Kasim, Ketua Penyelia Jururawat dari Bahagian Pembangunan Kesihatan Keluarga.

#ANMS #sihatmilikku

Sumber:
Bahagian Pendidikan Kesihatan, KKM
t.me/sihatmilikbersama
📌Sesetengah individu pernah mengalami keadaan seperti sedang berpusing walaupun tidak bergerak. Keadaan ini dikenali sebagai vertigo.

⚡️Vertigo menunjukkan beberapa gejala yang perlu diberi perhatian. Penyakit ini boleh menjadi lebih serius sehingga mengganggu aktiviti seharian.

Oleh itu, orang ramai yang menunjukkan gejala vertigo disaran untuk mendapatkan rawatan awal demi kehidupan yang berkualiti.
Tabiat menghisap vape semakin berleluasa dalam kalangan masyarakat. Hakikatnya, tabiat menghisap vape boleh memudaratkan kesihatan seseorang sama seperti rokok biasa.

Hal ini kerana tabiat tersebut boleh menjejaskan organ tubuh seperti mata, jantung, perut, sel otak, tekak dan paru-paru.

Oleh itu, penghisap vape perlu menghentikan sentimen vape lebih selamat daripada rokok biasa seterusnya menghentikan tabiat tersebut dengan segera agar kekal sihat.

Dapatkan bantuan perkhidmatan berhenti merokok dengan melayari laman sesawang JomQuit - https://jomquit.com
This media is not supported in your browser
VIEW IN TELEGRAM
Jerebu disebabkan oleh partikel-partikel kecil yang tidak boleh dilihat dengan mata kasar dan terapung di udara. Ia terjadi secara semulajadi atau disebabkan oleh kegiatan manusia seperti pembakaran secara terbuka dan boleh memberi kesan buruk kepada kesihatan sekiranya disedut masuk ke dalam sistem pernafasan.

Segera dapatkan rawatan sekiranya tidak sihat.

#ANMS #sihatmilikku

Sumber:
Bahagian Pendidikan Kesihatan, KKM
t.me/sihatmilikbersama
JADILAH PENGGUNA YANG BIJAK DALAM PEMBELIAN UBAT

Pengguna digalakkan membandingkan harga sebelum pembelian ubat-ubatan untuk membuat pilihan bagi mendapatkan harga yang berpatutan.

Harga Panduan Pengguna (https://www.pharmacy.gov.my/v2/ms/apps/drug-price) merupakan senarai harga ubat-ubatan yang boleh dijadikan rujukan orang awam dalam membuat pilihan untuk pembelian ubat di fasiliti kesihatan swasta.

Sumber: Program Perkhidmatan Farmasi KKM
Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera

Jom sertai *Program Take Care..Ur Health!* anjuran Hospital Selayang & Hospital Sungai Buloh dengan kerjasama Cawangan Promosi Kesihatan, Hospital, Pejabat Kesihatan Daerah & Wellness Hub, Jabatan Kesihatan Negeri Selangor.

MENTAL HEALTH
13 OKTOBER 2023 JUMAAT
9.30 PAGI
TAKE CARE...UR HEALTH! MENTAL HEALTH
Friday, 13 Oct · 9:30 – 11:30 AM

Google Meet joining info
Video call link: https://meet.google.com/zih-ndba-cxn
Or dial: +1 617-675-4444 PIN: 8380107013694
More phone numbers: https://tel.meet/zih-ndba-cxn?pin=8380107013694

Jom dapatkan ilmu kesihatan untuk panduan bersama.

Sumber: CPK Negeri Selangor