Sihat Milikku - Kementerian Kesihatan Malaysia @MyHEALTHKKM
49.1K subscribers
18K photos
1.81K videos
53 files
7.67K links
Saluran ini adalah untuk Bahagian Pendidikan Kesihatan, Kementerian Kesihatan Malaysia berkongsi maklumat pendidikan kesihatan dengan masyarakat.
加入频道
💥Ekzema merupakan penyakit radang kulit yang lazimnya berlaku dalam kalangan kanak-kanak dan juga dewasa.

Terdapat beberapa punca terjadinya ekzema seperti faktor genetik. Selain itu, ekzema juga boleh berlaku disebabkan oleh pendedahan terhadap bahan kimia, cuaca panas, tekanan,alahan terhadap makanan, habuk dan bulu binatang.

Oleh itu, orang ramai disarankan untuk mendapatkan rawatan jika menunjukkan tanda-tanda ekzema agar penyakit tersebut dapat dirawat.🩺

Turut menyarankan agar diari makanan disediakan bagi mencatat makanan yang dimakan dan keterukan reaksi terhadap makanan dalam tempoh 24 hingga 48 jam bagi mengenalpasti jika makanan punca ekzema
Kebersihan Persekitaran Tangungjawab Bersama

Saksikan sekarang di https://www.tiktok.com/@myhealthkkm/live
Destinasi Kembara Sekolah Bulan Malaysia Sihat Sejahtera hari ini telah berlangsung di 8 buah sekolah:
🚎SK Bandar Baru Serting (Jempol), Negeri Sembilan
🚎SK Beris Panchor (Bachok), Kelantan
🚎SMK Cedung Jaya (Maran), Pahang
🚎SK Permatang Pasir (Bandar Bharu), Kedah
🚎SMK Bagan Serai (Kerian), Perak
🚎SMK Pantai, Wilayah Persekutuan Labuan
🚎SK Pekan 2, Wilayah Persekutuan Labuan
🚎SK Muara Tebas (Kuching), Sarawak

Pelbagai aktiviti telah berlangsung antaranya Teng-teng Wellness, Obstacle Pool, Wellness Dart, Giant Puzzle Wellness, Basketball Shooting Challenge, Penalty Shoot Out dan Wellness Soft Archery.

Tambahan itu, aktiviti-aktiviti lain turut memeriahkan Kembara Sekolah iaitu baling tin, pameran dari pelbagai agensi seperti Angkatan Pertahanan Awam (APM), farmasi dan pergigian.

Aktiviti hari ini diakhiri dengan majlis penutup dan penyampaian hadiah kepada pemenang pertandingan serta penyampaian sijil dan cenderahati kepada sekolah.

Tahniah kepada semua yang terlibat hari ini!

#hepili
#BMSS

https://www.facebook.com/100068403884047/posts/pfbid0293mjUHimnXgGbEY32EthuReaNrF3q5cXXTQzQFKoCQcgT7oqfeBaGKc1V4u9rcHZl/?mibextid=cr9u03
27 September 2023 - YBhg. Dato' Seri Ir. Dr. Zaini bin Ujang, Ketua Setiausaha (KSU) Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) berkesempatan meluangkan masa melakukan briskwalk bersama Pengurusan Tertinggi dan kakitangan KKM di sekitar kawasan Putrajaya.

Bulan Malaysia Sihat Sejahtera. Budayakan hidup sihat.

#sihatsepanjanghayat #ANMS #sihatmilikku

https://www.facebook.com/100068159346549/posts/pfbid03DL9dShNCUpK83TzgNJuDvjBEsUcavSvs8duKWMgAkkfFwEoPeiaqgiLCHEudoecl/?mibextid=Nif5oz
Salam Maulidur Rasul.

Selawat dan Salam buat junjungan besar Nabi Muhammad SAW.

Sumber:
Bahagian Pendidikan Kesihatan, KKM
t.me/sihatmilikbersama
2 hari lagi menjelang sambutan wellness month @ Lotus's Setia Alam.

Pelbagai aktiviti menarik menanti anda!

#ANMS #sihatsepanjanghayat
#sihatmilikku

Sumber:
Bahagian Pendidikan Kesihatan, KKM
t.me/sihatmilikbersama
Jom sertai sesi Zumba bersama Zin Achai pada 30 September 2023 pada pukul 8.15 pagi hingga 9.15 pagi di Lotus's Setia Alam sempena Wellness Month @ Lotus's.

Anda berpeluang memenangi hadiah misteri untuk peserta paling havoc!

Imbas kod QR untuk maklumat lanjut.

#ANMS #sihatsepanjanghayat #sihatmilikku
1 hari lagi menjelang sambutan Wellness Month @ Lotus's Setia Alam.

YB Tuan Lukanisman bin Awang Sauni, Timbalan Menteri Kesihatan akan menyempurnakan pelepasan Lotus's Ceria Charity Run.

Pelbagai aktiviti menarik untuk seisi keluarga menanti anda!

#ANMS #sihatsepanjanghayat #sihatmilikku

Sumber:
Bahagian Pendidikan Kesihatan, KKM
t.me/sihatmilikbersama
Media is too big
VIEW IN TELEGRAM
Skim Perubatan Madani merupakan satu inisiatif rintis oleh Kerajaan Malaysia melalui Kementerian Kesihatan yang diwujudkan bagi menampung keperluan kesihatan golongan B40 terhadap penjagaan kesihatan primer akut.

Skim ini diwujudkan bagi meningkatkan akses kumpulan berpendapatan rendah kepada perkhidmatan penjagaan primer akut di klinik swasta dan dapat mengurangkan kesesakan di jabatan kecemasan dan trauma hospital awam.
Skim perubatan ini membolehkan golongan B40 mendapatkan rawatan kes-kes akut di klinik swasta yang berdekatan secara percuma kerana ia ditanggung oleh kerajaan.

Penerima Sumbangan Tunai Rahmah (STR) berkeluarga, warga emas tanpa pasangan dan bujang adalah layak secara automatik mendapat skim perubatan madani ini.

Layari www.protecthealth.com.my untuk dapatkan maklumat lanjut mengenai skim perubatan madani dan semak kelayakan anda.

#ANMS #sihatmilikku

Sumber:
Bahagian Pendidikan Kesihatan, KKM
t.me/sihatmilikbersama
Waspada Banjir.

Bahaya bermain dengan air banjir !
Pantau dan nasihat anak-anak agar terlindung daripada penyakit bawaan air.

#ANMS #sihatmilikku

Sumber:
Bahagian Pendidikan Kesihatan, KKM
t.me/sihatmilikbersama
KENYATAAN MEDIA
Kementerian Kesihatan Malaysia
29 September 2023

SAMBUTAN HARI JANTUNG SEDUNIA 2023
ANDA AKTIF BERSUKAN DAN BERSENAM
Maklumat ini, khas untuk anda💪😍

Ketahui dengan lebih lanjut mengenai golongan yang perlu melakukan senaman dan risiko sekiranya bersenam secara berlebihan dalam:

HELO DOKTOR, TV3
Ahad | 1 Oktober 2023 | 5:30 petang

Semoga bermanfaat👍
📲💻Kanak-kanak kini lazim mengalami masalah ketagihan gajet.

Oleh itu, ibu bapa hendaklah bertanggungjawab memantau dan mengehadkan penggunaan gajet untuk mengelak kesan buruk penggunaan gajet dalam tempoh yang lama.

Jom ikuti tip tangani ketagihan gajet dalam kalangan kanak-kanak sebagai panduan untuk mengatasi ketagihan tersebut.

☎️Pusat Kecemerlangan Kesihatan Mental sedia membantu anda dengan menyediakan Talian Bantuan Krisis Kesihatan Mental HEAL 15555 (Help with Empathy And Love), yang beroperasi setiap hari termasuk cuti umum baru 08:00 pagi sehingga 12.00 tengah malam.